Wednesday 9 May 2012

'KENAPA TARIK BALIK BERITA RCI SABAH?'






DAP membangkitkan persoalan kenapa laporan berhubung penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah tidak disiarkan dalam akhbar negeri itu hari ini.

Sedangkan, menurut ketua anggota Parlimen DAP Lim Kit Siang, ia wajib disiarkan di halaman depan akhbar di negeri di bawah bayu itu.

"Hakikatnya, berita ini langsung tidak mendapat liputan dalam semua media arus perdana Malaysia dan semua media cetak yang diterjemahkan dalam bahasa yang lain...," katanya dengan mengecualikan The Sun dan beberapa media dalam talian, termasuk Malaysiakini.

Dalam kenyataannya hari ini, Lim juga mempersoalkan tindakan agensi berita nasional Bernama menarik balik laporannya yang memetik Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz, berkaitan RCI beberapa jam selepas disiarkan.

"Adakah Bernama berhak untuk memadamkan berita berkenaan jawapan Nazri di Parlimen, walaupun Nazri telah memperdayakan dan tidak bercakap benar di Parlimen?" dakwa Lim yang juga anggota parlimen Ipoh Timor.

Bernama dalam nota kepada editor semalam menarik balik laporannya berkaitan RCI melalui arahan berbunyi: "Sila abaikan berita bertajuk NAZRI-RCI yang dihantar sebelum ini. Berita baru akan menyusul."

Laporan yang ditarik balik itu antaranya memetik Nazri sebagai berkata, kabinet bersetuju menubuhkan RCI bagi menyiasat masalah PATI di Sabah pada 8 Februari tahun ini dan proses menyediakan terma rujukannya sudah bermula.

Beliau dilapokan berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Datuk Paul Kong Sing Chu (BN-MCA) yang ingin tahu status terkini RCI yang menurutnya amat dinantikan di Sabah tetapi belum diumumkan sehingga kini.

21 comments:

  1. hal RCI ini dah mendapat perhatian pihak kerajaan, ia akan ditubuhkan setelah TOR ditetapkan. hal ini pun tak perlu nak diperbesarkan sangt.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berapa lama agaknya mau tunggu ToR dimuktamadkan?

      Delete
  2. semoga ada perkembangan positif mengenai penubuhan RCI ini

    ReplyDelete
  3. perkara ini bukan sahaja berkaitan dengan isu politik tetapi ianya soal sosial, perlembagaan, kebudayaan, keselamatan dan isu-isu demografi yang perlu diselesaikan secara positif

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar tapi jika boleh jangan ambil masa yang terlalu lama untuk cari jalan penyelesaian. Masalah PATI semakin hari semakin serius. Pembangkang pula asyik menspekulasikan isu ini. Nanti rakyat meragui keikhlasan kerajaan.

      Delete
  4. jika kerajaan prihatin akan masalah PATI/PADI yang dihadapi oleh Sabah, maka, kerajaan harus digesa tubuhkan RCI sebelum PRU-13

    ReplyDelete
  5. sememangnya, isu PATI/PADI wujud dan perkara ini tidak boleh disangkalkan lagi, meminta agar kerajaan mengambil berat akan masalah ini yang semakin ketara di Sabah/Malaysia

    ReplyDelete
  6. jika tidak, ia hanya akan menghantar mesej yang salah kepada orang ramai bahawa ada double standard dalam penguatkuasaan undang-undang di negara ini

    ReplyDelete
  7. Apa maksud berita baru akan menyusul? Harap2 yang positif la. Mungkin juga kerajaan mahu jaga privasi TOR yang akan dibincangkan. Pembangkang tidak seharusnya terus membuat spekulasi.

    ReplyDelete
  8. Kerajaan persekutuan harus membuat keputusan bijak.

    ReplyDelete
  9. PATI harus dihantar balik serta merta, golongan ini menjejas perkembangan ekonomi negeri Sabah.

    ReplyDelete
  10. Kerajaan negeri jug aharus menyeru agar Persekutuan menubuhkan RCI dalam masa yang singkat untuk membuat siasatan kehadiran PATI yang mendadak.

    ReplyDelete
  11. Kerajaan harus membuktikan keikhlasan untuk menanggani masalah.

    ReplyDelete
  12. Adakah kerajaan gagal menubuhkan RCI?

    ReplyDelete
  13. RCI mungkin masih dalam perbincangan membuat keputusan yang perlu.

    ReplyDelete
  14. Mengenai RCI kita sebagai penduduk Sabah seharusnya terus bersatu menyokong kerajaan negeri bersuara memastikan RCI dapat ditubuhkan di Sabah. Ini bertujuan untuk memastikan masalah PATI dapat ditangani di Negeri tersebut. Kerajaan Negeri telah pun menghantar proposal kepada kerajaan persekutuan untuk memastikan RCI ini dapat ditubuhkan dan mereka tidak ada bantahan untuk perlaksanaan tersebut.

    ReplyDelete
  15. Bersama-sama kita sebagai Sabahan memperjuangkan RCI demi masa depan Negeri ini. Mari kita menyokong kerajaan negeri menyuarakan perkara ini.

    ReplyDelete
  16. Berita mengenai RCI ini semakin hangat diperkatakan di Sabah. Terutama sekali adalah permainan politik yang diambil oleh pembangkang untuk isu mereka menghasut rakyat. Maka kita harap perkara ini akan dapat diselesaikan secepat yang mungkin bagi memastikan perkara ini tidak lagi dijadikan isu berterusan oleh pembangkang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Sabah

      Delete
  17. Kerajaan persekutuan perlu serius dalam penubuhan RCI di Sabah

    ReplyDelete
  18. tidak disiarkan dalam akhbar pun boleh jadi isu ka?? kenapa DAP tidak tanya saja kepada pemilik akhbar itu tentang kenapa tidak siarkan berita itu??

    ReplyDelete