Kepada Rakyat Sabah,
SAYA, Butitit Poimposik yang
baru-baru ini mendedahkan projek IC yang didalangi oleh pendatang dari India
ingin menerangkan kepada anda semua mengenai pengertian sebenar perkara 20 yang
sibuk diperkatakan oleh dua orang ahli politik yang pro BN dan kerajaan iaitu
Datuk Salleh dan Datuk Maximus.
Saya sangat geram dengan dua
orang ahli politik yang sangat tidak mempunyai semangat patriotik ini dan cetek
pengetahuan hanya bercakap atas dasar politik semata-mata.
Sebelum anda menjustifikasi
perkara 20 ini sama ada releven atau tidak pada masa sekarang, saya ingin bawa
anda menyelami akan sedikit sebanyak mengenai bagaimana perkara 20 ini
terbentuk.
Cadangan untuk mewujudkan
Malaysia yang mengandungi Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak mula diutarakan
oleh Tunku Abdul Rahman pada 27 Mei 1961. Pada 23 Ogos 1961, Malaya dan
Singapura bersetuju untuk bersatu tetapi Sabah dan Sarawak belum bersetuju.
Pada 15 November 1961, satu
memorandum yang diberi nama 'Singapore White Paper' dipersetujui oleh pemimpin
Malaysia dan Singapura untuk bercantum. Hasilnya, pada 20-22 November 1961,
satu perbincangan diadakan di London untuk membawa Sabah dan Sarawak menyertai
Malaya dan Singapura.
Pada 16 Januari 1962, satu
Suruhanjaya yang dipanggil Suruhanjaya Cobbold telah dibentuk untuk membuat
kajian tentang penyertaan Sabah dan Sarawak.
Pada 29 Ogos 1962, Sabah
mengemukakan 20 Perkara yang dipersetujui oleh lima buah parti politik di Sabah.
Pada 9 Julai 1963, Perjanjian Malaysia 1963 ditandatangani. Pada 28 Ogos 1963,
satu pindaan dibuat untuk menentukan tarikh penubuhan Malaysia iaitu pada 16
September 1963.
Itulah serba ringkas sejarah
penyertaan Sabah ke dalam Malaysia. Nampak semuanya tidak ada masalah, tetapi
ada banyak cerita di sebalik perjanjian tersebut.
Ketika itu Sabah tidak
bersedia untuk merdeka disebabkan keadaan politik yang 10 tahun dibelakang
Malaya. 2/3 daripada rakyat Sabah menentang percantuman tersebut dan Tun Fuad Stephens
sendiri menentang percantuman Sabah dengan Malaya. Tun Fuad bimbang sekiranya
Sabah akan ditakluki oleh Malaya.
Sabah akhirnya bersetuju
menyertai Malaysia setelah beberapa persetujuan dicapai di antara Tun Fuad
dengan Tunku Abdul Rahman seperti yang terkandung di dalam Perjanjian 20
Perkara. Selain daripada perjanjian tersebut, terdapat beberapa perkara lagi
yang dijanjikan oleh Tunku Abdul Rahman. Salah satu yang paling popular ialah
seperti berikut.
“The Granting Of
Self-Government Too Would Enable Sabah To Stand On Its Own Feet As Equal With
Malaya, Sarawak And Singapore.” (Tunku Abdul Rahman Al-Haj, Prime Minister Of
Malaya- Sabah Times, Jesselton, August 30,1963)
Jelas di sini, bahawa taraf
Sabah di dalam Persekutuan Malaysia ialah setaraf dengan Malaya, bukan setaraf
dengan Selangor atau Pahang. Itu sebabnya mengapa Sabah mempunyai Menteri
Kabinet sendiri; bukan bertaraf EXCO seperti negeri-negeri di Semenanjung. Yang
Dipertua Negeri Sabah juga sepatutnya dipanggil Yang DiPertua Negara Sabah.
Apa yang berlaku selepas
1963?
Pemimpin Sabah terlalu
bergantung kepada pemimpin Umno Semenanjung dan keadaan ini telah dieksploit
oleh pemimpin Umno. Perjanjian dan jaminan yang dibuat oleh Tunku mula
dilupakan dan keputusan-keputusan dibuat secara unilateral oleh pemimpin Umno.
