Sunday 27 May 2012

SEKOLAH 3M PULAU BERHALA AKAN DINAIKTARAF



Oleh : SHAIMON S JUMADI                      Foto : SAFFIE S JUMADI

RAKYAT yang tinggal di pesisiran pantai dan kepulauan akan terus menikmati pelbagai kemudahan asas seperti bekalan elektrik, paip air, jambatan, klinik dan sekolah yang bakal dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) mengikut jadual.

Dasar kerajaan Barisan Nasional yang didukung oleh rakyat akan terus mempertingkatkan usaha membangunkan Sabah agar lebih pesat, tidak kira di kawasan bandar mahupun di kawasan luar bandar yang terpencil.

Memang ada kalanya sesuatu projek yang dipohon agak lama sedikit kerana untuk mendapatkan kelulusan daripada satu-satu kementerian; terutama memerlukan kajian dan analisa kos sebelum dilaksanakan.

Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Kiong berkata demikian ketika merasmikan Program Pemimpin Bersama Rakyat anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Bahagian Sandakan, di Kampung Pulau Berhala, Sandakan kelmarin.

“Saya tidak akan mengabaikan tanggungjawab saya sebagai  Wakil Rakyat dan saya beri jaminan segala permasalahan yang terdapat di pulau ini saya akan ajukan kepada kementerian berkaitan agar mereka dapat menyalurkan pelbagai projek untuk dinikmati oleh penduduk di pulau ini,” ujarnya.

Kata V.K Liew, beliau sedar di kampung Pulau Berhala yang mempunyai peduduk seramai 2,500 orang, sebahagian besarnya adalah pengundi tegar Barisan Nasional (BN).

"Walaupun sebahagian besar penduduk adalah orang asing, namun anak-anak mereka yang tidak mempunyai dokumen seperti sijil lahir masih berpeluang bersekolah 3M iaitu asas Membaca, Menulis dan Mengira dan kelas ini dianjurkan oleh pihak Tentera RAMD yang berpangkalan di pulau tersebut,” jelasnya.


 

Dalam pada itu V.K.Liew juga berjanji akan berjumpa dengan Menteri Pelajaran Malaysia untuk meminta kepada kerajaan agar membina sebuah bangunan sekolah di pulau tersebut untuk menaiktaraf daripada kelas 3M ke Sekolah Kebangsaan Pulau Berhala ini untuk membolehkan anak-anak masyarakat setempat di situ mendapat pendidikan yang sempurna seperti di tempat lain.

Selain itu V.K.Liew mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Tentera Darat Diraja Malaysia (TDRM) kerana menjaga keselamatan di sekeliling pulau berkenaan dengan cukup rapi bagi membanteras anasir-anasir luar yang datang tanpa diundang di luar jangkaan yang boleh mengancam keselamatan di perairan Sandakan.

Sebagai pengisian program tersebut, beberapa agensi kerajaan turut mengambil bahagian antaranya dan Cabut Gigi, sementara Agensi Anti Dadah Kebangsaan  (AADK) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Angkatan Tendera Darat Diraja Malaysia (ATDRM) dan Pejabat Parlimen Sandakan dan program tersebut telah dihadiri lebih 2,000 orang.

Sementara itu, di sebelah malamnya yang bermula pada jam 6.00 petang program yang diadakan di lapang sasar pulau tersebut selain pertandingan nyanyian karaoke, beberapa jenis tarian kebuadayaan sukuk kaum Bajau dan Suluk akan dipersembahkan

20 comments:

  1. Kerajaan prihatin dengan keperluan rakyat. Semua perancangan kerajaan perlukan masa untuk dilaksanakan. Rakyat diharap dapat bersabar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kerajaan bijak mengutamakan projek yang dijalankan.

      Delete
    2. Harap-harap projek itu tidak gagal yang mengakibatkan kerugian.

      Delete
  2. Penduduk asing pun diberi kemudahan. Mereka kenalah bersyukur dan bukannya timbulkan masalah lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. VK Liew mmg seorang wakil rakyat yang prihatin dgn keadaan rakyat, byk telah dilakukan dalam membantu rakyat.

      Delete
    2. Tidak hairanlah kalau dicalonkan lagi sebagai winnable candidate untuk PRU akan datang.

      Delete
    3. Adakah PATI harus dan berkelayakan diberi kemudahan? Kenapa pula diberi dan bukannya rakyat sendiri diutamakan?

      Delete
  3. Semoga pihak berkuasa teruskan usaha untuk menjamin keselamatan orang Sabahan.

    ReplyDelete
  4. Semoga V.K Liew berjaya bersuara dan memperjuangkan yang terbaik untuk rakyat.

    ReplyDelete
  5. Suara rakyat harus didengar dan diambil perhatian. Turun padang dan memahami keadaan rakyat.

    ReplyDelete
  6. Rakyat harus diberi perhatian dan bantuan yang wajar dan tidaknya golongan PATI yang tidak berkaitan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. The government should know who to pay attention.

      Delete
  7. meminta kepada kerajaan agar membina sebuah bangunan sekolah di pulau tersebut untuk menaiktaraf daripada kelas 3M ke Sekolah Kebangsaan Pulau Berhala

    Harap hasrat ini mencapai dan pelajar dapat meneruskan pelajaran dalam keadaan yang lebih selesa.

    ReplyDelete
  8. Terbukti kerajaan BN ikhlas dan memberi yang terbaik kepada rakyat di Sabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes. That shown how concern government to Sabah. Beside that under Rural Regional Development Ministry has allocated RM41mil for basic infrastructure projects including water, electricity and roads in Kunak district.

      Delete
  9. Ini merupakan berita yang gembira kepada mereka yang tinggal di pulau dan persisiran pantai.

    ReplyDelete
  10. Not only that,the government also allocated the RM16mil water supply project in Kampung Tingkayu and RM10.68mil Kampung Tanah Rata water project were 36.83% and 32.58% completed compared to the original schedule of 15.70% and 29.82%.

    ReplyDelete
  11. teruskan usaha membantu rakyat Datuk.. jangan biarkan rakyat terus disisih dari arus pembangunan dan pendidikan..

    ReplyDelete
  12. berkenaan dengan warga asing di pulau itu, kenapa tidak hantar saja mereka balik ke negara asal??

    ReplyDelete