Tuesday 29 May 2012

SKANDAL PENIPUAN BROKER OLTA



Saudara Pengarang,

SAYA mengharapkan agar Sabahkini.net dapat menyiarkan kegiatan penipuan broker (Olta Capital Management) kerana mereka telah banyak menipu dan merugikan orang ramai, termasuk saya sendiri yang telah kerugian lebih RM20,000 kerana melabur dalam syarikat tersebut.

Saya menyangka perdagangan emas dipantau Kerajaan terutama Bank Negara kerana mereka memperdagangkan emas menggunakan mata wang Euro dan menjanjikan pulangan yang lumayan dan dapat mengurangkan risiko kerugian.

Tetapi malang, selepas sebulan setengah melabur, saya telah kerugian sebanyak RM 20,000 dan teramat kesal kerana terpedaya dengan Skim Pelaburan berkenaan yang kononnya dijamin Kerajaan.

Malangnya, mereka tidak tahu malu kerana selepas itu mereka akan meminta pelabur menyuntik pelaburan untuk mengatasi kerugian. Oleh itu sebelum ramai rakyat Sabah muflis, ada baiknya Bank Negara menyiasat pelaburan syarikat ini terutama di Tawau kerana mereka menggunakan pendekatan yang licik untuk memikat pelabur.
Salam Hormat,

PELABUR MALANG

6 comments:

  1. dalam sesuatu pelaburan mmg ada risiko, sebaiknya jgnlah melibatkan diri dalam pelaburan seperti ini.

    ReplyDelete
  2. Semuanya berasal dari diri sendiri. kalau tidak mudah tertipu dan teringin sangat cepat kaya tidaklah sampai jadi begini.

    ReplyDelete
  3. Inilah risiko bila membuat pelaburan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lain lagi untun rugi, lain lagi kes2 penipuan.

      Delete
  4. Buat laporan polis biar company tu tutup terus.

    ReplyDelete
  5. buat la aduan terus kepada bank negara dan juga polis.. buat aduan dengan media, tidak akan selesai.. malah sekadar membantu syarikat itu untuk melarikan diri atau menghapuskan segala bukti jenayah mereka..

    ReplyDelete