Saturday 19 May 2012

LEBIH BANYAK PPR AKAN DIBINA




SANDAKAN: Lebih banyak Program Perumahan Rakyat (PPR) akan dibina di negeri ini untuk memastikan golongan sasar terutama yang berpendapatan rendah mendapat perhatian dan bantuan sewajarnya.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Haji Aman, berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa komited dengan segala perancangan apatah lagi ia melibatkan keperluan rakyat yang ingin memiliki rumah mampu milik demi menikmati kehidupan lebih selesa.

Beliau berkata, melalui projek PPR yang diperkenalkan ia telah memberikan banyak manfaat terutama masyarakat susah atau mangsa-mangsa kebakaran yang memerlukan pembelaan segera.

Katanya, pihak kerajaan akan mengutamakan mereka yang benar-benar layak untuk dibantu kerana menjadi dasar dan perjuangan BN sentiasa membantu rakyat sejajar dengan Gagasan 1Malaysia ‘Rakyat didahulukan Pencapaian diutamakan’.

“Kita akan membantu masyarakat terutama mereka yang susah dan tiada rumah supaya dapat menduduki rumah PPR seperti ini. Kita akan beri keutamaan demi kesejahteraan sekali gus mempertingkat kualiti kehidupan yang lebih selesa.

“Ini kerana, menjadi dasar dan perjuangan BN untuk membantu rakyat dalam apa jua perkara. Maka sebab itulah, program-program perumahan mampu milik ini diperbanyakkan kerana kerajaan mahu rakyat terus menikmati kehidupan yang lebih selesa,” jelasnya.

Musa yang juga Menteri Kewangan Negeri menyatakan demikian semasa ditemui pemberita selepas meninjau perumahan PPR Rancangan Sungai Manila di Batu 12, Jalan Labuk, dekat sini, kelmarin.

Beliau yang diiringi Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Gum-Gum, Datuk Zakaria Haji Mohd Edris dan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Datuk Ir. James Wong telah diberikan taklimat ringkas oleh pihak kontraktor mengenai perumahan PPR sebanyak 1,000 unit yang sudah siap sepenuhnya itu.

Sejurus selepas itu, Adun Sungai Sibuga dan Ketua Umno Bahagian Libaran ini turut meninjau pembinaan sebuah Kompleks Sukan Komuniti Libaran di Rancangan Sungai yang bernilai lebih kurang RM3 juta.

Kompleks yang dibina diatas tapak seluas empat ekar ini menyediakan pelbagai jenis sukan yang boleh dimanfaatkan secara tertutup antaranya permainan futsal, badminton, sepaktakraw, bola keranjang dan bola jaring.

Kepada satu soalan, Musa menegaskan penyediaan program perumahan rakyat termasuk kemudahan sukan adalah merupakan janji kerajaan BN selama ini.

Ini katanya, kerajaan di bawah kepimpinan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak akan terus mengotakan janji-janjinya selaras dengan kehendak dan aspirasi rakyat.

“Kita akan beri tumpuan dan fokus kepada apa saja kehendak rakyat. Kita mahu masalah rakyat terutama kepada mereka yang memerlukan perhatian dan bantuan akan segera dibantu.

“Seperti rumah PPR di Rancangan Sungai Manila ini, tentu sekali memberi manfaat kepada golongan sasar dan begitu juga dengan kompleks sukan komuniti yang secara tidak langsung memberi peluang kepada anak-anak muda untuk mengasah bakat dalam sukan-sukan tertentu.

“Ini matlamat dan halatuju kerajaan BN yang mahu mendahulukan kepentingan rakyat dan bukannya seperti pembangkang yang suka menabur janji kosong,” tegas beliau.(ST)

35 comments:

  1. This Program Perumahan Rakyat (PPR)will help more lower income folks to own their own houses so that they can enjoy a better life regardless of their financial capabilities.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga program ini membantu golongan kurang berkemampuan memiliki rumah sendiri.

      Delete
  2. The initiative to set up more PPR in the state shows that the state government is always concerned about the people's needs. Hope that they will continue to make the people's well being a priority.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. PPR byk membantu rakyat berpendapatan rendah untuk memiliki rumah.

