WAWANCARA....
Ketua Pemuda Bahagian UMNO Libaran Suhaimi sedang diwawancara oleh
Sabahkini.Net.
Oleh : SHAIMON S JUMADI Foto : SAFFIE S JUMADI
SEBAGAI Pemimpin Pergerakan
Pemuda dan bakal pelapis pemimpin di masa hadapan, maka seseorang itu harus
mempunyai nilai-nilai murni dan jati diri yang sempurna agar sentiasa dihormati
kawan dan disegani lawan.
Pemuda UMNO Bahagian Libaran
yang diibaratkan sebagai 'bala tentera' dan tonggak perjuangan parti harus
mempunyai semangat juang yang kental untuk menggempur musuh-musuh politik di
saat-saat akhir menjelang PRU-13.
Ketua Pergerakan Pemuda
Bahagian UMNO Libaran, Suhaimi Haji Nasir berkata demikian semasa diwawancara
oleh Sabahkini.Net sejurus selepas menghadiri Majlis Konvensyen Pemuda UMNO
Libaran di Dewan Masyarakat Bandar Seri Jaya, Batu 8, Jalan Labuk, Kelmarin.
Pemuda yang merupakan sayap
kanan kepada UMNO Bahagian kata Suhaimi haruslah meningkatkan kerjasama erat di
semua peringkat, sama ada dengan Pergerakan Wanita, Pergerakan Puteri dan juga
di peringkat akar umbi di setiap cawangan ini demi keutuhan dan memantapkan perjuangan
UMNO dan Barisan Nasional (BN).
"Dalam hal ini, saya
tidak akan abaikan tanggungjawab saya dan bertekad habis-habisan menentang
parti-parti pembangkang demi mempertahankan maruah UMNO bangsa, agama dan negara.
Inilah misi sebenar perjuangan tulen Pemuda UMNO. Pantang menyerah sebelum
berjaya," ujarnya.
Kata Suhaimi lagi, sebagai
pemuda UMNO yang dimanahkan parti, mereka harus mempunyai disiplin dan jati
diri yang mantap dan tidak mudah terjebak dengan budaya songsang pembangkang
yang sering mencetuskan huru hara dan melakukan kegiatan yang mengancam
keselamatan orang awam.
SEMANGAT...AJK
Pemuda Libaran yang juga Pegawai Perhubungan Parlimen Libaran Mazlan menerima
bendera BN.
“Perhimpunan Bersih 3.0
baru-baru ini, menonjolkan belang sebenar pembangkang yang mengamalkan budaya
ganas kerana merusuh dan mencemarkan maruah negara di mata dunia," ujar
Suhaimi yang bersyukur kerana Pemuda UMNO Libaran mengamalkan amar makruf nahi
mungkar.
Suhaimi mengambil kesempatan
mengucapkan terima kasih kepada Pergerakan Pemuda parti-parti komponen BN
khususnya LDP, PBS, MCA, UPKO, GERAKAN dan PBRS kerana sudi menghadiri
konvensyen tersebut.
"Saya percaya dengan
adanya komitmen daripada para pemuda parti-parti komponen BN, sudah pastinya akan
menguatkan lagi gerakan jentera (PRU 13) untuk menumbangkan dengan mudah sekali
kepada parti-parti lawan seperti PKR, STAR, SAPP dan DAP yang tiada
penyokongnya,” ujarnya Suhaimi.
Apapun, jangan terlalu yakin. selagi belum tiba PRU, masih ada ruang untuk mengalihkan sokongan rakyat.
ReplyDeleteparti lawan dalam perpecahan. apa lagi kehadiran parti baru seperti STAR mungkin akan memecahkan undi pembangkang.
ReplyDeleteBN ada peluang selagi pembangkang masih belum mencapai persepakatan.
DeleteSuhaimi ni bakal2 calon untuk pilihan raya yang akan datang. Bukan PRU13.
ReplyDeletePemuda BN kena mantapkan jentera pilihan raya mereka.
ReplyDeleteTeruskan kerjasama dengan semua pihak dan memastikan setiap kepentingan dan keperluan penduduk dapat dibangunkan.
ReplyDeleteBersatu kita teguh bercerai kita roboh.. Maka jika inginkan kekuatan tetap pada parti teruskanlah usaha bersatu dan berkerjasama.
ReplyDeletePerjuangan BN adalah perjuang parti dan untuk memastikan BN menang semua ahli harus bersatu
DeleteKerjasama semua ahli adalah penting untuk memastikan BN menang pada PRU13
ReplyDeletejika mahu generasi muda memiliki nilai2 murni dan jati diri yang sempurna, pemimpin2 veteren perlu tunjukkan nilai2 itu terlebih dahulu dalam diri mereka..
ReplyDeleteBorneo Paradise (Blog)
Borneo Paradise (Facebook)