Wednesday, 30 May 2012

ADUN BUGAYA GUNA LAMPIN BERNAJIS?




Oleh : SHAIMON S JUMADI                      Foto : NORASMAH TAKBIRUL

PARTI Keadilan Rakyat menyifatkan ADUN Bugaya, Datuk Ramlee Marhaban memakai lampin pakai buang yang bernajis dengan mengupah penduduk kampung memasang bendera UMNO/BN di sekeliling rumah mereka dan dalam masa yang sama menafikan hak penduduk kampung untuk mendapatkan bekalan air bersih.

Ketua Sri Kandi Cabang Parti KeADILan Rakyat (PKR) Cabang Semporna yang juga EXCO Wanita Negeri Sabah, Nazmahwati Walli membuat tamsilan sedemikian selepas mengadakan rangka lawatan kerjanya bersama rombongan dan media ke Daerah Semporna kelmarin.

Menurut Nazmah, seramai 300 keluarga yang mendiami 180 buah rumah di DN Bugaya yang bermula dari Kampung Seraya ke Kampung Indani; Kampung Sungai Tohuk ke Kampung Sungai Gajah menghadapi masalah bekalan air yang meruncing sekalipun dikendalikan oleh Jabatan Air Semporna.

Seorang penduduk Kampung Seraya, Idris Tungket yang mengadu perkara ini kepada beliau mendakwa sudah hampir dua bulan berturut-turut kampung-kampung yang disebutkan itu tidak menerima bekalan air daripada Jabatan Air berkenaan.


 


Kata Idris, pam air terletak di hadapan rumahnya, tetapi tidak berfungsi langsung dan hanya menjadi perhiasan walaupun masalah ini sudah dilaporkan kepada ADUN Bugaya dan Jabatan Air berkali-kali.

Selain itu juga ramai penduduk kampung yang menjadi mangsa keadaan turut melaporkan masalah air ke Pejabat Unit Pemimpin Kemajuan Rakyat (UPKR) Bugaya, tetapi tidak mendapat layanan.

"Kami adalah penyokong setia Barisan Nasional dan parti UMNO tetapi kebajikan kami terus diabaikan” kata Idris yang mengakui terpaksa mengadu kepada Nazmah setelah ADUN Bugaya, Datuk Ramlee Marhaban tidak mempedulikan aduan mereka.

Disebabkan air merupakan sumber kehidupan paling penting kepada manusia, maka kata Idris mereka terpaksa menggunakan air perigi (graviti) untuk kegunaan harian seperti membasuh, mandi dan juga sebagai sumber air minuman.





Manakala seorang penduduk Kampung Andani, Abdul Salam Lasara turut mengadu bahawa disebabkan bekalan air selalu terputus dan dicatu selang setiap seminggu, maka mereka juga terpaksa menggunakan air perigi yang dipam ke tangki mereka sementara menanti catuan minggu berikutnya.

"Masalah air bukan perkara baru, bahkan sudah bertahun-tahun. Para penduduk di DUN Bugaya cukup menderita diperdaya dan disiksa YB kami. Apa salah kami memberi undi kepadanya kerana hampir 80 peratus kami adalah ahli UMNO? Tetapi kini mungkin tidak lagi,” kata Abdul Salam dengan nada kesal kerana dikhianati Wakil Rakyat sendiri.

Dalam pada itu, Nazmah amat hairan kerana setiap sudut rumah penduduk kampung di pacak bendera Barisan Nasional (BN) tetapi para penduduknya terus dihimpit kemiskinan dan menghadapi pelbagai masalah termasuk bekalan air, bekalan elektrik dan prasarana jalan raya.

Walaupun semua rumah di sepanjang kampung di DUN Bugaya dipacak bendera UMNO, namun Nazmah memaklumkan bahawa penduduk kampung memberitahunya mereka dibayar RM50 bagi setiap bendera UMNO/BN yang dipacakkan; malah penduduk kampung merasa teramat malu kerana terus menjalani hidup dalam penuh kedaifan.

23 comments:

  1. masalah air yang membelenggu penduduk seharusnya diselesaikan segera.

    ReplyDelete
    Replies
    1. usaha untuk memenuhi keperluan penduduk harus dibuat dari masa ke masa.

      Delete
  2. Bekalan asas seperti air dan eletrik harus sentiasa mencukupi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pihak berkuasa harus bertanggung jawab untuk memberi perkhidmatan yang terbaik.

      Delete
  3. Pihak ang bertanggung jawa harus turun padang dan memahami keadaan danmencari cara penyelesaian.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cuma aktiviti memantau yang dapat menyelesaikan masalah bekalan air.

      Delete
  4. Masalah bekalan air ini sudah lama berlaku tetapi pihka berkuasa gagal mengambil langkah yang wajar, apakah penjelasannya?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap bekalan dapat diberi seperti biasa.

      Delete
  5. Nah! keluar sudah semua masalah penduduk bila dekat2 PRU. alat pembangkang untuk dapat sokongan rakyat.tapi di negeri tadbiran pembangkang sendiri pun belum juga selesai masalah air.macam mana ni??

    ReplyDelete
    Replies
    1. negeri yang ditadbir pembangkang pun ada masalah air, contohnya di Kelantan.

      Delete
  6. kalau PKR betul2 prihatin dan ikhlas tentang permasalahan penduduk Bugaya, selesaikanlah masalah air tu sekaligus. tidak payah tanggh2 lagi.

    ReplyDelete
  7. Bekalan air harus sentiasa bersih untuk diguna.

    ReplyDelete
  8. Tindakan serta merta harus diambil agar penduduk dapat meneruskan kehidupan seperti biasa.

    ReplyDelete
  9. I guess the wakil rakyat is also struggling to provide the basic necessities to the people. But he is no superman. PKR arrogantly blaming the govt. Why don't they solve the problems on the spot rather than to promise that they will solve them when they win?

    ReplyDelete
  10. Masalah sebeginilah yang akan dijadikan isu oleh parti pembangkang untuk meraih sokongan penduduk. Maka selesaikan masalah penduduk bagi memastikan sokongan oleh rakyat tidak akan pudar.

    ReplyDelete
  11. Pembangkang sedang mencari jalan untuk menjatuhkan kerajaan BN dengan pelbagai isu yang dimainkan.

    ReplyDelete
  12. sebarang masalah yang dihadapi oleh rakyat harus cuba untuk diselesaikan.

    ReplyDelete
  13. pembangkang cuba mendapatkan perhatian dengan menimbulkan sebarang isu seolah-olah kerajaan tidak pernah berusaha untuk rakyat.

    ReplyDelete
  14. bila pilihanraya semakin hampir semua pun sibuk mahu tonjolkan diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sibuk menonjolkan diri, risau tidak kenampakan.

      Delete
  15. Sekarang ni kalau ada kesempatan pasti akan sedaya upaya menjatuhkan orang tu.

    ReplyDelete
  16. atau bendera itu baru saja di pacak oleh Nazmahwati dan rombongannya?? cakap disetiap sudut, tapi dalam gambar satu bendera saja pun..

    ReplyDelete
  17. Nazmah cakap penduduk di kampung itu miskin, tapi cuba lihat gambar paling bawah sekali.. rumah di belakang mereka tu bukan main besar lagi?? rumah siapa??

    ReplyDelete