    ReplyDelete
  4. moga lebih byk rumah PPR akan dibina.

    ReplyDelete
  5. I like how committed the gov is in helping the people. Keep up the good work.

    ReplyDelete
    Replies
    1. The government is keen to help the people.

      Delete
  6. gov must ensure that the appointed contractors for this project will not delay in completing the houses.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap tiada lagi komplen dari penduduk tentang loan perumahan dan rumah yang tidak siap.

      Delete
    2. As far as I concerned, this problem is happened lesser than in Peninsula.

      Delete
    3. Ini amat penting untuk memastikan projek dikendali dengan sempurna.

      Delete
  7. PPRT homes are booming in Sabah. This shows that the government is taking action on it.

    ReplyDelete
  8. We have to thank them for giving us such a thing.

    ReplyDelete
  9. Usaha membantu golongan yang memerlukan amat diperlukan.

    ReplyDelete
  10. Smart action from the government.

    ReplyDelete
  11. Semoga PPR ini diberi kepada mereka yang betul-betul berkelayakan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beri pada mereka yang layak dan warga tempatan.

      Delete
  12. PPR ini dapat membantu rakyat yang kurang berkemampuan memiliki rumah sendiri. Maka usaha ini perlu disokong untuk memastikan rakyat mendapat perhatian.

    ReplyDelete
  13. Bina lebih banyak PPR untuk rakyat tempatan yang bependapat rendah.

    ReplyDelete
  14. kerajaan juga perlu memastikan badan pelaksana PPR ini dapat melaksanakan projek ini pada waktu yang ditetapkan dan menepati standar piawaian..

    ReplyDelete
  15. Chief Minister, Datuk Seri Musa Haji Aman said the Barisan Nasional (BN) government would continue to make it a priority to fulfill its promises to the people and attend to their problems.

    ReplyDelete
  16. He said the Prime Minister, Datuk Seri Najib Tun Razak, was a clear example of this as he continuously meets the grassroots during walkabouts.

    ReplyDelete
  17. “The leaders of the country are confident in meeting the people face-to-face because they can fulfill the promises made to the rakyat. In this way, the people can air their problems directly so that the leaders can solve them immediately,” he said this when launching the Libaran Umno branch cluster meeting here yesterday.

    ReplyDelete
  18. Musa said it was different from the opposition leaders who often made empty promises because they could not honour them. He said they were more interested in getting the power to rule and not in defending the interests of the people as shown by what has happened in states controlled by the opposition.

    ReplyDelete
  19. Furthermore, he said if they were caught up with the issue of candidates, they would not be able to focus on serving the people.

    ReplyDelete
  20. “The choice of candidates in BN is determined by the leadership so let us all wait. What is important is for us to work harder to make sure the party remains strong and our party machinery is regularly updated.

    ReplyDelete
  21. “I believe the BN candidates who will be chosen are winnable candidates. So don’t think of personal interests but think of the party and serving the people,” he said.

    ReplyDelete
  22. He reminded members to always stay united especially at the grassroots level and to avoid trivial issues that can destroy the party’s strength.

    ReplyDelete
  23. “If there are problems, we should solve them amicably bearing in mind that we must not destroy party unity by exaggerating small issues.

    ReplyDelete
  24. Musa also stressed that Umno will be BN’s backbone and to work hard to assure the ruling government stayed in power in Sabah.

    ReplyDelete
  25. He said Umno and the component parties of BN will prove that BN is the best choice for the people through its continuous development programmes.

    ReplyDelete
  26. Musa expressed his confidence that Sabah will continue to grow especially in the rural areas due to the commitment of the government led by Prime Minister, Datuk Seri Najib Tun Razak.

    ReplyDelete
  27. He said the BN government ensured development for all irrespective of their faith and political ideologies.

    ReplyDelete
  28. “That is the BN concept of serving the people. The elected representatives of BN will always work hard to serve the people because they know they have been voted by the people and so it is their responsibility to serve them,” he added.

    ReplyDelete