Thursday 17 May 2012

KERAJAAN SENTIASA IKTIRAF SUMBANGAN GURU





SUMBANG....Azizah menyampaikan sumbangan komputer untuk kegunaan PSS SMK Beaufort kepada Asliari.

Oleh : ABU BAKAR ESAH

BEAUFORT: Kerajaan sentiasa mengiktiraf peranan dan sumbangan guru dalam membangun modal insan negara yang berdaya saing dan produktif pada masa depan.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Aziah Mohd Dun berkata kepimpinan negara masa kini lahir hasil didikan guru-guru yang sentiasa berusaha meningkatkan pencapaian kecemerlangan kurikulum dan ko-kurikulum ke arah melahirkan generasi pemimpin yang mampu menyumbang bakti kepada Agama, bangsa dan negara.

“Kerajaan menyedari dan mengiktiraf jasa dan sumbangan besar warga pendidik dalam pembangunan modal insan justeru itu kerajaan sentiasa menjaga kepentingan dan kebajikan guru-guru di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sepagi Bersama Guru-guru SMK Beaufort barru-baru ini.

Pada majlis sederhana itu Azizah menyampaikan sumbangan dua set komputer untuk kegunaan Pusat Sumber Sekolah (PSS) SMK Beaufort.

Hadir sama, Pengetua, Asliari Tamit dan Pengerusi PIBG SMK Beaufort, Yunos Mohd Rajah.

Sementara itu Asliari yang mengalu-alukan sumbangan daripada wakil rakyat Dun Klias itu berkata sumbangan tersebut mampu menyemarakan semangat para guru dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik pelajar.

14 comments:

  1. golongan guru byk memberi sumbangan. tanpa mereka takkan ada para ilmuan. mereka harus dihargai.

    ReplyDelete
  2. Jika kerajaan tidak mengiktiraf peranan guru ada something wrong pada kerajaan. Itu sudah tanggungjawab kerajaan untuk memberi pengiktirafan kepada kakitangan kerajaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup.. dan kakitangan kerajaan juga perlu memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat, bukan sekadar untuk mendapatkan ganjaran(gaji)..

      Delete
  3. Kepada guru2 berjuang dan berikan yang terbaik untuk membentuk generasi yang lebih baik di masa akan datang.

    ReplyDelete
  4. Kerajaan iktiraf sumbangan guru dengan pelbagai cara. banyak juga keistimewaan yang golongan guru ni dapat tapi harap mereka akan terus beri kualiti perkhidmatan yang terbaik kepada anak2 bangsa dan bukan kerja sambil lewa.

    ReplyDelete
  5. Harap masalah pengangguran guru dan GSTT dapat diselesaikan dengan segera.

    ReplyDelete
  6. Semoga kekosongan di Sabah ni diberi keutamaan di kalangan penduduk Sabah sendiri. lagipun masih ramai graduan Sabah yang layak untuk isi kekosongan guru.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agre with Alexis, I do hope more local teachers are given the opportunity to serve in Sabah's schools.

      sabah-go-green.blogspot.com

      Delete
  7. Jasa dan sumbangan guru memang tidak terhingga. Pengiktirafan kerajaan terhadap profesion guru menunjukkan yang kerajaan prihatin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Penghargaan kepada golongan pendidik juga perlu ada

      Delete
  8. Hopefully the teachers will continue to work hard and contribute to the students and state education system.

    sabah-go-green.blogspot.com

    ReplyDelete
  9. Semoga setiap bantuan yang diberikan ini akan dapat digunakan sebaiknya.

    ReplyDelete
  10. Bantuan kerajaan pasti meringankan beban yang ditanggung.

    ReplyDelete
  11. tolong iktiraf juga sumbangan GSTT terutamanya yang telah berkhidmat lebih dari 10 tahun..

    ReplyDelete