BANTUAN…..Peter
Pang menyerahkan barang-barang keperluan Masjid Kg Bokara melalui Program
Sentuhan Kasih.
Oleh : SHAIMON S JUMADI
DASAR kerajaan Barisan
Nasional (BN) yang mewakili semua kaum tidak pernah meminggirkan rakyatnya
walaupun ada di antara mereka yang tidak menyokong BN, namun tidak menghalang kerajaan
untuk memberikan bantuan sewajarnya sejajar dengan konsep 1Malaysia.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk
Peter Pang Hin Yin berkata demikian ketika menyempurnakan Program Sentuhan
Kasih peringkat DUN Karamunting di Kampung Bokara, kelmarin.
"Kita faham rakyat di
kawasan Karamunting termasuk penduduk Kampung Bokara adalah kubu BN/UMNO kerana
90 peratus mereka adalah pengundi setia kepada BN yang memberikan kemenangan
besar kepada BN sejak dari di zaman USNO-BERJAYA, PBS dan BN. Kita tidak pernah
tumpas di tangan pembangkang,” ujarnya.
Sehubungan itu, Pang meminta
semua rakyat pelbagai kaum di kawasan DUN Karamunting agar tidak mempertikaikan
calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan parti dan memberikan sokongan sepenuhnya.
Parti pembangkang, kata Pang,
hanya pandai berkelakuan seperti anjing menyalak bukit. Mereka hanya tahu
bercakap tetapi tidak mampu melaksanakan visi mereka sekalipun menggantikan
sekeping zing atau sebatang paku.
Dari itu tegas Pang lagi,
rakyat di kawasan DUN Karamunting termasuk penduduk Kampung Bokara jangan
mendengar hasutan pembangkang yang berniat jahat dan suka memutar belitkan
fakta yang benar.
"Lagipun kerajaan BN
tidak pernah mengabaikan kebajikan dan keharmonian hidup mereka dengan
menaiktaraf prasarana yang ada. Namun ada pihak yang masih menafikan apa yang
kerajaan sudah buat untuk kebaikan rakyat jelata," ujar Pang yang terharu dengan
semangat jati diri pengundi di Karamunting yang terus setia bersama beliau.
Peter Pang ni wajar digugurkan. Tiada guna punya YB, masa PRU12 itu ini cakap. Mau ubah itu la,mau ubah ini la, lepas tu apa ada? jejantas tiada, gelanggang futsal tiada, belia diabaikan.
ReplyDelete