Tuesday, 29 May 2012

LEBIH BANYAK PROGRAM UNTUK WARGA FILIPINA




KUALA LUMPUR : Kedutaan Filipina di sini akan melaksanakan lebih banyak program untuk rakyat negara itu di Malaysia dalam usaha untuk memberikan perkhidmatan lebih baik kepada mereka, kata Dutanya J. Eduado Malaya.

Beliau berkata kedutaan telahpun memulakan pasukan bergerak konsulat sejak Januari lepas untuk mendekati dan berhubung dengan warga negara itu di Sabah, terutama mereka yang bekerja dalam sektor perladangan dan pembinaan.

Pasukan bergerak itu, antara lain memberikan bantuan daripada segi dokumentasi perjalanan dan pengenalan diri, katanya.

"Perkhidmatan bergerak setakat ini telah berjaya membuahkan hasil yang baik, kerana kami sedar adalah sukar untuk kebanyakan mereka untuk datang ke KUala Lumpur bagi tujuan dokumentasi," katanya kepada Bernama selepas lawatan Naib Presiden Filipina Jojomar C.Vinay ke kedutaan itu di sini.

Vinay, yang dalam rangka lawatan kerja tiga hari ke Malaysia, turut merasmikan bangunan kedutaan yang baru beroperasi itu dan menghadiri majlis perjumpaan dengan kira-kira 200 komuniti Filipina di Kuala Lumpur.

Malaya berkata pihaknya menerima kerjasama baik daripada Kementerian Dalam Negeri Malaysia dan kerajaan negeri Sabah.

Katanya kedutaan baru-baru ini berjaya menyatukan kira-kira 22 pertubuhan komuniti Filipina di seluruh Malaysia di bawah satu badan induk yang dikenali `Federation of Filipino Association in Malaysia'. (Bernama)

11 comments:

  1. Sepatutnya tubuhkan saja konsul di Sabah ni. Indonesia sendiri ada konsul mereka sendiri di Sabah.

    ReplyDelete
  2. Kedutaan Filipina perlu pastikan tiada warga negara mereka yang tergolong dalam PATI.

    ReplyDelete
  3. Kerajaan Filipina patut beri kerjasama untuk kawal kemasukan warga mereka ke sini.

    ReplyDelete
  4. Utara dan Selatan Filipina bebeza ka?

    ReplyDelete
  5. ramai rakyat filipina di Sabah, harus ada konsultan Filipina di Sabah.

    ReplyDelete
  6. Semoga kerjasama antara dua negara ini akan dapat dikekalkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kerjasama antara ekonomi dan sumber manusia. Kedutaan Filipina harus mengawal bergerak warganya.

      Delete
  7. Mungkin kehadiran warga filipin di Malaysia haruslah terkawal dan negara asal mereka harus mempunyai data peribadi yang lengkap.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. ada limit untuk bekerja di M'sia. Lebihan mereka di M'sia hanya membebankan.

      Delete
  8. lagi senang jika kerajaan Filipina dapat menubuhkan konsulat mereka di negeri ini memandangkan warga mereka juga paling ramai di negeri ini..

    Borneo Paradise (Blog)
    Borneo Paradise (Facebook)

    ReplyDelete
  9. anyway, ada juga la perubahan sikit daripada tidak ada langsung apa2 tindakan dipihak kerajaan Filipina.. saya harap, usaha mereka ini berjaya mengurangkan pendatang haram di negeri ini..

    Borneo Paradise (Blog)
    Borneo Paradise (Facebook)

    ReplyDelete