Monday 14 May 2012

HENTIKAN BUDAYA PEMBUANGAN SAMPAH SARAP




KENANGAN…Datuk Hj Alipuddin bergambar kenangan bersama dengan ahli-ahli Rukun Tetangga  Zon 1 Taman Mesra.

Oleh : SHAIMON S JUMADI                    Foto : SAFFIE S JUMADI

PENDUDUK di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Mesra DUN Elopura disaran agar sentiasa menjaga kebersihan di kawasan sekeliling blok rumah masing-masing demi mengelak pelbagai wabak penyakit yang tidak diundang.

Kawasan sekeliling rumah yang didapati kotor banyak timbunan tin-tin kosong yang mengadungi air bertakong sudah jelas akan menjadi tempat pembiakan nyamuk dan lipas.

Naib Ketua UMNO Bahagian Sandakan merangkap Ketua UMNO Zon Elopura, Datuk Haji Alipuddin Hj Puyon berkata demikian ketika berucap merasmikan program Gotong-Royong Membersihkan kawasan Blok 1 hinggga Blok 24 Taman Mesra Sandakan anjuran Rukun Tetangga Zon 1 Taman Mesra Sandakan, kelmarin.

Memang tidak dinafikan ada sebahagian kanak-kanak dan penduduk Taman Mesra langsung tidak mengendahkan soal kebersihan dan membuang sampah sarap dari atas bangunan dengan alasan sampah sarap akan dikutip oleh pekerja Majlis Perbandaran Sandakan (MPS).

"Saya tegaskan di sini, sikap seumpama ini yang diamalkan oleh segelinitr ibubapa merupakan satu tabiat yang memang tidak baik dan mencerminkan nilai moral kita. Sebagai ibubapa, kita harus menanamkan nilai-nilai murni dan jati diri kepada anak-anak kita sejak dari umur 4 tahun lagi,” tegasnya.

Sebagai pemimpin politik beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada Sabahkini.Net yang merupakan wadah rakyat untuk menyuarakan segala masalah kerana sejak Sabahkini.Net selalu menyuarakan masalah rakyat, MPS telah menguruskan sistem kutipan sampah berjadual dengan berkesan.

"Namun begitu masih ramai penduduk yang tidak mengamalkan cara hidup yang sihat dengan terus membudayakan pembuangan sampah sarap secara wewenang dan menggagalkan hasrat kerajaan dalam program keceriaan dan kesejahteraan bandar, terutama di kawasan perumahan berkelompok," kata Haji Alipuddin yang menyeru agar sikap negatif ini dihentikan serta merta.

Turut Hadir pada majlis tersebut ialah Pegawai Jabatan Perpaduan Sandakan dan Pegawai Luar Majlis Perbandaran Sandakan, Mansur Jahi Kawi.

12 comments:

  1. Hopefully this Program Perumahan Rakyat will help reduce the littering problem in the Elopura area.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Civic knowledge is very important to help keep our environment clean, hope that the people will be more responsible in curbing littering problem.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. jgn hnya mengharapkan pihak berkuasa dala menjaga kebersihan, orang ramai jg kena ambil peranan dan menjaga kebersihan. hentikan budaya membuang sampah merata-rata.

    ReplyDelete
    Replies
    1. That all responsible, don't just put the responsible at one side.

      Delete
  4. Kalau lihat di bumbung2 rumah kawasan perumahan tu memang selalu nampak banyak sampah sebab orang paling atas buang sampah campak terus p bawah.

    ReplyDelete
  5. Kawasan2 perumahan paling bagus buat gotong royong untuk bersihkan persekitaran perumahan. bukan saja wujudkan suasana yang bersih dan ceria malah dapat juga mengeratkan hubungan sesama penduduk di kawasan tersebut. mungkin ada yang langsung tidak kenal walau orang sebelah pintu ja.

    ReplyDelete
  6. Sendiri buli fikir bah mahu jaga kebersihan. Pelik betul orang yang tidak tahu jaga kebersihan ni.

    ReplyDelete
  7. Ibu bapa kena tunjuk contoh yang baik kepada anak2 mereka. Didik anak mereka tentang cara menjaga kebersihan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Good examples will easier adapted by children.

      Delete
  8. Kebersihan perlulah dijaga bersama dan bukannya satu pihak saja. Kita perlulah sama-sama menjaga kawasan yang kita tinggal dan dimana saja.

    ReplyDelete
  9. sampah sarap itu bukan datang secara semulajadi.. bila sampah sarap bertimbun, banyak masalah lain akan menyusul.. seperti parit tersumbat, bau busuk dan penyakit.. bila semua ini berlaku, satu lagi kebiasaan yang biasa kita lihat dikalangan masyarakat kita ialah menuding jari kepada pihak berkuasa tempatan..

    ReplyDelete
  10. jika mahukan persekitaran sentiasa bersih, jangan mengharap kepada pihak yang bertanggungjawab membersihkan kawasan itu.. sama2 la pikul tanggungjawab..

    ReplyDelete