Tuesday 29 May 2012

21 PROJEK BARU NKEA RM20.46 BILION




PETALING JAYA : Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan 21 projek baharu bernilai RM20.46 bilion di bawah tujuh Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA).

Projek-projek itu dijangka meningkatkan Pendapatan Negara Kasar (PNK) sebanyak RM4.59 bilion dan mewujudkan 39,918 pekerjaan.

Beliau berkata, 21 projek terletak di bawah NKEA pertanian, perkhidmatan perniagaan, pendidikan, penjagaan kesihatan, jualan borong dan runcit, elektrik dan elektronik dan Greater KL/Lembah Klang.

Dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) berkembang pada kadar 4.7 peratus dalam suku pertama tahun ini, yang mengatasi konsensur umum, Najib mengingatkan rakyat Malaysia bahawa ETP 'masih jauh daripada tercapai'.

"Keadaan ekonomi dunia masih tidak menentu dan lebih-lebih lagi sekarang, kita mestilah terus berada pada landasan kita dan memberikan tumpuan kepada enjin pertumbuhan utama dalam ekonomi, dan terus berdaya saing di peringkat global," kata Perdana Menteri dalam taklimat kemas kini kemajuan ETP bagi tahun ini.

Sementara itu, satu kenyataan oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Penyampaian (PEMANDU) yang dikeluarkan sebelum taklimat itu, menyebut bahawa pelaburan yang diperuntuk bagi NKEA Pertanian berjumlah RM456.69 juta dan akan menyumbang kira-kira RM367.58 juta kepada PNK dan mewujudkan 2,539 pekerjaan menjelang 2020.

Ia berkata NKEA Perkhidmatan Perniagaan mendapat peruntukan pelaburan sebanyak RM2.40 bilion dan akan menyumbang RM1.41 bilion kepada PNK dan mewujudkan pekerjaan bagi 10,909 orang menjelang 2020.

NKEA Jualan Borong dan Runcit mendapat peruntukan pelaburan berjumlah RM466.8 juta yang akan menyumbang sebanyak RM1.1 bilion kepada PNK dan mewujudkan 16,363 pekerjaan.

NKEA Penjagaan Kesihatan diperuntukkan pelaburan berjumlah RM107.14 juta dan akan menyumbang sejumlah RM238.06 juta kepada PNK dan menyediakan pekerjaan bagi 3,735 orang menjelang 2020.

PEMANDU juga berkata NKEA Pendidikan akan menyaksikan komitmen pelaburan sebanyak RM535.58 juta dan menyumbang sejumlah RM146.39 juta kepada PNK di samping mewujudkan 660 pekerjaan.

NKEA Elektrik dan Elektronik akan menerima pelaburan berjumlah RM4 bilion dan mewujudkan 1,000 pekerjaan menjelang 2020, dan daripada jumlah ini, 400 adalah pekerjaan yang memerlukan kemahiran tinggi.

Menurut PEMANDU, NKEA Greater KL/Lembah Klang akan mendapat komitmen pelaburan sebanyak RM12.5 bilion dan menyumbang RM1.34 bilion kepada PNK selain mewujudkan peluang pekerjaan bagi 4,712 orang. (Bernama)

9 comments:

  1. Semoga 21 projek baru NKEA ni akan memberikan manfaat yang besar kepada rakyat dan negara.

    ReplyDelete
  2. Mega projek ni. Mudah-mudahan tercapai objektifnya.

    ReplyDelete
  3. Bila dapat naikkan ekonomi negara, diharap sekaligus dapat kurangkan hutang negara.

    ReplyDelete
  4. moga semua projek ini berjalan lancar dan memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Segala projek perlu dipantau dan pastikan objektif projek tercapai

      Delete
  5. Harap projek yang dirancang itu tidak hanya sekadar kata-kata. Kita mahukan pembangunan yang berjaya.

    ReplyDelete
  6. Rancang perkara yang perlu untuk Rakyat. Harap projek tersebut akan dapat ditunaikan dan dilaksanakan sepenuhnya.

    ReplyDelete
  7. Kerajaan berusaha secara berperingkat untuk membela nasib rakyat.

    ReplyDelete
  8. kerajaan persekutuan juga perlu membawa lebih banyak projek2 pembangunan ekonomi dan infrastruktur di negeri Sabah.. negeri Sabah dan Sarawak, jika dibangunkan sebagaimana negeri2 di semenanjung, pasti mampu menjadi penyumbang utama pendapatan negara kasar..

    Borneo Paradise (Blog)
    Borneo Paradise (Facebook)

    ReplyDelete