Sunday 27 May 2012

PENIAGAWATI JANGAN CEPAT BERPUTUS ASA



REBUT …Juslie menyeru kaum golongan wanita agar merebut segala peluang yang ada disediakan kerajaan.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

SERAMAI 50 orang Wanita Kampung Sungai Tiram dalam kawasan Parlimen Libaran telah menyertai Seminar Usahawan Kecil Wanita yang diadakan di Pusat Kebudayaan Sungai Tiram, Batu 19, Jalan Labuk Sandakan, kelmarin.

Ahli Parlimen Libaran, Datuk Hj Juslie Ajirol telah menyempurnakan perasmian seminar tersebut yang antara lain menasihatkan golongan wanita di kawasan Libaran agar merebut segala peluang yang disediakan oleh kerajaan, khususnya dalam bidang perniagaan kecilan atau sedarhana untuk menjana ekonomi mereka.

Katanya, buat masa ini tidak dinafikan ramai di kalangan golongan wanita sama ada di kawasan bandar mahupun di luar bandar yang sudah berjaya; contohnya mereka membuka kilang roti, bebola ikan, kuih ikan, keropok, kerepek ubi, kerepek pisang, rempeyek dan keropok lekor yang sudah mendapat permintaan dipasar.

Penglibatan kaum wanita dalam duani perniagaan, kata Juslie boleh dibanggakan kerana sedikit sebanyak boleh menjana pendapatan yang lumayan untuk membantu keluarga, khususnya suami yang bergaji sederhana.


Di samping itu, tegas Juslie, untuk menambah ilmu pengetahuan dalam satu-satu bidang yang diceburi; kerajaan melalui agensi-agensinya banyak menganjurkan pelbagai kursus dan bengkel dengan tujuan menggalakkan penyertaan kaum wanita; sama ada yang sudah berjaya, ataupun baru berjinak-jinak dalam perniagaan.

Selain daripada itu, Juslie turut menegaskan bahawa agensi-agensi kewangan telah membuka ruang dan peluang untuk mendapatkan pinjaman sama ada daripada TEKUN, MARA, AgroBank dan Amanah Ikhtiar; yang membuka ruang untuk mendapatkan pinjaman modal secara muda, tertakluk dengan terma dan syarat yang ditetapkan.

Katanya lagi, mereka yang mengharungi kegagalan jangan cepat berputus asa atau kecewa kerana semua cabaran dan rintangan yang dilalui akan mematangkan mereka kelak.

"Kegagalan seseorang tidak bermakna ia mematahkan semangat, sebaliknya kegagalan itu untuk menuju tangga kejayaan dan juga sebagai satu pengajaran dan iktibar kepada seseorang agar terus berusaha lebih gigih,” tegasnya.

15 comments:

  1. Usaha tangga kejayaan. Peniagawati kena lebih agresif dalam perniagaan mereka.

    ReplyDelete
  2. Sekarang ni, wanita juga sudah setanding dengan lelaki dalam bidang perniagaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Its not about the gender but about how smart and hard work you are.

      Delete
  3. golongan wanita harus bergiat dalam perniagaan, mereka jg dpt menjadi peniaga yang berjaya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau pasal kewangan bukan menjadi halangan lagi sekarang kerana banyak agensi kewangan sah yang memberikan pinjaman.

      Delete
  4. Golongan wanita perlu guna dan rebut peluang yang ada untuk memajukan diri dalam perniagaan dan juga dalam bidang2 yang lain.

    ReplyDelete
  5. Zaman sekarang bukan senang untuk berniaga sebab saingan semakin kuat dan eknomi juga semkain tidak stabil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saingan akan lebih bertambah sengit setelah golongan wanita di negeri ini bangkit dalam dunia perniagaan..

      Delete
  6. Wanita sekarang amat berbeza dan berkeupayaan tinggi.

    ReplyDelete
  7. Terus dan terus berusaha jangan cepat mengalah dalam perniagaan.

    ReplyDelete
  8. Kerajaan akan terus memberikan sokongan kepada golongan wanita untuk menjadi usahawan yang berjaya. Maka jangan malu dan segan untuk meminta bantuan daripada mereka yang pakar dalam hal ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. People need to have at least an additional skill to enhance their income potential and also be on par with their counterparts in developed countries.Plus this is important for Sabah to boost the State economic.

      Delete
  9. Government effort will increase in industrialisation activities will translate into greater demand for services, creation of more high wage jobs and wider business activities

    ReplyDelete
  10. bukan sahaja golongan belia, malah golongan wanita juga tidak pernah diabaikan oleh kerajaan dalam menyumbang ekonomi kepada negeri ini selain untuk menbah pendapatan keluarga..

    ReplyDelete