Oleh : AHMAD FADLI KC
WAWANCARA Mantan Ketua Polis
Negara, Tan Sri Musa Hassan mengesahkan wujud pakatan sulit di antara rangkaian
kongsi gelap dan pasukan Polis Di Raja Malaysia.
Dalam temubual eksklusif
dengan Malaysiakini, Musa turut mengakui rangkaian sama wujud antara kongsi
gelap dan ahli politik tanah air yang disifatkannya berada pada tahap 'serius.'
Katanya, beliau mula
mengambil langkah serius untuk membanteras aktiviti haram seperti judi,
pelacuran dan sindiket peminjam wang ketika mula memegang jawatan Ketua Polis
Johor.
Ini kerana beliau tidak
percaya kepada konsep "menggunakan penjenayah untuk mengawal penjenayah
lain," seperti digambarkan dalam filem Godfather yang menceritakan
hubungan kongsi gelap dan pasukan polis.
"Mereka sendiri (di
Amerika Syarikat) mengambil masa bertahun-tahun untuk menghapuskan perkara
ini," katanya.
Menurutnya, rangkaian kongsi
gelap yang memperolehi banyak wang melalui aktiviti haram tidak boleh dibiarkan
"mengawal" ahli politik.
"Mereka ini banyak
dana. Jadi apabila dana luas mereka boleh kawal orang. Kalau ahli politik
terlibat, mereka boleh kawal ahli politik," katanya.
Usaha tersebut katanya
diperhebatkan lagi apabila beliau mengetuai Jabatan Siasatan Jenayah.
Namun, tindakan tegasnya
kurang disenangi ahli politik tertentu dan sebahagian daripada pegawai di dalam
pasukan polis.
"Apabila saya ambil
tindakan, orang politik datang pejabat saya tanya 'Kenapa you ambil tindakan
sebegini?' dan mengatakan ini (mereka yang dikenakan tindakan adalah)
kawan-kawan mereka.
"Jadi apabila kita
hendak banteras, mereka marahlah kita sekat rezeki mereka," katanya.
Maklum kepada Pak Lah
Menurutnya, beliau sendiri
pernah bertemu secara peribadi dengan ahli politik yang mempunyai hubungan
dengan kongsi gelap agar mereka menghentikan hubungan itu.
"Saya dah tegur Menteri
berkenaan perkara ini. Tugas saya menyampaikan sahaja. Nak berubah awak kena
arahkan sayalah dan saya akan buat cara saya (untuk banteras)," katanya.
Malah, beliau mendakwa turut
memanjangkan perkara itu kepada Perdana Menteri pada masa itu, Tun Abdullah
Ahmad Badawi.
"Perdana Menteri
(Abdullah) pun saya beritahu," katanya.
Menurut Musa, beliau tidak
mahu peminjam wang tidak berlesen (Along) terus mewujudkan masalah kepada orang
ramai sehingga mengakibatkan kanak-kanak takut pulang ke rumah kerana serangan
Along.
Menurutnya, orang ramai
tidak sepatutnya menyalahkan peminjam sahaja dalam situasi ini, kerana tindakan
perlu diambil terhadap sindiket itu yang mengenakan faedah melebihi 18 peratus
setahun.
"Jika mereka bebas
mengenakan kadar faedah melebihi 18 peratus, ini bermakna tiada
penguatkuasaan," katanya.
"Malah, siapa yang
memberikan peminjam wang ini lesen? Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan. Ada anggota polis bertugas di kementerian itu tetapi masih ada orang
menjadi mangsa hari ini," katanya.
Ketegasan beliau,
menurutnya, menimbulkan "reaksi balas" dari mereka yang mempunyai
hubungan dengan kongsi gelap terbabit.
Menurutnya, individu
berkenaan cuba memburukkan namanya dengan menuduhnya mengatur pelantikan
pegawai kanan polis dengan "restu" kumpulan kongsi gelap terbabit.
"Saya terima backlash
kerana satu saya cuba banteras aktiviti haram dan kerana saya hendak bersihkan
(pasukan polis). Kalau saya sertai mereka (kongsi gelap) sayalah IGP
terbaik," katanya.
Dalam temubual sama, Musa
turut mengiyakan bahawa rangkaian ahli politik-kongsi gelap-polis itu adalah
"kuasa ketiga" yang sebelum ini didakwanya membantutkan usaha-usaha reformasi
dalam pasukan polis yang cuba dibawa beliau.
"Campur tangan datang
dari banyak pihak termasuk ahli politik," katanya.
(NOTA : Wawancara dijalankan
Fathi Aris Omar, Hafiz Yatim, Ahmad Fadli KC dan Nigel Aw.-MKINI)
ahli2 politik yang mempunyai hubungan dgn kongsi gelap seharusnya digugurkan.
ReplyDeleteMemang besarlah kuasa wang. boleh beli semuanya.
ReplyDeleteRasuah untuk survival mereka..semoga kegiatan ni dapat dibanteras.
ReplyDeleteAmalan yang tidak sihat lama kelamaan menjadi kebiasaan.
DeletePastikan mereka yang bersalah akan tetap dikenakan tindakkan.
ReplyDeletedalam politik pun ada samseng...
ReplyDeleteentah la mana satu pihak yang benar.. macam2 la cerita di Malaysia ni..
ReplyDelete