Britain yang dilantik
sebagai pemegang amanah untuk kesejahteraan rakyat Sabah turut bersekongkol
dengan pemimpin Umno dan akhirnya rakyat Sabah ditipu. Sabah tidak lagi menjadi
negara yang setaraf dengan Malaya tetapi hanya setaraf dengan negeri-negeri
lain di Semenanjung.
Macam mana Sabah boleh
ditipu? Kedua-dua Perdana Menteri Malaya dan Singapura adalah dua peguam yang
professional tetapi tun Fuad Stephens hanya berkelulusan Cambridge ataupun SPM
sekarang, manakala Tun Datu Mustafa hanyalah berkelulusan sekolah rendah. Malah
bukan sekali Tun Datu Mustafa ditipu, kali kedua ialah apabila dia membubarkan
USNO dan membenarkan UMNO mengambil alih.
Apakah manipulasi dan
penjajahan yang telah dilakukan oleh Umno terhadap Sabah?
Kali pertama ialah apabila
Semenanjung mahu Sabah menandatangani perjanjian royalti minyak. Pada 6/6/1976,
satu perjanjian sepatutnya ditandatangani di Labuan. Tun Fuad Stephens tidak
bersetuju dengan jumlah royalti minyak yang mahu dibayar kepada Sabah.
Malangnya, dalam perjalanan
pulang ke kota Kinabalu, penerbangan tersebut sepatutnya membawa bersama Tengku
Razaleigh, tetapi Tengku Razaleigh telah diminta turun dari kapalterbang
tersebut. Tidak pasti sama ada ia satu konspirasi atau kemalangan, kapalterbang
yang membawa Tun Fuad Stephens dan Menteri Kabinetnya terhempas sebelum sampai
di Kota Kinabalu. Tun Fuad Stephens mati bersama menteri kabinetnya.
Seminggu kemudian,
perjanjian tersebut ditandatangani dengan memberikan semua hak minyak Sabah kepada
Petronas. Pada tahun 2011, jumlah pendapatan minyak dari Sabah ialah RM13.721
billion ringgit. Tetapi royalti yang dibayar kepada Sabah hanya RM721.7 juta
ringgit.(5%).
Bagaimana jumlah sekecil ini
cukup untuk membangunkan Sabah sedangkan bajet untuk Sabah untuk 2011 ialah
RM3.069 billion! Minyak Sabah menyumbang hampir 27% daripada jumlah keseluruhan
pengeluaran minyak negara. Sabah yang kaya dengan minyak, tetapi terpaksa
berhutang dengan kerajaan Umno!!
Pada tahun 1965, Singapura 'disingkir'
dari Persekutuan Malaysia. Sabah dan Sarawak tidak dibawa berunding dalam
tindakan ini. Secara logiknya, Penubuhan Malaysia dipersetujui oleh Malaya,
Singapura, Sabah dan Sarawak dan apabila Singapura sudah terkeluar, maka apakah
perjanjian yang dibuat pada tahun 1963 itu masih sah?
Sekarang terpulang kepada
rakyat Sabah sendiri untuk menilai apakah perkara 20 ini masih releven atau
tidak. Jawapan saya memang releven dan tidak harus dipertikaikan kerana ini
adalah sebahagian daripada perlembagaan Negara Malaysia. Hanya ini yang mampu
dilakukan oleh saya sebagai rakyat biasa iaitu menyampaikan maklumat dan mesej
dengan harapan agar kita semua rakyat Sabah sedar akan apa yang telah berlaku
dan terjadi.
Akhir kata dari saya,
belajarlah dari sejarah berhubung kesilapan pemimpin kita dahulu dan ayuh kita
ubah semua ini menjelang PRU 13. Lain Kali Lah untuk BN! Saya berjanji akan
menyajikan lagi kepada anda banyak isu-isu penting yang lain untuk kita
berubah.
Salam Hormat,
BUTITIT POIMPOSIK
SABAH tidak pernah MENYERTAI Malaysia, tetapi bersama-sama dengan Malaya, S'wak dan S'por utk membentuk sebuah negara yg bernama MALAYSIA.
ReplyDeletefakta sebenar pembentukan Malaysia dan perkara 20 seharusnya didedahkan kepada umum.
ReplyDeleteRakyat Sabah berhak untuk mengetahui sejarah sebenar tentang Sabah. jangan pesongkan pemikiran golongan muda.
Deleteia perlu bagi memupuk semangat cintakan tanah air dan memastikan kita tau akan hak2 kita.
ReplyDeletePeople ought to know the history and preserve it. It is through past that one could learn not repeat the same mistake.
