Oleh : ABDUL HADI AWANG
MEMILIH pemimpin negara
adalah amanah besar dalam Islam, yang disebut Ulil Amri. Al-Quran mengesahkan
semua rasul menentang sekeras-kerasnya ajaran yang memartabatkan pemimpin
kerajaan sehingga dianggap Maha Suci daripada segala kesalahan.
Di zaman keemasan umat Islam
menjadi kuasa besar dunia, setiap Uli al-Amri yang dinamakan Khalifah
diharamkan bersikap Maha Suci seperti Tuhan Yang Maha Esa (Allah SWT).
Rasulullah S.A.W bersabda: “Ketaatan terhadap pemimpin hanya dalam perkara yang
baik “.
Ucapan ini adalah menafsirkan
perintah Allah yang dihayati di masa baginda sendiri menjadi ketua negara dan
wajib diikuti oleh umatnya.
Ucapan Abu Bakar R A apabila
dipilih menjadi ketua negara selepas wafatnya Rasulullah SAW: “Wahai tuan-tuan
! saya telah dipilih menjadi pemimpin kamu, padahal saya bukannya orang yang
terbaik di kalangan kamu. Sekiranya saya dalam keadaan yang baik tolonglah
saya, sekiranya saya dalam keadaan yang buruk perbetulkan saya. Benar adalah
amanah, bohong adalah khianat....”
Beginilah juga ucapan setiap
pemimpin yang dilantik selepasnya. Amalan sistem pemerintahan Islam yang
dibukukan dan dicatit oleh para ulama Islam daripada semua mazhab menjadi
kajian para orentalis. Kitab-kitab seperti Muqaddimah Ibn Khaldun, Ahkam
Sultaniyyah, Adab al-Wazir dan lain-lain diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa
Eropah mempengaruhi perkembangan Demokrasi Moden yang diamalkan oleh negara
Barat.
Walaupun mereka menerima
dengan fahaman sekularisme yang dianut, memisahkan politik daripada agama,
namun pengaruh inilah yang mewujudkan sistem pilihanraya yang adil dengan
memberi hak kepada rakyat menjadi hakim terhadap kerajaan dan para pemimpin
kerajaan yang boleh dijatuhkan sekiranya berlaku kesilapan atau kelemahan dalam
mentadbir negara, rakyat pula diberi hak dalam urusan pemerintahan secara
beradab.
Sistem yang adil ini
menggantikan revolusi rakyat secara berdarah yang banyak berlaku seperti di
England, Perancis dan lain-lain. Akhirnya terciptalah demokrasi moden dengan
mewujudkan pilihanraya yang adil.
Bagi mewujudkan penghakiman
yang adil oleh rakyat melalui pilihan raya, maka rakyat diberi kefahaman yang
benar berkenaan pilihanraya. Mereka benar-benar
memahami hak mereka dengan
larangan tegas secara undang-undang terhadap ugutan, sogokan rasuah dan
penyalahgunaan kuasa. Pihak media diletakkan sebagai saksi yang melaporkan
semua pihak kepada rakyat yang menjadi hakim, samada pihak kerajaan yang
dituduh atau pihak pembangkang yang menuduh.
Pihak Suruhanjaya Pilihan
Raya adalah badan yang bebas bagi mengendalikan urusan pilihanraya mengikut
sistem pemisahan kuasa di antara badan kehakiman, perundangan dan pentadbiran
yang diamalkan oleh Rasulullah SAW ketika menegakkan negara contoh di Madinah.
Sistem ini diterima oleh
semua parti Islam di seluruh dunia termasuk PAS, yang ditubuhkan daripada gerakan tajdid dan islah kerana
demokrasi moden menjadi medan politik
paling sesuai dengan Islam yang mengutamakan secara damai.
Keseluruhan negara Barat dan
termasuk negara komunis sekarang telah berubah, menerima sistem demokrasi
pilihanraya yang adil, sehingga tidak ada parti dan pemimpin kerajaan boleh
mendabik dada bahawa mereka Maha Suci daripada segala sifat kekurangan dan
tidak ada kesilapan langsung.
Sistem demokrasi moden ini
menjadikan parti kerajaan dan pemimpinnya sentiasa berwaspada dan sedia ditolak
dan dihukum oleh rakyat, maka berlakulah perlumbaan yang sihat bagi melakukan
yang baik dan menolak yang munkar, menjadikan riadah yang menjadikan hak rakyat
dan kerajaan sentiasa sihat, kerana silih berganti apabila berlaku setiap
kelemahan dan para pemimpin sangat berhati-hati menunaikan amanah.
Di Amerika pernah dibatalkan
kemenangan seorang presiden dalam peristiwa yang terkenal dengan nama skandal
Watergate. Di England pula menjatuhkan kerajaan kerana skandal salah seorang
menteri kabinetnya dengan pelacur yang berkait dengan perisikan negara asing.
