Friday 18 May 2012

MTQ KESINAMBUNGAN BUDAYA MEMBACA AL-QUR’AN




RASMI.....Dato Sri Nasir (tengah) diringi Datuk Amri A.Suratman (dua kiri); Haji Zaki Arsad (dua kanan) dan Ustaz Sakaria Semelah (kanan) sempena merasmi dan melancarkan Pameran Minggu Semarak Al-Qur'an sempena MTQ 1433H/2012M Peringkat Negeri Sabah di Wisma MUIS

Oleh : ARSHAD HUSSIN

KOTA KINABALU: Majlis tilawah Al-Quran yang diadakan setiap tahun merupakan usaha berterusan kerajaan dalam menggalak dan membudayakan minat membaca Al-Quran dalam kalangan masyarakat Islam.

Selain itu Ia juga bertujuan mencungkil bakat dan keupayaan para qari dan qariah bertarannum mengikut kaedah dan disiplin qiraat Al-Quran yang betul seterusnya bertujuan untuk memilih wakil qari dan qariah yang akan mewakili negeri Sabah di peringkat kebangsaan.

Pengerusi Jawatankuasa Induk Majlis Tilawah Al-Qur’an 1433H/2012M Peringkat Negeri,Dato Sri Haji Nasir Tun Sakaran, mengucapkan syabas dan tahniah kepada para peserta MTQ yang telah memperlihatkan kesungguhan masing-masing untuk sampai ke peringkat negeri selepas melalui Tapisan MTQ.

Katanya, Inilah semangat yang kita inginkan dan perlu disuburkan lagi dalam mengangkat keagungan Al-Quran yang seharusnya dihidupkan melalui majlis ilmu sepanjang masa.

Ujarnya lagi,hendaknya membaca Al-Quran ini tidak menjadi santapan minda dan rohani di masjid dan surau semata-mata sebaliknya turut dibaca di rumah dan pejabat pada setiap kelapangan masa yang ada. InsyaAllah, umat Islam akan diberikan hidayah dan kekuatan untuk menjadi ummah yang bersatu padu.

Dato Sri Nasir yang juga Menteri DiJabatan Ketua Menteri,berkata demikian sempena majlis Pelancaran Pameran Sempena Majlis Tilawah Al-Qur’an 1433H/2012 Peringkat Negeri Sabah dan penyampaian hadiah keputusan Tapisan MTQ serta pertandingan menulis Khat Al-Qur’an.

Hadir sama sempena majlis itu, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah, Datuk Haji Amri A.Suratman; Mufti Kerajaan Negeri Sabah, Sahibus Samahah Datuk Haji Ahmad Alawai Adenan; Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Cawangan Sabah (JAKIM), Haji Ahmad Zaki Haji Arsad dan Ahli-ahli Jawatankuasa Induk dan pelaksana MTQ Peringkat Negeri.


 


REPLIKA...Dato Sri Nasir (kanan) bersama Datuk Amri A.Suratman (dua kanan) tertarik dengan replika pedang kerdil keluaran SIRIM sambil diberikan penjelasan oleh Pengurus Besar SIRIM,Haji Khairan Untoh (dua kiri) sempena melawat gerai Pameran MTQ Peringkat Negeri di Wisma MUIS.

Seramai 10 orang peserta layak menyertai MTQ Peringkat Akhir dan mereka terdiri daripada lima orang Qari dan 5 orang Qariah daripada pemenang Sandakan, Semporna, Kota Kinabalu, Beaufort, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah(JPA) dan Kelas Tahsin.

Peserta Qari itu ialah Mohd.Rafi Jalil (Tahsin); Abdullah Wahid (Semporna); Mohd.Syarianshah Afin (Sandakan); Saidin Arapa (Kota Kinabalu) dan Abd.Basith Harisah (Tawau) sementara peserta Qariah pula Nur Fatin Izzati Rablin (Tahsin); Hajah Halimah Jalinah Mohammad (Beaufort); Sharifah Raini Sh.Dokin (JPA) dan Saadiah Johan (Semporna).

Nasir berkata, cabaran yang bakal diharungi oleh para peserta adalah dengan mempastikan agar bacaan diperelokkan dalam aspek suara, tajwid, fasahah, persembahan dan seni lagu Al-Quran kerana sesungguhnya, galakan membaca Al-Quran dengan suara yang merdu adalah dianjurkan oleh Rasulullah SAW.

Nasir menegaskan,bacaan Al-Quran dengan baik dan mengikut tajwid, fasahah, dan tarannum yang betul mampu menarik hati yang lalai.

Beliau menambah, tokoh besar dalam bacaan Al-Quran iaitu Sheikh Mahmud Khalil al-Husari pernah mengalunkan bacaan Al-Quran di beberapa negara bukan Islam seperti Amerika dan Eropah, seusai beliau membaca Al-Quran dengan suaranya yang merdu dan unik, beberapa orang mengucap syahadah di hadapannya. Ini menunjukkan bahawa bacaan yang baik dengan suara yang merdu boleh melunakkan hati yang keras dan berupaya menjadi salah satu pendekatan dakwah yang berkesan.

Sempena majlis itu juga, Dato Sri Nasir meninjau dan melawat gerai-gerai pameran pelbagai produk daripada syarikat tempatan, Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Agensi-agensi kerajaan negeri dan persekutuan serta pengeluar-pengeluar produk makanan; bahan bacaan dan keperluan asas serta pakaian.

Majlis penangguhan dan penyampaian hadiah MTQ 1433H/2012M peringkat akhir disempurnakan oleh TYT Tun Datuk Seri Panglima Haji Juhar Mahiruddin dan dihadiri sama isteri TYT, Toh Puan Datin Seri Panglima Hajah Norlidah Datuk RM Jasni.

8 comments:

  1. membaca Al-Quran dpt menenangkan minda. jadikanlah ia sebagai amalan.

    ReplyDelete
  2. Hopefully the Majlis tilawah Al-Quran will be able to encourage more Muslim's to read the holy book.

    http://sabah-go-green.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. The event is also a good platform for businessmen to promote their products.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga golongan muda ramai yang mengikuti MTQ ini.

      Delete
  4. Amalan membaca buku2 keagamaan dan duniawi perlu diseimbangkan.

    ReplyDelete
  5. Satu usaha yang baik untuk memastikan budaya membaca al-quran akan terus dikekalkan dan tidak dilupakan.

    ReplyDelete
  6. Berikan pendidikan yang cukup kepada anak-anak kita mengenai perkara yang berkaitan dengan agama.

    ReplyDelete
  7. syabas kepada semua peserta yang sampai keperingkat akhir..

    ReplyDelete