ReplyDeletesukar sangat untuk tunaikan tuntutan 20 Perkara..
ReplyDeletePerjuangan untuk perjanjian 20 perkara harus diteruskan.
ReplyDeleteThe people have the right to know the truth.
ReplyDeletehak dan kepentingan rakyat harus sentiasa diutamakan.
DeleteJika kerajaan ikhlas terhadap rakyat, harus juga menunaikan perjanjian 20 perkara.
ReplyDeleteKerajaan negeri harus bertindak untuk memperjuangkan hak milik & kepentingan untuk rakyat.
ReplyDeleteStop confusing the people and act with justice.
ReplyDeletesebarang isu yang ditimbulkan untuk mengelirukan rakyat tidak harus dibuat.
Delete20 perkara ini satu tanda persetujuan gabungan menjadi Malaysia. Maka kita harap 20 perkara ini akan diselesaikan sebaiknya.
ReplyDelete20 pekara adalah penting dan wajar ditunaikan dengan sebaiknya.
ReplyDeleteapa pun, isu ini tidak harus dijadikan alat politik oleh mana-mana pihak pun.
ReplyDeletepaling penting hak dan kepentingan rakyat dan negeri ini dijaga dengan sebaiknya.
ReplyDeletePertahankan 20 perkara itu. Kerana itu adalah apa yang dijanjikan untuk gabungan Malaysia.
ReplyDelete20 points patut dijaga dan dikekalkan. Tu adalah untuk menjaga hak2 rakyat Sabah.
DeleteLebih baik buat laporan ke polis, biar polis menjalankan tugas mereka
ReplyDeletePenarikan diri oleh Singapura daripada Malaysia adalah atas persetujuan bersama antara Parlimen Malaysia dan Parlimen Singapura. Ini disebabkan oleh desakan People Action Party Singapura yang ingin menunjukkan kuasanya di seluruh pelosok Malaysia dan ingin mendominasi pengundi Cina seterusnya mengambil alih peranan MCA.
ReplyDeletedan perkara ini telah melahirkan rasa tidak puas hati MCA yang berada di dalam Parti Perikatan pada masa itu. oleh kerana ada perselisihan dalam perkara tersebut, Parlimen
Malaysia pada masa itu secara majoriti bersetuju untuk mengeluarkan Singapura daripada Malaysia. Pada masa yang sama Parlimen Singapura juga telah bermesyuarat dan memutuskan keluar daripada Penubuhan Malaysia pada tahun 1965. Maka dengan itu, penarikan diri Singapura adalah Sah dari sisi undang-undang atas persetujuan bersama antara Malaysia dan Singapura.
Salam untuk semua pada 1962 sultan sulu menyerahkan kepada pilipina perjanjian dengan british untuk memudahkan untuk menuntut sabah oleh sebab itu berkemungkinan pilihan sabah tepat untuk menyertai malaysia untuk mengelak dari tuntutan Pilipina soal minyak tak disentuh langsung minyak bukannya hasil dari carian datuk nenek kita contohnya minyak dijumpai di miri tahun lepas kenapa datuk kita yang lalu lalang di situ tak pernah tahu disitu ada minyak. Adakah minyak timbul dengan sendirinya
ReplyDeleteKalau disebut sebuah negara bukannya dipanggil ketua menteri ia dipanggil presiden ataupun perdana menteri.
Kalau disebut negara matawanya bukannya RM malaysia wang kertasnya berlainan dengan wang kertas malaysia
Kalau ianya sebuah negara tenteranya disebut tentera darat tentera laut tentera udara sabah bukannya menggunakan tentera diraja malaysia. contohnya BRUNEI dan singapura
Kalau disebut negara semua ahli parlimennya bukannya termasuk dalam 222 kerusi parlimen seluruh malaysia
Dalam perkara 20 tiada kaitan dengan tuntutan sebuah negara kecuali berkenaan dengan perkara 6 dimana sabah mengawal kemasukan orang dari luar sabah.
Pilihan tepat sabah ialah menyertai malaysia untuk mengelak sabah menerima nasib yang sama seperti di selatan Pilipina
Pilihan tepat Sarawak ialah menyertai malaysia untuk mengelak dari menjadi sebahagian dari Kalimantan indonesia, .Tujuan pembentukan malaysia ialah untuk mengekang komenis bukannya kepala dipenuhi minyak semata mata.