Saturday 26 May 2012

KOSAN MELANGKAU VIETNAM DAN CAMBODIA



MENARIK.....Penulis bergambar di hadapan Angkor Wat tempat menarik di Cambodia.

OLEH: HAJI GHULABDIN ENJIH

ROMBONGAN Ahli Lembaga Pengarah Koperasi Serbaguna Sanya Berhad (KOSAN) berusaha untuk meneroka dan merintis untuk menjambatani perniagaan dua hala antara dua negara anggota Asean; khususnya bagi perniagaan berasaskan pembuatan pakaian secara komersail.

Baru-baru ini KOSAN telah mengadakan lawatan ke Negara Vietnam yang terkenal dengan Lembah Mekong yang subur, serta merupakan pengeluar beras utama dunia, kemudian ke sebuah lagi negara berjiran Cambodia atau Kemboja yang masyhur dengan Pagoda Angkor Wat, salah satu tarikan pelancongan dunia.

Setibanya rombongan kami pada 13 Mei lalu dengan menjejakkan kaki di Negara Vietnam sebuah tempat yang sering dikaitkan dengan semangat juang rakyatnya ketika menentang serangan kuasa besar Amerika Syarikat.

Semasa berada di sini kami telah dibawa melawat sebuah kilang pembuatan pakaian terbesar di negara itu yang telah menjalin perniagaan dengan beberapa negara di Eropah, Amerika Syarikat, Jepun, Australia dan ada sebahagiannya di sekitar Asia.

Kehadiran rombongan KOSAN di Kilang Pakaian jenama Viettien' pada pagi 14 Mei telah disambut mesra oleh Pengurus pemasarannya; Nguyen Thi Kiew Loan yang telah memberikan taklimat berkaitan peroses pembuatan pakaian di kilang tersebut.

Kilang yang dikenali dengan Viettien Garment Corporation (VTEC) yang terletak di 7 Le Minh Xuan Street-Ward 7, Daerah Tan Binh, Ho Chi Minh mempunyai hampir 20,000 pekerja yang mendapat bayaran setiap seorang sebanyak US$250.sebulan.

Menurut Nguyen Thi Kiew Loan Viettien, Garment Corporation yang telah mula ditubuhkan pada tahun 1976 adalah merupakan salah satu syarikat yang terbesar yang mempunyai tenaga kerja di kalangan warga Vietnam sendiri dengan menyediakan sebuah asrama yang menempatkan hampir 5,000 pekerja di pusat pejabatnya yang berhampiran.


 

LAWAT....Sebahagian dari Ahli Lembaga Pengarah KOSAN yang melawat ke Kilang Pakaian Venttien, Cambodia


KOSAN yang memang mahu dan ingin menjadikan pengeluaran pakaian untuk pasaran komersil merasakan peluang menjambatani peluang perniagaan dengan  sebuah syarikat pengeluar pakian seperti Viettien yang boleh dipertimbangkan pada masa hadapan.

Tambahan pula, KOSAN yang telah menjayakan perniagaanya dalam pengeluaran pakaian seragam sekolah dan kasut menyedari bahawa kontrak kerajaan berbentuk penghantaran pakaian seragam ke semua sekolah di Sabah; seharusnya tidak bergantung terhadap perniagaan yang sedia ada, namun KOSAN perlu mengorak langkah untuk mempelbagaikan perniagaan termasuklah pakaian berjenama seperti Viettien.

Sebenarnya, penerbangan ke Bandar Ho Chi Minh, sebuah bandar raya terbesar di Vietnam yang dahulunya dikenali dengan Saigon hanya mengambil masa selama dua jam dari Kuala Lumpur. Ho Chi Minh kini menjadi pusat kewangan dan ekonomi negara Vietnam serta didiami oleh lebih 8 juta penduduk.

Walaupun tidak banyak bangunan pencakar langit seperti yang didapati di Bandaraya Beijing dan Shanghai di Negara China, namun keindahan Bandaraya Ho Chi Minh yang tersendiri adalah hasil gabungan bangunan silam tinggalan penjajah dan tamadun yang kaya dengan tradisi dan budayanya.

Ho Chi Min ibarat 'Paris Timur' dengan beberapa peninggalan seni bina Perancis masih tersergam indah Pejabat Pos Besar, Reunification Palace, City Hall, Municipal Theatre dan Notre Dame Basilica.

Kebanyakan rakyat Vietnam tidak fasih berbahasa Inggeris kecuali segelintir pekerja pusat beli belah, namun negara itu tetap dapat menarik ramai pelancong kerana sikap rakyatnya yang ramah dan mudah memberikan senyuman.

