MELAKA : Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggesa semua pihak agar tidak menggunakan
jenayah rasuah untuk kepentingan politik terutama menjelang pilihan raya umum
akan datang.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk
Seri Abu Kassim Mohamed berkata berdasarkan pengalaman lepas, aduan dan
maklumat berhubung jenayah rasuah yang diterima pihaknya meningkat secara
mendadak apabila tiba musim pilihan raya.
“Kita minta dalam keadaan
nak dekat pilihan raya ini, bantulah SPRM kerana dalam pengalaman kita yang
lepas setiap kali ada pilihan raya, tiba-tiba jumlah maklumat, aduan-aduan
mengenai rasuah naik dengan mendadak,” katanya kepada pemberita selepas
menyampaikan ceramah pada Forum Pemantapan Integriti Dalam Perkhidmatan sempena
Melaka 750 tahun, di sini hari ini.
Bagaimanapun katanya
kebanyakan aduan terbabit bertujuan politik yang tidak menguntungkan rakyat dan
negara, kerana berita mengenai rasuah itu dilapor menerusi media atau blog
terlebih dahulu sebelum dibawa kepada SPRM.
“Ini menyebabkan kita susah
mendapatkan keterangan (kerana) apabila hebahan-hebahan dibuat dahulu kepada
media selepas itu baru dihantar kepada SPRM maka saksi-saksi penting,
keterangan-keterangan akan hilang sebelum SPRM dating membuat siasatan,”
katanya.
Sementara itu, Abu Kassim
berkata kesedaran berhubung jenayah rasuah terutama dalam kalangan penjawat
awam di negara ini menunjukkan peningkatan.
Beliau berkata ini
berdasarkan peningkatan jumlah tangkapan terhadap pemberi rasuah sejak dua
tahun lepas.
Katanya ramai penjawat awam
tampil membuat laporan ke atas individu yang memberi rasuah kepada mereka
sekali gus menggambarkan penentangan terhadap jenayah itu.
“Negara-negara yang
menampakkan usaha kerajaannya mula berjaya ialah apabila kesedaran pegawai
kerajaan dalam mengambil tindakan ke atas mereka yang memberi rasuah menunjukkan
perkembangan,” katanya. (Bernama)
kalau bagi macam2 dekat-dekat PRU ni bukan rasuah?
ReplyDeleteRasuah versi halus. Tapi mana2 yang memang rakyat patut dapat, itu bukannya rasuah.
Deletekalaulah dibuat statistik, rasanya mereka yang paling banyak melakukan rasuah ni penjawat awam atau swasta??
ReplyDeleteAhli politik la kot..
Deleterasuah harus dibenteras, hidup tak berkat jika mengambil rasuah.
ReplyDeleteDuit hasil rasuah memang tidak berkat..
DeleteBetul...SPRM perlu memantau perkara ini sebaiknya. Pastikan rasuah dalam politik menjelang PRU ini akan dapat ditangani.
ReplyDeleteJaga kamu semua...SPRM telah memberikan amaran awal-awal mengenai perkara ini. Maka jangan terlibat dengan rasuah.
ReplyDeletePasti SPRM menjalankan tugas sebaik mungkin dalam menjejak mereka yang terlibat dalam rasuah
Deletekepada pemimpin2 politik atau pihak yang berkepentingan dengan pilihanraya ini, jangan buat laporan di media jika ada mana2 parti atau pemimpin politik yang terlibat dengan rasuah.. tindakan itu boleh memberikan peluang kepada tertuduh untuk menghapuskan segala bukti penyelewengan atau rasuah..
ReplyDeleteBorneo Paradise (Blog)
Borneo Paradise (Facebook)
dengan terlaksananya penggunaan dakwat kekal dan pelaksanaan syor2 yang dikemukakan PSC, saya yakin pilihanraya kali ini jauh lebih bersih dari pilihanraya sebelumnya..
ReplyDeleteBorneo Paradise (Blog)
Borneo Paradise (Facebook)