Wednesday, 30 May 2012

HARGAI BAKTI POLIS KEPADA NEGARA



CENDERA......Mustaffa menyampaikan cenderakenangan sebagai tanda terima kasih kepada Azizah.

Oleh : ABU BAKAR ESAH

BEAUFORT: Rakyat perlu menghargai sumbangan dan bakti polis menjaga keamanan negara ini yang membolehkan kita hidup dalam keadaan yang selesa dan selamat tanpa dikongkong oleh sebarang perasaan kebimbangan, kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Azizah Mohd Dun.

Beliau berkata, pihak polis telah menjalankan tanggungjawab mereka dengan cemerlang dan ianya terbukti apabila Malaysia menjadi sebuah negara yang aman dan selamat untuk dikunjungi sejak dari dahulu lagi.

Beliau menyelar sikap segelintir pihak tidak bertanggungjawab yang sering melemparkan bermacam tuduhan negatif terhadap pihak polis.

“Saya ingin mengingatkan agar kita tidak terikut-ikut dengan kerja pembangkang. Mereka selalu membuat kacau bilau dengan perhimpunan haram dan demonstrasi jalanan seperti perhimpunan Bersih. Perbuatan mereka ini telah menjejaskan keamanan yang kita nikmati selama ini. Justeru itu saya menyeru agar kita menghindari daripada terpengaruh dengan perbuatan negatif ini,” katanya pada Majlis Ramah Mesra Bersama Polis Daerah Beaufort.

Hadir sama Ketua Polis Daerah, DSP Mustaffa Maaruf, Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) Dun Klias, Saidin Musih dan Pengerusi Perkips, Janilah Ibrahim.



TIBA......Ketibaan Azizah ke IPD Beaufort disambut mesra oleh ahli Perkips.

Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias itu berkata majlis seperti adalah amat penting demi merapatkan hubungan anggota keselamatan dan pemimpin.

Beliau turut mengucapkan tahniah atas kecemerlangan Polis Beaufort kerana berjaya menurunkan kadar jenayah di sini.
“Saya merakamkan ucapan tahniah dan yakin bahawa polis memberikan perkhidmatan terbaik dengan komitmen dan kerjasama yang berterusan. Dan sebagai wakil rakyat saya ingin mengingatkan hindarkan kerenggangan rakyat dan polis. Rakyat perlu sedar bahawa tugas polis menjaga keamanan dan keselamatan persekitaran kita; maka berilah kerjasama kepada mereka."

Sementara itu Mustaffa Maaruf berkata polis di sini telah berjaya menurunkan kadar indeks jenayah yang meliputi jenayah kekerasan dan jenayah harta benda.

Katanya, kes rogol turun sebanyak 33 peratus, kes mendatangkan kecederaan menurun 133 peratus, kecurian harta benda turun 30 peratus, kecurian kereta turun 100 peratus dan kes pecah rumah berkurangan 22 peratus.

“Bagaimanapun kes curi motosikal naik sebanyak 16 peratus namun kita telah menggembeng usaha bagi menangani kes ini dengan meningkatkan rondan dan intipan yang melibatkan semua cawangan seperti Jabatan Siasata Jenayah (JSJ), narkotik, trafik dan juga tugas am,” katanya.



KENANGAN....Azizah dan Mustaffa Maaruf (duduk lima kanan) merakamkan gambar kenangan bersama anggota Polis dan ahli Perkips Beaufort.

Dalam aspek penyelesaian kes pula, Mustaffa Maaruf berkata kes-kes jenayah kekerasan sperti bunuh, rogol dan kes yang mendatangkan kecederaan berjaya diselesaiakan 100 peratus, kes harta benda seperti curi 70 peratus, curi motosikal 67 peratus, pecah rumah 40 peratus dan keseluruhan bagi kes harta benda sebanyak 63 peratus berjaya diselesaikan.

Pada majlis itu Mustaffa Maaruf yang berbesar hati atas kehadiran Azizah bersama suaminya, Paiman Karim itu mengucapkan terima kasih atas keprihatinan dan penghargaan Azizah terhadap sumbangan polis khususnya di Dun Klias.

Pada majlis itu Azizah menyerahkan sumbangan kewangan kepada Mustaffa Maaruf bagi pihak IPD Beaufort.

7 comments:

  1. pihak polis byk berjasa dalam menjaga keamanan negara kita. kita harus hargainya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tingkatkan lagi security Sabah. PATI harus ditangkap.

      Delete
  2. sangat berterima kasih pada tanggungjawab yang dilaksanakan oleh pihak polis untuk menjaga keselamatan dan keamanan. tapi sebagai individu seperti manusia biasa yang lain pasti ada juga kesilapan yang mereka lakukan. tidak kira waktu kerja ataupun bukan, individu yang bergelar anggota polis kena beringat dengan tingkahlaku mereka supaya tidak berlaku 'seekor kerbau membawa lumpur, semuanya terpalit'.

    ReplyDelete
  3. Polis perlulah melaksanakan tanggungjawab dengan sebaiknya. Pastikan menjaga nama baik polis sebagai pihak keselamatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nama baik polis pun harus dijaga, jangan ada kabar2 angin polis ambil rasuah.

      Delete
  4. tingkatkan kecekapan pihak polis dalam memerangi jenayah2 di Sabah.

    ReplyDelete
  5. bukan mudah untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang polis.. setiap hari mereka akan berhadapan dengan pelbagai risiko..

    ReplyDelete