Sunday 27 May 2012

UMNO DAKWA ANWAR PUNCA KEGANASAN




MEDIA....Datuk Ibrahim (kiri) dan Datuk Sazali ketika mengadakan persidangan media di Rumah BN, Bangsar.

Oleh : SHAZWAN MUSTAFA KAMAL

KUALA LUMPUR : Umno mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan insiden keganasan malam Khamis lalu ketika ceramah PKR di Lembah Pantai dan mendakwa mereka tidak harus dipersalahkan atas insiden tersebut.

PKR semalam menuduh Umno “menggunakan politik ganas” apabila melempar batu, botol air, dan telur ke arah peserta ceramah PKR dan mencetuskan “insiden berdarah” yang menyaksikan dua mangsa mengalami kecederaan.

Parti itu turut mendesak Umno mengambil tindakan terhadap ahlinya yang didakwa menyerang pemimpin dan pesyokong mereka pada malam tersebut.

Namun, pemimpin Umno Lembah Pantai hari ini menafikan tuduhan PKR sebaliknya mengatakan pembangkang sengaja “membesar-besarkan” cerita pada malam itu.

“Pada malam itu, ahli kami sendiri (Umno) turut cedera. Provokasi itu dimulakan oleh Anwar, yang memanggil Umno (Lembah Pantai) sebagai ‘sial, celaka’,” kata Ketua Pemuda Umno Lembah Pantai Datuk Mohamad Sazali Kamilan.

“Kamu perlu faham, apabila di provok ... macam-macam perkara boleh berlaku.”

Anwar dipercayai mengeluarkan kenyataan itu kepada pemuda Umno yang hanya berjarak kira-kira 100 meter daripada ceramah Umno di lokasi sama.

Mohamad Sazali mendakwa ahlinya turut membuat “simulasi” bagi menerangkan insiden kejadian tersebut.

Ketua Penerangan Umno Lembah Pantai  Datuk Ibrahim Thamby Chik berkata, terdapat juga ahlinya tercedera “dan mereka di sana melemparkan batu dan telur ke arah kami”.

“Kami nafi pemuda Umno bertindak ganas pada malam itu. Kita tak boleh menuduh sesiapa ... ada ramai orang ... siapa baling siapa bukan kita tahu. Kami tak mahu menuduh,” kata Ibrahim.

Tambah beliau kenyataan biadap Anwar “yang tidak diundang” itu menjadikan ceramah yang aman sebelum Anwar menyerang pemuda Umno menggunakan perkataan kesat terbabit.

“Mereka memang pandai memanipulasi dan membesar-besarkan cerita ... apa yang mereka buat adalah manifestasi masyarakat Lembah Pantai yang telah menolak Anwar dan PKR.

“Akar Umbi Umno di Lembah Pantai stabil. Sudah tentu mereka (PKR) rasa tercabar,” tambahnya.

Sazali berkata seorang ahli Umno turut cedera dibaling batu dan mengenal pasti mangsa sebagai Muhd Saiful Bukhari.

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mengutuk insiden tersebut dan menafikan telah memberi arahan kepada pemuda untuk mengganggu ceramah PKR.

Naib Presiden PKR  Nurul Izzah Anwar adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai selepas memenangi kerusi itu daripada Ketua Wanita  Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil.

Nurul Izzah dijangka akan bertanding dan kali ini berhadapan dengan Ketua Umno Lembah Pantai  Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin dalam pilihan raya akan datang. (TMI)

7 comments:

  1. Lebih baik Bersih 3.0 tidak diadakan dari awal.

    ReplyDelete
  2. Manipulasi sangat banyak dalam dunia politik. Rakyat jangan mudah diperdayakan dengan hasutan ahli politik yang hipokrit.

    ReplyDelete
  3. jgnlah lakukan keganaaan, keganasan hnya merumitkan lagi keadaan.

    ReplyDelete
  4. Politik kotor perlu dielakkan.

    ReplyDelete
  5. Itu sudah pasti benar sekali. Saya sokong dengan apa yang Umno katakan itu. Semua ini adalah permainan yang dibuat oleh Anwar untuk memastikan keganasan ini berlaku.

    ReplyDelete
  6. inikah contoh pemimpin yang berhasrat mahu merampas jawatan Perdana Menteri? tidak profesional langsung.. sanggup menggunakan kata2 kesat seperti ‘sial, celaka’ terhadap lawannya yang tidakpun melakukan apa2 provokasi terhadap ceramah mereka..

    ReplyDelete
  7. Anwar memang bijak membuat provokasi.. kemudian hasil daripada provokasi itulah yang akan menjadi bahan politik beliau.. dengar2 mata dia lebam dulu pun sebab dia buat provokasi.. masa perhimpunan Bersih 3.0 pun dia juga dalang buat provokasi..

    ReplyDelete