Tuesday 29 May 2012

KKLW BINA 2,000KM JALAN LUAR BANDAR




BANTING : Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yakin mencapai sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) untuk membina jalan raya sepanjang 3,000km di kawasan luar bandar menjelang hujung tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata keyakinan itu berdasarkan kejayaan kementerian membina jalan raya sepanjang 2,000 kilometer sehingga ini yang melepasi jadual sasaran awal.

"Kita berhasrat memastikan semua rakyat Malaysia yang tinggal di kawasan luar bandar dihubungkan dengan pelbagai rangkaian jalan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Karnival Pemakanan Sihat dan Program Mesra Rakyat Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Kuala Langat di Padang Sekolah Kebangsaan Jalan Tanjung di sini pada Isnin.

Beliau berkata kawasan pedalaman di Sabah dan Sarawak banyak menerima peruntukan bagi tujuan pembinaan jalan raya.

Mohd Shafie berkata sasaran untuk membina sebanyak 50,000 buah rumah bagi golongan miskin di seluruh negara juga hampir mencapai sasaran. (Bernama)

11 comments:

  1. Teruk sangatlah jalan di gambar tu. jalan di kampung kami pun masih ada yang begitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tidak hairan kereta di Sabah kebanyakannya 4WD.

      Delete
  2. Mungkin kerajaan perlu menambahkan lagi peruntukan kepada naiktaraf jalan di Sabah dan Sarawak kerana saiz negeri dan kawasan luar bandar yang sangat luas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jalan di Sabah cepat rosak sama ada jalan raya tidak dibuat ikut ketebalan standard mahupun kerana sering dilalui oleh lori2 besar.

      Delete
    2. Kualiti tu patut diteliti, kalau sedakar untuk bertahan beberapa bulan saja tu semua pembaziran.

      Delete
  3. masih byk jalan2 diluar bandar yang masih mundur, jalan2 ini harus dinaiktaraf.

    ReplyDelete
  4. Menteri KKLW perlu melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya. penduduk luar bandar masih ramai yang menantikan pembangunan yang baik seperti kemudahan infrastruktur.

    ReplyDelete
  5. Mungkin menteri kklw turun sendiri melihat keadaan yang masih perlu pembangunan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menteri harus rajin turun melawat rakyat di kawasannya supaya lebih mengetahui masalah2 yang perlu diselesaikan.

      Delete
  6. sejauhmana kekerapan Shafie memantau projek2 jalanraya di negeri ini yang dilaksanakan dibawah kementerian beliau? kenapa sehingga hari ini masih belum ada perubahan yang ketara sebagaimana peruntukkan dan kesungguhan yang diwar2kan beliau di media?

    Borneo Paradise (Blog)
    Borneo Paradise (Facebook)

    ReplyDelete
  7. saya cadangkan kepada Shafie supaya menubuhkan pasukan pemantaunya sendiri yang terdiri daripada orang2 yang boleh dipercayai untuk memantau projek2 pembangunan di bawah kementerian beliau..

    Borneo Paradise (Blog)
    Borneo Paradise (Facebook)

    ReplyDelete