INSTITUT Integriti Malaysia
(IIM) mengalu-alukan dan menyokong cadangan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah
Malaysia (SPRM) yang menawarkan perkhidmatan untuk menapis semua calon parti
sebelum pilihanraya umum Ke-13.
Presiden Institut Integriti
Malaysia, Datuk Dr Mohd Tap Salleh berkata, langkah proaktif ini akan membantu
kepimpinan parti untuk mencalonkan individu yang berintegriti.
"Institut Integriti
Malaysia juga melihat bahawa proses ini akan memastikan tahap keyakinanan
rakyat terhadap sistem pilihanraya dan sistem demokrasi akan bertambah
baik," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Ini, tambahnya, secara tidak
langsung akan menarik minat dan penglibatan rakyat dalam proses pilihanraya dan
pemilihan pemimpin.
Inisiatif ini juga akan
dapat memperbaiki persepsi masyarakat terhadap kepimpinan politik, katanya.
Menurutnya, hasil kajian
yang dikendalikan IIM pada 2009 yang
bertajuk “Sejauh mana Pemimpin Politik Berintegriti dan Bersih Rasuah dihargai
rakyat,” mendapati pemimpin politik yang berintegriti dan bersih rasuah, amat
dihargai rakyat dan kriteria kepimpinan berintegriti dan bersih rasuah,
mengatasi elemen populariti dalam pemilihan pemimpin politik," tambahnya.
Sehubungan itu, menurut Dr
Mohd Tap, IIM berpendapat amat penting untuk parti politik membuat pemilihan
calon yang tepat, yang mempunyai ciri-ciri akauntabiliti, berintegriti dan
telus dalam pilihanraya yang akan datang.
"Masyarakat juga akan
berpeluang untuk mengenalpasti bahawa calon-calon merupakan pemimpin yang
berintegriti.
"Secara tidak langsung,
sistem pilihanraya yang akan datang juga akan meraih keyakinan dan kepercayaan
masyarakat serta dilihat telus, bertanggungjawab dan mempunyai standard yang
tinggi," tambahnya.
Sejak penubuhannya pada
tahun 2004, katanya, IIM, menerusi sektor politiknya, telah mengendalikan
pelbagai program dan kursus untuk meningkatkan kesedaran dan penghayatan nilai
etika dan integriti, pengamalan budaya politik bersih dan pemantapan integriti
politik dalam kalangan ahli politik dan juga parti-parti politik.
"IIM juga bercadang
mengendalikan kursus pemantapan integriti politik yang berfokus kepada
pemahaman sistem politik, perlembagaan, peranan institusi politik, cabaran
integriti politik dan dasar awam negara.
“Negara ini amat memerlukan
kepimpinan politik yang berintegriti tinggi. Sehubungan itu, nilai-nilai murni
seperti amanah, bertanggungjawab, benar, telus, boleh dipercayai, jujur dan
ikhlas adalah amat perlu dalam jiwa pemimpin untuk menjalankan tanggungjawabnya
kepada negara dan bangsa”, kata Dr Mohd Tap.
Semoga calon2 yang memenuhi kriteria dan kelayakan seorang pemimpin saja yang akan terpilih untuk PRU nanti.
ReplyDeleteTentu banyak calon yang gagal kalau penapisan integriti dibuat.
ReplyDeleteHarap2 dilaksanakan penapisan ini.
ReplyDeletebgs juga penapisan ini dilakukan bagi memastikan calon2 yang dipilih benar2 yang terbaik.
ReplyDeleteSatu cadangan yang bagus. Apa pun buat perbincangan dan kata putus mengenai cadangan tersebut.
ReplyDeleteCadangan yang patut dilaksanakan, agar semua pihak berpuas hati
Deletecalon2 perlu yang layak dari segala segi dan aspek.
ReplyDeletebagaimana SPRM tapis calon? melalui siasatan? kemudian, jika calon itu didapati pernah terlibat dengan rasuah terutamanya bagi kes yang belum dilaporkan kepada SPRM, adakan pihak SPRM akan ambil tindakan?? atau sekadar melakukan tugas 'menapis'?
ReplyDeleteBorneo Paradise (Blog)
Borneo Paradise (Facebook)
jika pihak SPRM betul2 buat tapisan, saya yakin pilihanraya umum ke-13 ini akan menyaksikan pertandingan hanya dikalangan belia2 muda.. hanya golongan ini sahaja yang tidak mempunyai rekod buruk terutamanya berkenaan dengan rasuah..
ReplyDeleteBorneo Paradise (Blog)
Borneo Paradise (Facebook)