Di India membatalkan
kemenangan seorang perdana menteri kerana menyalahgunakan jentera kerajaan dan
banyak lagi. Di zaman kini banyak negara yang dibelenggu dengah sistem diktator
terpaksa berubah kepada sistem demokrasi pilihanraya yang adil.
Negara kita Malaysia yang
tercinta ini mengalami sistem demokrasi menuju ke arah yang lebih buruk dan
memalukan. Surahanjaya Pilihan Raya yang tidak bermaya untuk melakukan reformasi
demokrasi yang sebenar kerana tidak diberi kuasa yang sebenar mengikut takrif
demokrasi dan tidak berlaku pemisahan kuasa yang sebenar.
Kedudukannya berada di bawah
siapa parti yang memerintah mengikut arahan secara nyata dan sulit bagi
mengekalkan sistem satu parti seperti negara komunis, secara agenda yang diatur
begitu rupa. Media arus perdana sebelah pihak yang menutup minda rakyat
mengetahui segala kelemahan kerajaan, seolah-olah menjadikan kerajaan itu Maha Suci sepanjang
hayat seolah-olah tidak ada ajal dan tidak ada hari kiamat.
Daftar pengundi yang tidak
masuk akal, seperti jumlah isi rumah laksana sebuah kampung dan penduduk kampung yang ramai laksana satu
daerah kerana terlalu gelojoh mangambil pengundi bagi menjamin kemenangan parti
yang sedang memerintah walaupun sudah banyak senarai penyelewengan sehingga
dilupai yang telah berlaku sebelumnya tanpa tindakan yag adil.
Politik wang yang membarah
ke dalam parti kerajaan dan masuk pula ke dalam rakyat, ke lapangan pilihanraya
umum. Semua yang berlaku adalah kemungkaran yang mencalarkan imej Islam yang
menjadi agama negara mengikut perlembagaan dan banyak kemunkaran yang wajib
dicegah dan kezaliman yang wajib disanggah.
PAS wajib menyampaikan
risalah Islam kepada seluruh manusia dengan memberi kefahaman yang betul kepada
penganut Islam dan memperkenalkan Islam kepada bukan Islam, bagi mengajak
kepada makruf dan mencegah kemunkaran kerana Rasulullah SAW mewajibkan kepada
setiap orang Islam menyampaikan mesej sebenar, menyatakan yang benar dan mencegah
kemunkaran mengikut kemampuan masing-masing dengan tangan, lidah dan perasaan
benci dalam hati.
Demonstrasi aman yang
menjadi salah satu daripada amalan demokrasi moden adalah salah satu cara
menunjukkan kebencian dalam hati.
Rasulullah SAW mengizinkan
para sahabatnya keluar beramai-ramai daripada persembunyian mereka di Mekah
selepas Islamnya Hamzah dan Umar RA bagi menunjukkan sikap mereka terhadap
pamimpin Makkah yang zalim secara terbuka dan aman tanpa senjata.
Ketika berada di Madinah dan
telah wujud negara yang berkuasa, tiba-tiba Rasulullah SAW bersabda kepada para
sahabatnya, menyebut peristiwa lama
berlaku sebelum dilantik manjadi Rasul: "Aku pernah dibawa oleh bapa-bapa
saudaraku ke rumah Abdullah bin Judaan bagi mengadakan Halaf Fudul (persefahaman dan kerjasama) bagi membela
mereka yang dizalimi dan menentang mereka yang zalim secara bersama. Sekiranya
perkara ini dibawa kepadaku sekarang nescaya aku menyertainya."
Rasulullah menerima secara
positif segala sifat yang baik secara fitrah yang ada dalam diri manusia
termasuk bukan Islam, sehingga menghargai keluarga Hatim al-Toei seorang
pemimpin kabilah yang suka menolong dan meraikan tamu di zaman jahiliyyah dan
banyak lagi contoh yang lain.
BERSIH adalah gabungan
kerjasama NGO berbagai agama dan parti-parti politik pelbagai ideologi yang
menganjurkan demonstrasi aman bagi membantah pilihanraya yang mengotorkan
amalan Demokrasi di Malaysia, ramai kalangan mereka tidak terlibat secara
langsung dalam pilihanraya, tetapi sifat fitrah manusia yang bencikan zalim,
tipu dan lain-lain.
PAS berpendapat bahawa BN
telah banyak menyeleweng daripada konsep demokrasi yang adil. Umno sendiri
telah lama merosakkan imej Islam. Ajaran Islam meletakkan politik adalah
amanah besar yang diamalkan para Rasul
seluruhnya, tiba-tiba dikotori dengan banyak perkara yang memalukan, seperti
menyalahgunakan kuasa secara penipuan dan zalim bukannya bertahan dengan akhlak
yang mulia.
