TUMBUK.....
Yong sedang menumbuk padi bersama pemimpin SAPP sebagai simbolik merasmikan
Pesta Kaamatan.
Oleh: THAMPARREQ KITOES
TENOM: Presiden Parti Maju
Sabah (SAPP) Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee menyifatkan kenyataan Speaker
DUN Sabah, Datuk Seri Salleh Tun Said mengenai isu 20 Perkara sebagai tidak menghormati kedaulatan serta
menyisihkan hak asasi rakyat negeri ini kerana menganggap isu tersebut tidak
sah; kononnya sudah menjadi sebahagian daripada Perlembagaan Malaysia.
Beliau berkata, kenyataan Salleh
amat mengecewakan segenap lapisan rakyat kerana sikapnya yang tidak patriotik
untuk mempertahankan hak asasi rakyat negeri ini malah sanggup memperlekehkan
perjanjian 20 perkara sebagai tidak wujud lagi.
“Saya seorang Peguam banyak
membaca dan meniliti perundangan yang melibatkan perjanjian Malaysia, 20
Perkara termasuk hasil persetujuan ketika pembentukan Malaysia 1963 dan juga
laporan Inter Governmental Committee (IGC) yang melibatkan Tanah Melayu,
Singapura, Sabah, Sarawak yang dipengerusikan Suruhanjaya Cobbold dari United
Nation (UN) di mana menetapkan bahawa selagi Perjanjian Malaysia wujud dan
tidak cacat selagi itu 20 Perkara tetap wujud,” kata beliau dihadapan kira-kira
lebih 500 orang ketika merasmikan Pesta Kaamatan Peringkat Negeri, di Kg Pulong dekat sini pada Ahad.
“Saya tidak tahu sumber mana
Datuk Salleh perolehi peraturan tersebut atau mungkin beliau sudah berada dalam
situasi menggelabah kerana mendapat tahu bahawa kemungkinan besar Barisan
Nasional (BN) sukar dapat mempertahankan kerajaannya pada Pilihanraya umum kali
ke-13 ini,” tambahnya.
Tegasnya, dalam ertikata
yang lain bahawa perjanjian Malaysia yang ditanda tangani sekitar tahun 1963
masih segar dan masih berkuatkuasa kerana tidak mempunyai had tempoh luput.
Bagaimana pun sekiranya ia diputuskan tidak sah, bermakna segala perjanjian yang
terlibat pada ketika itu semuanya tidak sah dan batal.
Selain itu, Datuk Yong turut membangkitkan perkara lain kerana
baru-baru ini dua bekas penjawat awam menyaman kerajaan berhubung isu
Borneonisasi Perkara 8 sepertimana termaktub dalam 20 Perkara dibenarkan oleh
Mahkamah untuk dibicarakan.
Tambahnya, adalah jelas
memberi gambaran bahawa perjanjian 20 Perkara masih relevan mengikut pandangan
Mahkamah. Jikalau tidak sudah pasti ianya sudah ditolak oleh Mahkamah
daripada meneruskan saman kedua-dua plaintif.
Turut dibangkitkan Yong
adalah masalah tanah tanah NCR yang kini semakin kronik kerana terdapat
beberapa insiden rakyat terpaksa merengkok di dalam penjara kerana atas tuduhan
menceroboh kawasan larangan Hutan Simpan sedangkan kawasan itu adalah kawasan
tanah NCR.
“Kita akan kembalikan tanah-tanah
hak mereka apabila SAPP menjadi kerajaan dan dalam masa yang sama kita batalkan
pemberian geran komunal dengan syarat rakyat harus bersama sama dengan kita
untuk ‘tukar baju atau tukar kerajaan’ pada pilihanraya umum kali ke-13 nanti,”
tegas Yong.
“Kalau kita tiada tanah
siapa yang peduli kita? Malah tanah merupakan aset kita untuk menentukan arah
kemajuan sosio ekonomi kita untuk menjana penghidupan yang lebih bermakna demi
anak cucu cicit kita,” tambahnya.
Dalam pada itu, berhubung
dengan perayaan Pesta Kaamatan, Yong turut menekankan bahawa SAPP akan terus
menghormati serta memelihara perayaan itu yang penuh dengan pengisian adat dan
senibudaya suku kaum KDM yang telah diwarisi sejak turun temurun sejak dari
nenek moyang masyarakat itu daripada pupus ditelan zaman.
“Kita percaya bahawa pesta
yang mempunyai misi adat itu sudah pasti antara lainnya akan memberi galakkan
untuk menambah nilai pendapatan padi yang menjadi sumber makanan kita pada
tahun tahun mendatang. Selain itu ia juga merupakan majlis khas untuk
mensyukuri Bambarayon atau Kenoingan yang memberi berkat dan limpahan rezeki
kepada kita,” tegas Datuk Yong.
Yong seterusnya berkata,
sekitar tahun 1997 ketika beliau menjadi Ketua Menteri Sabah, laporan
pengeluaran beras di negeri ini sebanyak 300,000 metrik tan digunakan,
pengeluaran tempatan sebanyak 100,000 metrik tan; manakala import sebanyak
200,000 metrik tan. Ekspot ke Sarawak sekadar 2,000 metrik tan sahaja.
Bagaimanapun, sekiranya SAPP
ditakdirkan mengambil alih tampuk kerajaan selepas Pilihanraya umum kali ke-13,
parti itu telah siap membuat perancangan untuk 5 tahun ke hadapan kerana
sejumlah RM500 juta akan dilaburkan untuk menerokai tanah seluas 100,000 hektar
khusus untuk tanaman padi.
Jangkaan itu besar
kemungkinan bahawa negeri ini tidak lagi terlalu bergantung kepada pengimportan
makanan, khususnya beras kerana berdasarkan fakta itu ianya mampu berdikari; malah berkemungkinan
Sabah merupakan salah satu pengeksport beras kepada negara luar kelak, tegas
Yong.
20 Perkara sepatutnya sentiasa relevan kerana itulah menjadi dasar kepada penubuhan M'sia.
ReplyDeleteperjanjian 20 harus dipertahan dan diperjuangkan, ia masih releven.
ReplyDeleteSemua parti harus bekerjasama lindungi hak rakyat Sabah.
ReplyDelete"Datuk Salleh tidak salah apabila berkata ada antara perkara dalam perjanjian 20 Perkara telah dimasukkan dalam perlembagaan. Pada masa yang sama, Maximus juga betul bahawa semangat 20 Perkara itu relevan selama-lamanya,"-Musa Aman
ReplyDeleteApapun, Salleh kena hati2 dengan kenyataan beliau kerana isu 20 Perkara amat sensitif bagi rakyat Sabah.
ReplyDelete20 perkara sememangnya masih relevan dan perlu dipertahankan demi kepentingan penduduk Sabah.
ReplyDeleteMemang 20 perkara ini masih relevan. Ini demi kepentingan penduduk Sabah sendiri. Maka teruskan memperjuangkan 20 perkara ini.
ReplyDeletemakin hangat pula isu 20 perkara ini selepas Salleh buat kenyataan kontroversi..
ReplyDeletesaya sarankan kepada pihak yang bersungguh2 memperjuangkan isu 20 perkara ini supaya memfailkan saman terhadap kerajaan persekutuan.. terutamanya pihak pembangkang yang kerap kali mengatakan kerajaan persekutuan gagal menunaikan perjanjian 20 perkara ini..
ReplyDelete