Perdana Menteri Datuk Seri
Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa Bajet 2013 akan dibentangkan pada
28 September. Najib yang juga Menteri Kewangan berkata Belanjawan 2013 akan
memberi tumpuan terhadap pertumbuhan seimbang dan berkualiti selain kebajikan
rakyat.
"Hari ini saya di sini
untuk mendengar pandangan dan saranan anda terhadap isu-isu yang kita hadapi. Dalam
perundingan Belanjawan, kita menerima 84 memorandum. Cadangan anda akan
ditimbangkan sebagai input untuk Belanjawan 2013," kata Najib di Majlis
Konsultasi Belanjawan 2013 yang dihadiri oleh semua pemegang kepentingan di
Putrajaya hari ini.
Perdana Menteri yang
mempengerusikan sesi itu, berkata tema Perundingan Belanjawan 2013 ialah Memacu
Transformasi Ke Arah Negara Maju.
"Malaysia kini dalam
tahun ketiga perjalanan ke arah menjadi negara maju dan berpendapatan tinggi.
"Banyak yang sudah kita
capai dalam tempoh yang singkat ini. Bagaimanapun, masih banyak yang mesti
dilakukan," katanya.
Sementara itu, perdana
menteri berkata kerajaan perlu menyediakan peluang saksama untuk pendidikan dan
pekerjaan selain memastikan kualiti hidup rakyat yang lebih tinggi.
Beliau berkata kerajaan juga
akan memberi tumpuan untuk meningkatkan produktiviti dan inovasi bagi
mengukuhkan daya saing untuk bersaing dalam pasaran global.
Perdana menteri juga memberi
jaminan bahawa penyepaduan fiskal berada pada kedudukan yang baik untuk
mencapai sasaran defisit jangka sederhana sekitar tiga peratus menjelang
2015.
"Saya menyedari mengenai
kebimbangan terhadap pengurusan fiskal kita. Kami terus komited untuk
mengukuhkan kewangan awam.
"Mengekalkan momentum
pertumbuhan ketika wujud cabaran luar merupakan keutamaan, namun ia akan
dilakukan dengan penuh tanggungjawab," kata perdana menteri.
Najib berkata beberapa
inisiatif sedang dilaksanakan dalam regim perbelanjaan selain usaha untuk
meningkatkan kutipan perolehan.
Beliau berkata pengurusan
nilai telah dilaksanakan untuk projek-projek pembangunan melebihi RM50 juta
manakala belanjawan pusingan dua tahun, yang diperkenal tahun lepas,
menyediakan pengurusan perbelanjaan anjal.
"Selain itu Kajian
Perbelanjaan Awam dilaksanakan dengan bantuan Bank Dunia dan kerajaan bertindak
atas cadangan. Kita juga sudah membentuk jawatankuasa di Perbendaharaan untuk
mengkaji isu-isu fiskal berkekalan jangka panjang," katanya. (Bernama)
harap byk bajet diberikan untuk Sabah. byk perlu dibangunkan di Sabah.
ReplyDeleteSabah dan Sarawak berhak mendapat lebih peruntukan sebab keluasan yang lebih besar berbanding negeri2 lain di Malaysia.
DeleteTahun lalu bulan Oktober. Rasanya PRU juga dilaksankan lepas pembentangan bajet ni.
ReplyDeleteEvery time PM to announce the budget, the Sabahans will hope more allocations will be given to Sabah. Hopefully this time it will be better.
ReplyDeleteKita tunggu pembentangan bajet ini. Yang pasti pembentangan ini diharap akan mampu memberikan yang terbaik kepada rakyat.
ReplyDeleteTu la kita harapkan, rakyat memang sentiasa memerlukan bantuan kerajaan.
DeleteHarap2 tu bajet memberi banyak manfaat kepada Sabah
ReplyDeletebaik Najib minta pandangan rakyat sebelum membentangkan belanjawan.. lakukan seperti sebelum ini dimana rakyat Malaysia menjadi pemutus kepada bajet yang bakal diumumkan kerajaan..
ReplyDelete