Tuesday 29 May 2012

TELAGA TIUB TANGANI MASALAH AIR BERSIH




KENINGAU : Projek Telaga Tiub, yang diperkenalkan oleh Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, bakal menjadi sandaran baharu bagi menangani masalah bekalan air bersih khususnya di kawasan pedalaman Sabah.

Timbalan Menterinya, Tan Sri Joseph Kurup berkata ini terbukti dengan kejayaan projek terbaru kementerian di Kampung Biah Skim 1, kira-kira 15 kilometer dari sini.

Katanya, telaga tiub di Biah Skim 1 yang mempunyai penduduk seramai 1,200 itu mampu menyalurkan sebanyak 330,000 liter sehari yang boleh menampung keperluan sehingga 4,000 orang sehari.

Berucap pada majlis penyerahan Telaga Tiub Biah Skim 1 pada Isnin, Kurup yang juga anggota Parlimen Pensiangan berkata projek seumpama itu diharap dapat menangani masalah air khususnya di kawasan pedalaman.

Turut hadir pada majlis itu ialah Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sook Datuk Ellron Angin. (Bernama)

11 comments:

  1. Macam mana sebenarnya telaga tiub ni ah?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guna graviti mungkin. Selama ini, apa sumber air mereka ya?

      Delete
    2. Ok la tu. yang penting bekalan sudah ada.

      Delete
    3. saya pun baru dengar ini telaga tiub.. sudah telaga, ada tiub lagi..

      Delete
  2. Harap2 masalah penduduk pedalaman Sabah untuk mendapatkan air bersih akan segera selesai.

    ReplyDelete
  3. bgslah masalah air di kawasan tersebut dpt diselesaikan.

    ReplyDelete
  4. Syukurlah penduduk di pedalaman sudah boeh menikmati bekalan air bersih.

    ReplyDelete
  5. Cari alternatif yang dapat membantu menyelesaikan masalah dikawasan pendalaman. Telaga tiub ini antara alternatif yang baik untuk menyelesaikan masalah bekalan air.

    ReplyDelete
  6. Satu usaha yang berguna kepada penduduk bagi memastikan bekalan air mencukupi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pasti penduduk berpuas hati dan senang hati.

      Delete
  7. ok la kalau telaga tiub ini boleh menyelesaikan masalah bekalan air di kawasan pedalaman di Sabah.. tapi adakah penyelesaian ini bersifat jangka panjang? jika tidak, teruskan usaha mencari alternatif lain bagi mengelakkan bekalan air di kawasan pedalaman terputus..

    Borneo Paradise (Blog)
    Borneo Paradise (Facebook)

    ReplyDelete