Tuesday, 29 May 2012

PEMBANGKANG AMAL HUKUM RIMBA?



RASMI … Anifah memalu gong sebagai tanda perasmian Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kecil Membakut sambil disaksikan oleh Arifin dan pemimpin masyarakat KDCA .

MEMBAKUT: Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Haji Aman berkata apa-apa pun pembangunan dan usaha-usaha yang telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk membantu rakyat akan sentiasa dinafikan oleh pihak pembangkang.

“Apa yang dilaksanakan oleh Kerajaan BN malah segala yang dirancang oleh pemimpin semuanya tidak betul bagi mereka namun mereka tidak menyedari keharmonian, kesejahteraan serta pembangunan negara dan kemakmuran ekonomi yang mereka nikmati hari ini adalah hasil perjuangan BN,” katanya.

Berucap merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Kecil Membakut di Dataran Membakut Jaya pada malam Sabtu, Anifah yang juga Ahli Parlimen Kimanis berkata pembangkang memang petah dan mudah bercakap serta berhujah tetapi gagal mengotakan apa yang mereka tebarkan kepada rakyat itu.

“Mereka hanya tahu bercakap seolah-olah diri mereka, parti mereka yang paling bijak merancang pembangunan untuk rakyat tetapi gagal membuktikannya malah mereka sanggup melakukan protes jalanan sekalipun perbuatan mereka itu menyalahi undang-undang dan mengancam keselamatan rakyat dan negara,” tegasnya.

Beliau berkata tindakan yang mereka lakukan ini bertujuan untuk menarik perhatian rakyat dengan harapan apa yang mereka lakukan itu dapat memesongkan pemikiran rakyat sedangkan ianya tidak membawa sebarang erti kepada rakyat.

“Tindakan para pemimpin pembangkang ini tidak bertamadun yang cuba membawa rakyat hidup kembali ke zaman purba yang tidak ada undang-undang,” katanya.

Dalam hubungan ini katanya rakyat harus mengambil iktibar dengan apa yang berlaku di negeri-negeri yang berada di bawah pemerintahan pembangkang apabila kesengsaraan terus dihadapi oleh rakyat di negeri-negeri ini.

Anifah berkata beliau yakin rakyat Sabah dan Kimanis akan bersatu menolak kehadiran pembangkang ke negeri ini.

Beliau berkata di Parlimen Kimanis rakyat boleh menyaksikan sendiri apa yang telah dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional.

“Kerajaan bukan setakat melaksanakan pembangunan prasarana mahupun infrastruktur seperti bekalan air bersih, menaik taraf jalan raya dan sebagainya tetapi usaha pemimpin dalam melaksanakan pembangunan ekonomi adalah jelas sebagai contoh projek gergasi Petronas di Kimanis,” katanya.

Projek Minyak dan Gas Petronas Kimanis (SOGT) ini kata beliau memberi peluang kepada rakyat untuk mendapatkan pekerjaan dan aktiviti ekonomi berikutan kepesatan pembangunan Kimanis.

“Dalam kita memandang kini dan kehadapan, saya bersama wakil Rakyat DUN Membakut, Datuk Haji Mohd Arifin Arif mengajak semua rakyat supaya sekali sekala menoleh ke belakang untuk membezakan Kimanis dan Membakut 10 tahun yang lalu dan hari ini,” kata Anifah.

15 comments:

  1. Nampaknya Anifah akan terus menjadi wakil rakyat Kimanis. Memang wajarlah kerana banyak pembangunan yang beliau telah laksanakan di kawasan tersebut. dan rasanya majoritinya masih menyokong kepimpinan beliau.

    ReplyDelete
  2. Janganlah mudah terpengaruh dengan hasutan serta janji2 manis pembangkang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pembangkang hanya tahu mengkritik pada kebanyakan masa.

      Delete
    2. Opposition will promise anything just to get the people support them.

      Delete
  3. Bukankah Sabah lebih maju daripada yang dulu? Mustahil untuk menidakkan sumbangan BN ke atas negeri ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. If bn didn't provide help to sabah then how is it possible for sabah to develop???Clearly the opposition is trying to brainwash the people in going against the government.

      Delete
  4. pembangkang semua kerajaan lakukan mereka kritik walaupun yang dilakukan kerajaan perkara baik. itulah pembangkang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. The opposition will use the BN/UMNO weaknesses as their advantage in getting the people voting for them. Typical for oppositions to do.

      Delete
  5. seharusnya jika ia perkara baik mereka sokong, bukan diburukkan.

    ReplyDelete
  6. Pembangkang akan melakukan apa saja demi mencapai impian mereka. BERSIH adalah antaranya apa yang pembangkang lakukan.

    ReplyDelete
  7. Siapa yang tidak kenal dengan Pembangkang yang suka memutarbelitkan isu untuk kepentingan peribadi. Maka berjaga-jagalah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Atas usaha kerajaan pelbagai membangun telah dicapai, contohnya kawasan Sipitang dengan projek SAMUR

      Delete
  8. Kerajaan pasti secara berperingkat membangunkan Sabah demi membela nasib rakyat

    ReplyDelete
  9. kadang2 ada juga baiknya kewujudan pembangkang di negara ini, dan kadang2 ada juga keburukannya.. bukankah lebih baik jika pembangkang berjuang secara ikhlas dan jujur.. barulah rakyat dapat lihat kesungguhan dan profesionalism pemimpin2 pembangkang.. senang saja, mana2 yang baik dilakukan kerajaan, sokong saja.. yang buruk, barulah dibantah..

    Borneo Paradise (Blog)
    Borneo Paradise (Facebook)

    ReplyDelete
  10. berkenaan dengan perhimpunan yang didalangi pemimpin2 pembangkang, bukankah lebih baik jika mereka gunakan dana dan tenaga mereka untuk melancarkan perhimpunan bagi menimbulkan kesedaran berkenaan dengan kepupusan beberapa spesis haiwan di negeri ini?? seperti badak borneo, gajah, ikan yu, sun bear, dan sabagainya.. lagi besar manfaatnya

    Borneo Paradise (Blog)
    Borneo Paradise (Facebook)

    ReplyDelete