Thursday, 10 May 2012

'PROTES BURGER' DEPAN RUMAH AMBIGA





Oleh : ZULAIKHA ZULKIFLI

SEKUMPULAN peniaga sekitar bandar Kuala Lumpur menerjah rumah Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) Datuk Ambiga Sreenevasan di Bukit Damansara dengan membuka gerai burger.

Dikenali sebagai Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), kumpulan peniaga itu mahu menuntut gantirugi yang didakwa dialami mereka sewaktu himpunan BERSIH 28 April lalu.

Presidennya Mohd Ridzuan Abdullah berkata, gerai burger tersebut juga didirikan sebagai tanda membela nasib peniaga kecil di Jalan Tunku Abdul Rahman yang kerugian akibat perhimpunan BERSIH 3.0 28 April lalu.

"Kita di sini hendak menuntut ganti rugi terhadap kerugian yang dialami oleh peniaga-peniaga semasa BERSIH 3.0.

"Kami beri masa selama dua minggu. Jika Ambiga tidak respons kita tidak akan mendirikan lebih banyak lagi gerai di sepanjang jalan ini," katanya pada sidang media hari ini.

Ikhlas adalah kumpulan peniaga yang berdemo di hadapan Kompleks Pertama di ibu negara pada 5 Mei lalu bagi menuntut Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan terhadap Ambiga.

Turut hadir dalam protes hari ini ialah beberapa orang wakil daripada Persatuan Peniaga dan Penjaja Lorong Tunku Abdul Rahman.

Selain itu, Ridzuan turut mendesak agar Majlis Peguam dapat memberi kenyataan berhubung siapakah individu yang bertanggungjawab untuk membayar ganti rugi dan pampasan terhadap peniaga di sekitar Kuala Lumpur.

Menurut Ridzuan lagi, beliau turut mendesak agar semua pimpinan yang terlibat dengan BERSIH didakwa di mahkamah dan tidak dibenarkan bertanding pada pilihan raya.

"Kita mahu mereka didakwa di mahkamah. Saya juga nak mereka tak boleh bertanding pada pilihan raya.

"Kalau betul sebagai pemimpin nak berjuang untuk rakyat, bela nasib peniaga ini. Kami di sini datang untuk membela. Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.

"Kami juga desak agar peniaga semua jangan mengundi pemimpin yang terlibat dalam BERSIH," katanya lagi sambil menyifatkan bahawa segala kerugian yang dialami adalah berpunca daripada perhimpunan BERSIH dan kesalahan pemimpin Pakatan Rakyat.

Sementara itu, pemilik Ali's Burger, Sujadi Kartimin yang membuka gerai di depan rumah Ambiga berkata, semasa perhimpunan Duduk dan Bantah itu, beliau kerugian kira-kira RM1,000.

Katanya, beliau yang telah mula berniaga di situ sejak tahun 1986 berkata, kebiasaannya,  perniagaan burger miliknya memperolehi keuntungan sehingga lebih daripada RM2,000.

"Selalu saya jual burger di pasar malam Jalan Tunku Abdul Rahman sehingga 20 beg roti. Tapi hari itu, saya rugi. Jadi, hari ini kita nak habiskan mana yang tak habis haritu," katanya.

Dalam pada itu, Pengerusi bersama Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH), Datuk S Ambiga menganggap tindakan sekumpulan peniaga yang mengadakan protes dengan membuka gerai burger di hadapan rumahnya petang ini sebagai perbuatan tidak matang.

Sekumpulan peniaga sekitar bandar Kuala Lumpur  itu 'menerjah' rumah Ambiga di Bukit Damansara dengan membuka gerai burger tersebut mulai jam 2 petang dan beredar kira-kira sejam kemudiannya.

Dikenali sebagai Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS), kumpulan peniaga itu mahu menuntut gantirugi yang didakwa dialami mereka sewaktu himpunan BERSIH 28 April lalu.

IKHLAS adalah kumpulan peniaga yang berdemo di hadapan Kompleks Pertama di ibu negara pada 5 Mei lalu bagi menuntut Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan terhadap Ambiga.

Presidennya Mohd Ridzuan Abdullah berkata, gerai burger tersebut juga didirikan sebagai tanda membela nasib peniaga kecil di Jalan Tunku Abdul Rahman yang kerugian akibat perhimpunan BERSIH 3.0 28 April lalu, dan memberi masa selama dua minggu untuk respons Ambiga.

Selepas masak, mereka 'menghadiahkan' satu burger kepada Ambiga yang diterima oleh seorang wakilnya.

Mereka juga turut mengedarkan burger itu kepada mereka yang berada di situ termasuk, termasuk petugas media.

Turut kelihatan bersama Ambiga ialah anggota jawatankuasa pemandu BERSIH Maria Chin Abdullah dan setiausaha agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), S Arutchelvan.

Pada satu ketika, keadaan menjadi agak tegang sedikit apabila salah seorang wanita yang berada bersama Ambiga, meluahkan rasa tidak puashatinya dengan perbuatan kumpulan seramai 10 orang itu membuka gerai burger di situ.