Antara tempat menarik yang sempat rombongan KOSAN lawati ialah Muzium yang dahulunya Istana Maharaja Vietnam, Gia Long pada tahun 1802 hingga tahun 1820 sebelum menjadi pusat pentadbiran tentera Jepun dalam Perang Dunia Kedua. Bangunan tersergam indah itu kemudiannya dijadikan kediaman Perdana Menteri dan Pusat Pentadbiran sebelum dijadikan Muzium menyimpan pelbagai Khazanah perang termasuk Kapal perang dan Helikopter Amerika Syarikat.

Setelah berada tiga hari di Vietnam, rombongan kami meneruskan Lawatan perniagaan ke Negara Cambodia untuk melanjutkan rancangan menjambatani rancangan perniagaan antara KOSAN dan negara yang terkenal dengan Pagoda Angkor Wat yang menjadi taraikan kepada pelancong dari serata dunia. Di sini rombongan kami telah menginap di Hotel Cardamom di Bandaraya Phnom Penh.


 

ISLAM.... Ahli Lembaga Pengarah KOSAN yang bergambar dengan seorang penduduk Islam di Cambodia.


Ketika berada di Bandaraya Phom Penh kami telah berkesempatan mengadakan lawatan ke Kilang Pakaian Guo Xing dan seterusnya meneruskan lawatan ke Bandarraya Siem Reap yang telah menyambut kami dengan pelbagai jualan makanan tempatan di Pasar Kampong Kdey yang menjual Cengkrek Goreng dan Labah-labah Goreng makanan Tradisional penduduk di Negara Cambodia.

Menariknya di Cambodia rombongan KOSAN telah berkesempatan dibawa menikmati makan tenghari di sebuah perkampungan Melayu Campa yang hanya mempunyai kira-kira 3,000 orang dengan memiliki sebuah Masjid yang telah dibina atas ihsan dan sumbangan daripada pelbagai pihak termasuklah para dermawan dari Negara Malaysia.

Lebih menarik lagi, terdapat banyak pasar di Bandar Siem Reap menjuali pelbagai jualan berupa pakaian dan cenderamatayang rata-rata penjualnya wanita dan sudah ramai daripada mereka boleh bercakap Bahasa Melayu selain Enggeris; lantas jangan terperanjat jika mereka memanggil "Abang" atau "Kakak". Mata wang Dolar US selain mata wang Rieal Cambodia dan di Mata Wang Dong serta Dolar US juga digunakan di Vietnam.

Rombongan KOSAN yang menyertai usaha menjambatani perniagaan di Vietnam dan Cambodia adalah terdiri daripada Ahli-ahli Lembaga Pengarah yang terdiri daripada Haji Abdul Razak Awang Duraman (Timbalan Pengerusi); Haji Ghulabdin Enjih, Datuk Haji Arshad Idris, Datuk Haji Baisulkhan Salman Farish, Ariffin Datuk Fadzil Wong, Golubi Guntarik (Setiausaha), Hassan Mansor (Bendahari), Chong Ket Vui, Gabriel Lohuban,Sylvester Golou Asai, Marsilius Tiwol, Rubin Guribah, Pengurus Besar KOSAN, Haji Junian Haji Yunus; Pengurus Kilang Pakaian KOSAN Tuaran, Johannis Saliun; Pengurus Kilang Kasut KOSAN Papar, Haji Wan Shah Abdul Rahman dan Pegawai Perolehan KOSAN, Paulus Bongkok.

9 comments:

  1. rombaongan yang bgs, moga Kosan dpt meluaskan perniagaan mereka ke peringkat antarabangsa.

    ReplyDelete
  2. kosan amat terkenal di Sabah, semasa di sekolah rendah dahulu, murid sering diberi pakaian sekolah dari Kosan.

    ReplyDelete
  3. Diharap lawatan KOSAN ke Vietnam dapat memberi hasil yang positif yang boleh diaplikasikan.

    ReplyDelete
  4. Walaupun Vietnam bukan sebuah negara yang sangat maju, namun masih ada yang boleh dipelajari daripada mereka.

    ReplyDelete
  5. Pasti luas pasaran perniagaan KOSAN di kedua-dua negara ni.

    ReplyDelete
  6. Semoga usaha kebaikkan dua hala ini akan dapat diusahakan.

    ReplyDelete
  7. Apa pun yang terbaik pasti akan disokong sebaiknya.

    ReplyDelete
  8. baguslah jika KOSAN berhasrat mahu mempelbagaikan produk perniagaan.. tidak juga hanya tertumpu kepada pakaian sekolah saja..

    ReplyDelete
  9. yang penting sekali, hubungan dan kerjasama perniagaan ini juga akan dapat meningkatkan kepakaran dan kemahiran dalam perniagaan pakaian..

    ReplyDelete