KOTA BELUD : Timbalan
pengerusi Badan Perhubungan Umno Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak berkata
penjelasan sebenar berhubung Dokumen 20 Perkara bagi melindungi Sabah berikutan
pembentukan Malaysia (on the 20 points document on Sabah’s safeguards for the
formation of Malaysia 20 Points) perlu dibuat bagi mengelak parti pembangkang
memperalatkannya untuk kepentingan politik semata-mata.
Beliau yang juga Speaker
Dewan Undangan Negeri Sabah berkata, Barisan Nasional (BN) terus memperjuangkan
asas-asas kepada perkara 20 tetapi hakikatnya ialah perkara 20 itu hanya
memorandum dan bukan perjanjian yang ditandatangani.
"Ada di antara perkara
tersebut yang telah dimasukkan ke dalam dokumen perjanjian Malaysia dan
Perlembagaan Negara.
"Hak rakyat Sabah dan
negeri Sabah pasti terbela oleh Barisan Nasional dan pada pandangan saya, kita
hormati pandangan masing-masing dan saya sendiri tidak pernah menyentuh soal 'kesahihan'
(validity) dokumen perkara 20 kerana ia bukan perjanjian cuma memorandum,"
katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Semalam, Menteri Sains,
Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata kandungan dan
semangat dokumen 20 Perkara bagi melindungi Sabah berikutan pembentukan
Malaysia sah dan relevan hingga bila-bila kerana ia termaktub dalam laporan
Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) dan Perlembagaan Persekutuan.
Anggota Parlimen Kota Marudu
itu berkata 20 Perkara yang dimuatkan dalam satu memorandum oleh tujuh parti
politik pada 1962 dan dikemukakan kepada IGC itu, bukan dokumen rasmi kerajaan,
tetapi semata-mata satu memorandum politik.
Bagaimanapun, apa yang rasmi
mengenainya ialah perbincangan dan penerimaan perkara berkenaan oleh IGC dan
akhirnya penerapannya ke dalam Perjanjian Malaysia serta Perlembagaan
Persekutuan, kata Ongkili.
Salleh yang bersetuju dengan
pandangan itu berkata beliau turut menyatakan perkara yang sama ketika
merasmikan Bengkel Cyber Troopers Pemuda BN Sabah di sini pada Jumaat tanpa
menyentuh kesahihan dokumen perkara 20.
"Saya telah
mengingatkan anak-anak muda agar tidak mudah terpengaruh dengan pembangkang
yang sering membangkitkan isu perkara 20 bagi meraih sokongan rakyat,"
katanya.
Salleh turut menegaskan
bahawa kerajaan BN benar-benar berjuang untuk membela nasib rakyat Sabah. (Bernama)
Bagaimana 20 Perkara yang dianggap selama ini sebagai sebuah perjanjian boleh jadi memorandum saja?
ReplyDeleteRakyat perlu diberikan maklumat yang betul.
DeleteHarap tiada pihak yang menggunakan isu 20 Perkara untuk kepentingan politik mereka saja.
ReplyDeletesamaada mereka gunakan utk kepentingan politik atau apapun..matlamat atau arah tuju dia tatap sama..iaitu mengangkat semula kehormatan dan wibawa sabah/north borneo bersama wilayah sarawak yang bersetuju utk membentuk negara malaysia berasaskan syarat2 yang telah ditetapkan dalam dokumen 20/18 perkara tersebut. seiring dengan perjalanan masa banyak intipati kandungan dokumen ini telah dicabuli justeru wajarlah politikus sabah membangkitkan perkara ini semula dengan agresif sebagai peringatan bahawa kita bersetuju menjadi sebahagian dari malaysia dan bukannya menjadi tanah jajahan malaya..
ReplyDelete20 perkara ini semakin kompleks.
ReplyDeletekenyataan Salleh bahawa perjanjian 20 tidak sah akan memberi peluang lagi kepada pembangkang untuk terus mempolitikkan isu ini.
ReplyDeleteSalleh seharusnya lebih berhati-hati apabila membuat kenyataan.
ReplyDeleteYang pasti 20 perkara ini adalah hak penduduk Sabah. Maka penduduk Sabah berhak untuk mendapatkannya.
ReplyDeleteKita tahu perkara 20 itu sudah lama dijanjikan. Maka kita harus meneruskan perkara 20 tersebut.
ReplyDelete20 perkara itu satu isu yang sangat penting bagi penduduk Sabah. Maka perkara ini sememangnya perlu diperjuangkan.
ReplyDeletePenting, sekiranya rakyat keliru dan tidak berpuas hati, jawapannya pada PRU13. Jadi berhati-hati.
DeleteSalleh juga tidak patut membangkitkan isu ini jika beliau sendiri tidak mampu menjelaskan satu persatu point yang terdapat dalam perjanjian itu.. jika beliau mahu juga membangkitkan isu ini, beliau sepatutnya menjelaskan secara terperinci tentang mana2 point yang tidak sah dan kenapa ianya berlaku..
ReplyDeletelagi pemimpin2 kerajaan takut perkara itu dipolitikkan, lagi la suka para pemimpin2 pembangkang memainkan isu itu..
ReplyDelete