Tuesday, 29 May 2012

PR 'TIDAK BOLEH GUNA LOGO SENDIRI'




SURUHANJAYA Pilihan Raya (SPR) telah mengesahkan bahawa Pakatan Rakyat tidak akan dibenarkan untuk menggunakan logo sendiri dalam pilihan raya umum ke-13 kerana Pendaftar Pertubuhan (ROS) masih belum meluluskan pendaftaran gabungan tersebut.

"Oleh itu, bendera parti-parti komponennya tidak boleh diletakkan di kawasan di mana mereka tidak bertanding, atau ia akan diturunkan," kata Timbalan Pengerusi SPR, Wan Ahmad Wan Omar.

Dalam temubual dengan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily, Wan Ahmad menjelaskan bahawa undang-undang pilihan raya hanya membenarkan parti-parti yang bertanding memaparkan logo mereka yang berdaftar di dalam kawasan pilihan raya yang ditandingi.

SPR telah meluluskan 32 logo parti politik, bertambah lima daripada pilihan raya umum lepas. Logo baru itu termasuk Parti Cinta Malaysia, Parti Makkal Sakti dan Parti Sosialis Malaysia.

11 comments:

  1. Sudah lama PR ni bertanding dalam pilihanraya tapi masih belum dapat kelulusan??

    ReplyDelete
  2. Parti baru pula sudah dapat logo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini hanya akan menimbulkan rasa tidak puas hati dan rakyat akan berprasangka buruk dengan kerajaan.

      Delete
  3. Diminta ROS tidak amalkan sikap berat sebelah dalam tugas mereka. Kerja dengan intergiti.

    ReplyDelete
  4. PR nampaknya menggunakan logo setiap parti komponen semasa PRU nnti.

    ReplyDelete
  5. Jadi kalau dilihat mengunakan logo yang belum diluluskan maka PR akan ditolak dari bertanding.

    ReplyDelete
  6. Nampaknya impian PR guna logo baru tidak tercapai selagi belum diluluskan oleh ROS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Impian tinggal impian saja tu, masa pun sudah semakin suntuk

      Delete
  7. Gabungan PR belum lulus? jadi PR adalah sebuah parti tidak sah. jadi macam mahu menang PRU13???

    ReplyDelete
  8. ok la ba tu guna logo parti sendiri.. bukankah DAP, PAS dan PKR sering bercanggah pendapat dan ideologi politik??

    Borneo Paradise (Blog)
    Borneo Paradise (Facebook)

    ReplyDelete
  9. tapi kenapa baru hari ini diumumkan bahawa gabungan PR belum diluluskan oleh ROS? bagaimana dengan pilihanraya sebelumnya??

    Borneo Paradise (Blog)
    Borneo Paradise (Facebook)

    ReplyDelete