Amanah politik dijadikan
peluang mengumpul harta dan menaikkan pangkat, bukannya amanah yang wajib
ditunaikan. Harta dan kuasa dijadikan senjata mengugut rakyat, laksana dajjal
yang zahir di akhir zaman, menawarkan kesenangan untuk pengikutnya sahaja,
sesiapa yang tidak mengikutnya menerima padah.
Akhirnya PAS wajib mencegah
kemungkaran besar yang sedang berlaku ini, hujah lebih kuat lagi apabila
membaca amanat Rasulullah SAW: "Sama ada kamu menyuruh kepada yang baik
dan mencegah kemungkaran atau berdiam diri, nescaya orang-orang yang jahat
memerintah kamu, lalu orang-orang yang baik berdoa, tiba-tiba doanya tidak
diperkenankan oleh Allah."
Sabdanya lagi:
"Menyatakan yang benar kepada kerajaan yang zalim adalah jihad paling
afdal."
PAS tidak membenarkan para
ulamanya menjadi syaitan bisu yang berdiam diri terhadap kebenaran di hadapan mata
yang wajib ditegakkan dan kemungkaran nyata yang wajib ditegah, PAS tidak
mengizinkan para ulamanya menjadi burung kakak tua yang bercakap hanya mengikut
apa yang diajar oleh tuannya sahaja dan tidak mampu menilai sendiri.
Adapun alasan berlakunya kekacauan
selepas itu, adalah disebabkan salah laku kerajaan terhadap perhimpunan aman,
seperti melarang berhimpun di padang dataran merdeka yang menjadi tempat
berhimpun dan provokasi pihak yang diadakan sendiri atau diizin oleh kerajaan
sendiri. Sikap tidak adil melantik kumpulan penyiasat yang ditunjukkan oleh
satu pihak kerajaan sahaja adalah cara yang tidak bermoral untuk menegakkan
keadilan yang sebenar.
Lebih tidak adil lagi
apabila adanya tangkapan selepas bersurai dan menyeksa mereka yang ditangkap, dimaki
hamun dan sebagainya. Ini bukan cara yang bijak untuk mempertahankan kerajaan,
bahkan cara menggali lubang sendiri untuk jatuh dengan cara memalukan. Bukan
sahaja menjadi sunnah alam dan nas al-Quran dan hadith, serta doa mereka yang
dizalimi pasti diperkenan Allah walaupun daripada seorang yang bukan Islam.
Akhirnya, kalau bangsa
Melayu masih bersama Umno yang tidak menegakkan Islam yang sebenar, berlakulah
amaran Allah:
Maksudnya: Sekiranya kamu
berpaling (tidak mahu menegakkan agama kamu) nescaya Allah menukarkan kaum
lain, kemudian mereka tidaklah seperti kamu. (Surah Muhammad: 38)
(NOTA : Datuk Seri Abdul
Hadi Awang merupakan Presiden PAS. Artikel ini merupakan pandangan peribadi
penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi Sabahkini.net).
Tiada yang boleh dianggap Maha Suci di dunia ni.
ReplyDeletesepatutnya tidak wujud parti yang berasaskan agama. politik dan agama adalah elemen yang sangat berbeza.
ReplyDeleteDi negara ini, kalau tidak politikkan agama macam tidak sah. Taksub betul.
DeleteBukankah dulu Nik Aziz pernah berkata bahawa sesiapa yang tidak mengundi PAS tidak akan masuk ke syurga?
ReplyDeleterakyat ada kuasa untuk memilih pemimpin yang mereka inginkan.
ReplyDeletePAS terpaksa menghalalkan apa yang PR lakukan.
ReplyDeleteApa boleh buat, untuk berkuasa PAS sangggup tutup mata dan telinga segala perlakuan PKR
DeleteYang hairan...Siapa yang dulu menentang Ambiga???Bukankah PAS..Namun sekarang apa sudah jadi dengan pendirian PAS. Adakah ini kerana terpaksa oleh PR??
ReplyDeleteSemuanya kerana ingin menawan Putrajaya. Lawan pun jadi kawan.
Deletebersih sangat ka pentadbiran PAS? bagaimana dengan penyelewengan tender bernilai lebih RM600 juta di kedah?? bagaimana PAS boleh robohkan madrasah di kedah walaupun dibantah oleh penduduk sekitar semata2 mahu mendirikan kompleks membeli belah??
ReplyDeleteBorneo Paradise (Blog)
Borneo Paradise (Facebook)
negara yang terdiri dari pelbagai bangsa dan agama seperti Malaysia pasti mempunyai masalah untuk menyokong parti yang berasaskan keagamaan.. lihat saja penerimaan PAS ketika PRN Sarawak.. kenapa tidak ada satu pun kerusi yang dimenangi oleh PAS?
ReplyDeleteBorneo Paradise (Blog)
Borneo Paradise (Facebook)