LEWAT…Kahirin ketika meninjau Masjid Al
Hidayah di Nabawan menggesa kerja pembaikan dipercepatkan .
Oleh
: ROZIE JUMAT
NABAWAN
: Jawatankuasa Makmal Rakyat Pensingan (Marpen) meminta pihak pelaksana yang
menyelenggara kerja-kerja pembaikan masjid daerah Nabawan, Masjid Al Hidayah
yang terletak di pekan ini memberikan tumpuan sepenuhnya terhadap kerja-kerja
pembaikan yang telah lewat daripada jadual yang sepatutnya.
Pengerusinya,
Kahirin Bador, berkata, pihaknya telah menerima aduan dari Jemaah Masjid Al
Hidayah berikutan dengan kelewatan tersebut, malahan telah dijadikan isu
politik oleh pihak pembangkang.
“Kita
sendiri akui kelewatan itu menjadi rungutan Jemaah dan menyebabkan beberapa
perancangan terganggu," kata Kahirin yang juga Ketua Pergerakan Pemuda
PBRS N.37 Sook.
Katanya,
pihaknya telah diberitahu bahawa penyelenggaraan masjid itu yang diluluskan
oleh Ketua Menteri sempena lawatan ke masjid itu tahun lalu sepatutnya siap
pada dalam tempoh empat bulan, namun kini telah sembilan bulan berlalu.
“Kita
minta Bahagian Pembangunan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam maklum dengan
kedudukan masjid ini kerana inilah masjid yang menjadi tumpuan para muslimin di
pekan ini untuk beribadah," ujar Kahirin.
Marpen
ialah sebuah jawatankuasa yang memantau masalah rakyat setempat bagi kawasan P
182 Pensiangan yang dianggotai oleh parti-parti komponen Barisan Nasional (BN)
Pensiangan.
Beliau
turut membuat tinjauan ke masjid tersebut bersama Pergerakan Pemuda BN di sini.
“Sepatutnya
tarikh mula kerja pembaikan dimulakan pada Julai tahun lalu dan siap pada
November, tetapi hingga kini ia belum siap sepenuhnya,” kata Kahirin.
Disebabkan
kelewatan tersebut kata Kahirin, aktiviti seperti Kelas Kafa dan aktiviti lain
tergendala akibat kelewatan penyelenggaraan.
Tambahnya,
para pemimpin di kawasan Pensiangan telah bersungguh-sungguh dan berusaha
mendapatkan peruntukan penyelenggaraan dan kerja pembaikan masjid tersebut dan
mendapat peruntukan dari Ketua Menteri Sabah, YAB Datuk Musa Haji Aman.
“Namun
kita dukacita kerana pelaksanaannya telah tertangguh dan menimbulkan tanda
tanya di kalangan Jemaah hinggakan pihak pembangkang menuduh BN dengan pelbagai
tohmahan yang tidak berasas sama sekali,” kata Kahirin.
kerja2 pembaikan masjid tersebut harus disegerakan bagi memudahkan penduduk beribadat.
ReplyDeleteHarap pembaikian ini tidak lagi ditangguhkan.
ReplyDeleteJangan menangguh, nanti lain masalah pula yang timbul
DeleteJangan biarkan pembinaan ini terbangkalai nanti.
ReplyDeleteMarpen harus memantau kelewatan projek tu. Dan mengesa pihak yang bertanggungjawab melaksanakan secepat yang mungkin.
ReplyDeletetukar saja kontraktor.. atau minta kontraktor itu menanggung semua lebihan kos akibat kelewatan..
ReplyDelete