Berikutan itu berlaku sedikit perang mulut antara mereka, tetapi keadaan itu dapat ditenang oleh rakan-rakan lain wanita tersebut.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di depan rumahnya, Ambiga berkata perbuatan tersebut telah mengganggu ketenteraman peribadi dan kawasan kejiranannya.

Malah, Ambiga turut kesal dengan tindakan mereka yang dilihat seolah-olah tidak mencerminkan keperibadian rakyat Malaysia.

"Tindakan ini adalah perbuatan yang tidak matang. Adakah patut duduk di luar rumah orang seperti ini? Sesiapa sahaja boleh membuat tuntutan tetapi bukan dengan cara datang ke rumah saya seperti ini. Perkara begini tidak pernah lagi terjadi di Malaysia kecuali pada (Ketua Menteri Pulau Pinang) Lim Guan Eng dan saya," katanya kepada media.


13 comments:

  1. "Ambiga berkata perbuatan tersebut telah mengganggu ketenteraman peribadi dan kawasan kejiranannya."

    Jadi yang Bersih 3.0 itu tidak susahkan ramai pihak??

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau pula dia apa perasaan tidak tenteram. bersih 3.0 yang Ambiga anjurkan lagi menganggu ketenteraman awam. ramai orang rugi.

      Delete
    2. Lucunya.. Perbuatan Bersih lagi la menganggu ketenteraman awam dan keselamatan pun belum tentu terjamin.

      Delete
  2. Gunakan saluran yang betul jika tidak berpuas hati.

    ReplyDelete
  3. This is even more interesting than the Bersih Rally. I hope more Burger stalls will be set up in front of Ambiga's house.

    ReplyDelete
  4. Ambiga berkata perbuatan tersebut telah mengganggu ketenteraman peribadi dan kawasan kejiranannya.

    But Ambiga, it's okay for your Bersih rally to disturb the peace in public place, but when the same thing is done to you, you don't like it? Why is that? This protest is also a form of democracy, like your Bersih rally. You can hold a Bersih rally, other people also can hold burger protest.

    ReplyDelete
  5. Selepas masak, mereka 'menghadiahkan' satu burger kepada Ambiga yang diterima oleh seorang wakilnya.

    Mereka juga turut mengedarkan burger itu kepada mereka yang berada di situ termasuk, termasuk petugas media.

    See, these burger stall owners are really nice, they didn't cause violent outbreaks, instead they even gave free burger to Ambiga, workers and media. Good job to them, show Bersih organizers what peaceful protest is all about.

    ReplyDelete
  6. Datuk S Ambiga menganggap tindakan sekumpulan peniaga yang mengadakan protes dengan membuka gerai burger di hadapan rumahnya petang ini sebagai perbuatan tidak matang.

    And holding a Bersih Rally is a mature doing? I don't really think so, if Ambiga thinks holding a burger protest is immature, so is the Bersih rally. Actually both does not serve any purpose. Demonstration is not the best way to solve any problems, but I supported these burger protesters because someone need to feed Ambiga with her own medicine. Don't be a hypocrite Ambiga, what goes around comes around.

    ReplyDelete
  7. "Kita di sini hendak menuntut ganti rugi terhadap kerugian yang dialami oleh peniaga-peniaga semasa BERSIH 3.0.

    These businessmen are only fighting for the compensation because of the disruption of their business during the Bersih rally. This burger stall protest might be able to help them improve their business, Bersih will not be able to compensate them, but the least they can do is allow them to continue doing business. Hope that Bersih won't send anyone to rough them up.

    ReplyDelete
  8. Bagi Ambiga rasa terus burger yang dibuat itu. Beranikah Ambiga keluar seorang diri.

    ReplyDelete
  9. ""Datuk S Ambiga menganggap tindakan sekumpulan peniaga yang mengadakan protes dengan membuka gerai burger di hadapan rumahnya petang ini sebagai perbuatan tidak matang.""

    pandai pula Ambiga kata konon tidak matang.. jadi yang dia anjurkan perhimpunan Bersih hingga mengganggu peniaga2, orang awam dan pelancong itu pula boleh kita katakan sebagai matang??

    ReplyDelete
  10. "Ambiga turut kesal dengan tindakan mereka yang dilihat seolah-olah tidak mencerminkan keperibadian rakyat Malaysia."

    berhimpun, melanggar akta perhimpunan aman dan menimbulkan provokasi kepada kerajaan,, adakah itu mencerminkan keperibadian rakyat Malaysia?? bila kena kepada diri sendiri baru dia dapat berfikir dengan waras..

    ReplyDelete
  11. saya sangat2 setuju supaya Ambiga membayar ganti rugi kepada para peniaga yang terjejas.. jika benar dakwaan sebelum ini bahawa beliau memperolehi dana asing untuk menganjurkan demonstrasi, bermakna beliau tidak ada masalah untuk membayar ganti rugi..

    ReplyDelete