Monday 28 May 2012

SK TAMAU, PROJEK SAKIT YANG MEMALUKAN




BANTUAN……….Abdul Rahman (dua dari kiri) menyampaikan bantuan KWAPM kepada salah seorang pelajar SK Tamau, Kota Belud sambil diperhatikan oleh Mungi (kiri sekali) dan Mokdin (dua dari kanan) pada majlis itu.

Oleh: ISMAIL MOHD ROSLI

KOTA BELUD : Kementerian Pelajaran Malaysia diminta memberi satu alasan yang munasabah berhubung kelewatan kontraktor yang dilantik gagal menyiapkan projek pembinaan bangunan baru SK Tamau di kampung itu yang sudah terbengkalai sejak beberapa tahun lalu.

Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan berkata kelewatan menyiapkan projek itu mengikut jadual yang telah ditetapkan menyebabkan murid di sekolah itu tidak merasa selesa dan guru di sekolah berkenaan juga tidak boleh membuat kerja dengan baik.

Katanya, memandangkan projek itu telah diklasifikasikan sebagai projek sakit, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia harus memberikan satu tarikh yang tetap bagi menyelesaikan isu tersebut dengan kadar yang segera.

“Saya tidak mahu pihak Kementerian Pelajaran Malaysia menganggap perkara ini satu isu kecil, saya juga tidak mahu PPD atau JKR beranggapan yang sama, kelewatan projek ini sudah terlalu lama dan boleh menjejaskan maruah kerajaan yang sudahpun menunjukkan keinginan untuk membina sekolah di kampung ini.”

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Ramah Mesra dan penyampaian bantuan KWAPM di SK Tamau dekat sini, baru-baru ini.

Abdul Rahman yang juga Setiausaha Barisan Nasional Sabah berkata kerajaan sudah komited untuk membawa pembangunan yang diharapkan oleh rakyat ini terbukti dengan menyediakan peruntukan bagi tujuan itu.

Malangnya menurut beliau yang mengecewakan ialah syarikat kontraktor bumiputera yang diamanahkan telah gagal menyiapkan projek itu seperti yang sepatutnya mengikut jadual yang telah ditetapkan.





BERBINCANG……..Abdul Rahman (dua dari kiri) berbincang dengan Mungi (tiga dari kanan) ketika melawat bilik guru SK Tamau, Kota Belud.

“Jangan bagi pelbagai alasan, kita sudah bagi peluang bukan seminggu atau dua minggu kepada syarikat kontraktor itu untuk menyelesaikan isu ini, telah bertahun-tahun kita berikan peluang kepada kontraktor ini untuk menyelesaikan masalah tersebut, malangnya sehingga sekarang bangunan SK Tamau yang baru belum lagi dapat disiapkan.

“Saya minta Kementerian Kewangan senarai hitamkan syarikat kontraktor menjadi penderhaka kepada agenda pendidikan di negeri Sabah untuk mendapatkan projek lain di masa hadapan sebagai pengajaran kepada syarikat kontraktor bumiputera lain,” katanya tegas.

Hadir sama pada majlis itu antaranya Guru Besar SK Tamau, Kota Belud, Mungi @ Rupiah Julayhi; Penolong Kanan I, Mokdin Mansur; Ketua Kampung, Kg. Tamau, KK Asipin Yat; Pengerusi JKKK Kg. Tamau Hujud Ali; Timbalan YDP PIBG SK Tamau, Khatab Ikin serta para pemimpin setempat yang lain.


11 comments:

  1. patut kenakan tindakan terhadap kontraktor tersebut kerana gagal menjalankan projek dgn baik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena kenalpasti apa punca kelewatan projek terlebih dahulu.

      Delete
  2. Kena pantau dengan teliti setiap projek yang dijalankan agar masalah seperti ini tidak berulang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biar kerap lakukan pantauan supaya kontraktor ni buat kerja ikut masa dan piawaian yang betul.

      Delete
  3. Tiap kali ada masalah projek tertangguh mesti pihak kontraktor saja yang punya salah. memang patutlah buat tapisan dulu ni kalau mau bagi projek sama kontraktor.

    ReplyDelete
  4. Masalah projek terbangkalai ini seharusnya dipandang serius ini kerana akan menjejaskan nama baik pemimpin dikawasan itu sendiri.

    ReplyDelete
  5. Setiap projek yang dilaksanakan oleh kerajaan seharusnya dipantau perjalanan projek tersebut bagi memastikan setiap perancangan akan berjaya siap sepenuhnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pemantauan setiap projek dapat memastikan projek siap pada masanya dan kerja2 pun berkualiti.

      Delete
  6. Guru2 di semua sekolah pedalaman harus mencukupi untuk mengajar pelajar2 dan kemudahan juga harus lengkap untuk keselesaan mereka.

    ReplyDelete
  7. jika masalah itu disebabkan oleh syarikat kontraktor, pihak kerajaan tidak perlu teragak2 untuk menyenarai hitamkan syarikat itu..

    ReplyDelete
  8. sepanjang tahun ini, memang banyak peruntukkan yang telah disalurkan oleh kerajaan persekutuan kepada negeri ini, namun banyak juga projek2 kerajaan yang gagal dilaksanakan.. mungkin lebih baik jika setiap projek kerajaan hanya diberikan kepada kontraktor luar yang berpengalaman jika begini la hasil kerja kontraktor bumiputera..

    ReplyDelete