KUALA LUMPUR : Ketua
Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Isnin menfailkan permohonan bagi
membatalkan dua pertuduhan yang dihadapinya berhubung perhimpunan Bersih 3.0
pada 28 April lepas atas alasan pertuduhan itu tidak teratur dan tidak sah.
Permohonan itu difailkan
peguam yang mewakilinya Karpal Singh di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Sesyen
Jenayah di sini dan menamakan pendakwa raya sebagai responden.
Pada 22 Mei lepas, Anwar dan
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali serta Ketua
Cabang PKR Rembau Badrul Hisham Shaharin didakwa di Mahkamah Sesyen kerana
menyertai protes jalanan yang menimbulkan kekecohan di ibu negara.
Mereka mengaku tidak
bersalah terhadap pertuduhan menyertai protes jalanan bagi maksud membantah
perintah Majistret Zaki Ashraf Zubir yang melarang sebarang perhimpunan di
Dataran Merdeka serta amaran supaya orang awam tidak hadir, berada atau
mengambil apa-apa bahagian dalam apa-apa perhimpunan, antara 28 April hingga 1
Mei 2012.
Mereka didakwa melakukan
kesalahan itu antara pukul 2.30 petang dan 3 petang pada 28 April, di sepanjang
Jalan Tun Perak di sini dan didakwa mengikut Seksyen 4(2)(c) Akta Perhimpunan
Aman 2012 yang boleh didenda maksimum RM10,000, jika sabit kesalahan. (Bernama)
kita tgklah permohonannya diluluskan atau tidak.
ReplyDeleteAmbiga pun perlu dikenakan tindakan sebab jadi penganjur.
ReplyDeleteKita tunggu saja apa yang dimaklumkan seterusnya mengenai pertuduhan yang dikenakan terhadap Anwar.
ReplyDeleteAnwar pandai kelentong, lebih2 ada lawyer pun kelentong juga.
DeleteBiasa la kalau sudah ada banyak duit. mana takut naik mahkamah.
ReplyDeletemana la Anwar mahu mengaku kesalahan yang dia buat.. kalaupun ada bukti, dia tetap akan nafikan..
ReplyDeletekalaulah akta ISA masih ada, mungkin Anwar ni sudah ditahan dibawah ISA.. patut la dia bermati2an mahu ISA di hapuskan.. supaya mereka boleh melakukan tindakan2 yang boleh menggugat keamanan negara..
ReplyDelete