Monday, 28 May 2012

BELIA SERBA BOLEH KATALIS PEMBANGUNAN



PASANG........Azizah dan pemimpin masyarakat memasang bendera BN di hadapan Balai Raya Kg Pintas Kubu Beaufort.

Oleh : ABU BAKAR ESAH

BEAUFORT: Belia perlu menjadi generasi yang serba boleh bagi memastikan mereka dapat menyumbang dalam pembangunan negara dan menabur bakti kepada masyarakat.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun berkata belia merupakan generasi pemimpin pelapis yang bertanggungjawab menjaga dan menentukan masa depan negara.

“Belia berperanan besar untuk membawa angin perubahan yqang positif. Jesteru itu belia mestilah meneruskan usaha untuk meletakkan masa depan negara pada kedudukan yang lebih baik daripada hari ini seperti saranan Pendana Menteri Datuk seri Najib Tun Razak,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyertai majlis Gotong Royong anjuran Kor Belia Kampung Pintas Kubu Beufort kelmarin.

Hadir sama, Ketua Anak Negeri, Basrin; Penasihat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Pintas, Husin Jilon dan Pengerusi JKKK Kg Pintas, Zainal Jilon.

Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias berkata kerajaan sentiasa mengiktiraf peranan dan sumbangan belia dalam semua bidang.


 

WARNA.......Azizah sedang mewarna logo 1 Malaysia pada papan tanda Tabika Kemas Kg Pintas, Kubu Beaufort pada majlis gotong-royong anjuran Kor Belia.

“Kerajaan menyedari belia di negara ini berdiri teguh dan memberi sokongan yang padu kepada kepada kerajaan Barisan Nasional. Oleh sebab itulah kerajaan tidak pernah mengabaikan kepentingan belia dan sentiasa mendengar suara dan pandangan generasi muda pada hari ini,” katanya sambil merujuk perhimpunan belia sempena Hari Belia baru-baru ini mendapat sambutan yang amat menggalakan.

Pada program itu Aziah bersama pemimpin masyarakat setempat menyempurnakan pemasangan bendera BN dan papan tanda penunjuk jalan yang dihasilkan sendiri oleh Kor Belia Kg Pintas.

Sehubungan program itu juga beliau mencadangkan Kor Belia di situ membuat program anak angkat agar sumbagan belia terhadap pembangunan masyarakat lebih berkesan lagi.

No comments:

Post a Comment