TENOM: Golongan belia di
negeri ini perlu didedahkan dengan etika kerja, budaya dan disiplin rakyat
Jepun yang bijak. Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman, berkata budaya
kerja Jepun mempunyai integriti dan semangat yang tinggi untuk berjaya salam
apa juga bidang yang diceburi.
“Kita memerlukan golongan
belia yang menjadi tenaga kerja yang bukan sahaja memiliki kemahiran atau ilmu
tetapi juga memiliki budaya dan nilai etika kerja yang positif,” katanya semasa
berucap merasmikan Bangunan Pentadbiran Pusat Latihan Belia KPD-OISCA Lagud
Seberang dekat sini kelmarin.
Musa yang juga Menteri
Kewangan berkata, dalam konteks Kerajaan Negeri, selain industri pembuatan dan
pelancongan, pertanian adalah agenda pembangunan di bawah halatuju Pembangunan
dan Kemajuan Negeri.
Katanya, ini terbukti dengan
peruntukan besar sejumlah RM39.20 juta dalam BAJET Negeri 2012 kepada
agensi-agensi di bawah Kementerian Pertanian seperti KPD, Lembaga Industri
Getah (LIGS) dan Ko-Nelayan untuk memaju sektor pertanian.
Selain itu kata Musa,
kerajaan juga telah menyalurkan peruntukan kewangan yang besar bagi penyediaan
infrastruktur, penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta membangunkan modal
insan yang melibatkan golongan belia untuk melahirkan tenaga kerja yang
terlatih dan berkemahiran tinggi.
Apa yang penting katanya,
pusat-pusat latihan yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan ini harus
dimanfaatkan sepenuhnya oleh para peserta atau pelatih, rakyat dan masyarakat
setempat bagi memacu pembangunan pertanian di negeri ini.
Dalam masa yang sama Musa
memuji dan menyambut baik kerjasama di antara KPD dan OISCA yang memperlihatkan
satu bentuk perkongsian pintar atau smart partnership di antara sebuag agensi
kerajaan dengan sebuah NGO antara bangsa.
“Justeru itu kita berharap
agensi-agensi kerajaan yang lain akan mencontohi bentuk kerjasama seumpama ini
dalam usaha membawa pembangunan yang lebih mapan di negeri ini.
Musa berkata, Pusat Latihan
KPD-OISCA ini memainkan peranan yang penting dalam pembangunan pertanian dengan
memberikan latihan asas pertanian kepada para belia lepasan sekolah bagi
meneruskan transformasi sektor pertanian sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi
negeri.
Hadir sama Menteri Pertanian
dan Industri Makanan Datuk Seri Yahya Hussein, Pembantu Menteri Pertanian dan
Industri Makanan DAtuk Bobbey A.Suan, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri
Datuk Radin Malleh, Ahli Parlimen Tenom Datuk Raime Unggi, Ahli Dewan Undangan
Negeri (Adun) Kema- bong Datuk Rubin Balang, Setiausaha Tetap Kementerian
Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Ujang Haji Sulaini, Pengerusi KPD, Datuk
Saddi Abdul Rahman, Pengurus Besar KPD, Datu Basrun Haji Datu Mansor, Setia-
usaha Agung OISCA International Jepun, Nagaishi Yasuaki, Pegawai Daerah Tenom,
Siri- man M.F Basir, ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat. (ST)
Sebab itulah ada Dasar Pandang ke Timur yang diperkenalkan oleh Dr.Mahathir.
ReplyDeleteJepun antara Negara yang menjadi contoh kepada perkembangan ekonomi. Perkara yang baik sudah semestinya akan dicontohi.
ReplyDeleteBetul...Kita perlu belajar dari mereka yang lebih baik daripada kita.
ReplyDeleteBelajar dan contohi untuk jadi lebih baik.
DeleteAmalan dan budaya yang bagus dan positif perlu dicontohi
ReplyDeletebaik kerajaan Sabah jalinkan lebih banyak kerjasama ekonomi dengan negara Jepun.. dengan cara ini barulah berlaku 'perpindahan' teknologi, kepakaran, budaya dan etika kerja..
ReplyDelete