KOTA MARUDU : Kandungan dan
semangat dokumen 20 Perkara bagi melindungi Sabah berikutan pembentukan
Malaysia sah dan relevan hingga bila-bila kerana ia termaktub dalam laporan
Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) dan Perlembagaan Persekutuan, kata Menteri
Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.
Anggota Parlimen Kota Marudu
itu berkata 20 Perkara yang dimuatkan dalam satu memorandum oleh tujuh parti
politik pada 1962 dan dikemukakan kepada IGC itu, bukan dokumen rasmi kerajaan,
tetapi semata-mata satu memorandum politik.
Bagaimanapun, apa yang rasmi
mengenainya ialah perbincangan dan penerimaan perkara berkenaan oleh IGC dan
akhirnya penerapannya ke dalam Perjanjian Malaysia serta Perlembagaan
Persekutuan," kata beliau pada majlis sambutan Pesta Kaamatan di Kampung
Timbang Batu, dekat sini.
Timbalan presiden Parti
Bersatu Sabah (PBS) itu berkata parti itu akan terus berjuang untuk mengekalkan
mana-mana perkara yang masih ada dan untuk mengukuhkan kedudukanya yang sah.
"Kami berdiri teguh
bersama rakyat Sabah untuk mempastikan kerajaan persekutuan menghormati perkara
berkenaan. Pihak yang memperjuangkan 20 Perkara ini ialah parti dalam Barisan
Nasional (BN), terutama Parti Bersatu sabah (PBS). (Bernama)
Tegakkan 20 Perkara demi kepentingan rakyat jati Sabah.
ReplyDelete20 perkara perlu diperjuangkan
DeleteKerajaan Persekutuan kena hormat 20 Perkara. Tidak kiralah ia sebuah perjanjian ataupu memorandum sahaja.
ReplyDeleteperjanjian 20 harus dipertahan dan diperjuangkan, ia masih releven.
ReplyDelete20 Perkara sudah lama diperjuangkan oleh pemimpin Sabah tapi masih belum lagi dipenuhi hingga sekarang. bila agaknya kan dipenuhi?
ReplyDeleteall leaders regardless from which opposition party or BN/UMNO must unite to fight for the 20 perkara.
ReplyDeleteItu sudah semestinya..20 perkara itu tidak akan hilang dan sentiasa akan diperjuangkan oleh pemimpin Sabah.
ReplyDeleteHarus dipelihara dan dikekalkan. tu adalah hak2 rakyat Sabah.
DeleteBetul apa yang Ongkili katakan itu. Semangat 20 perkara ini akan terus berkekalan sampai bila-bila.
ReplyDeletedan selagi tidak dipenuhi, selagi itu pemimpin2 pembangkang akan mempolitikkan isu ini sampai bila2..
DeleteBersatu penduduk Sabah untuk memastikan 20 perkara ini akan menjadi realiti.
ReplyDeletejika dokumen 20 perkara itu sah, pemimpin2 tempatan perlu memastikan bahawa kerajaan persekutuan dapat memenuhi semua perjanjian2 itu..
ReplyDelete