Tuesday 8 May 2012

RM4 JUTA SETAHUN UNTUK DOKTOR UDARA





Oleh : NIK JASNI CHE JAAFAR

KOTA KINABALU: Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan membelanjakan kira-kira RM4 juta setahun untuk Perkhidmatan Doktor Udara di Sabah.

Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, berkata jumlah itu adalah bagi menyewa dua buah helikopter yang akan masuk ke 40 kampung di seluruh negeri ini.

“Perkhidmatan ini akan ke kampung yang tidak dapat dilawati melalui jalan darat atau air. Doktor udara hanya ada di Sabah dan Sarawak.

“Pasukan dengan doktor, jururawat dan doktor gigi ini akan masuk ke kampung-kampung setiap bulan untuk memberi perkhidmatan,” katanya.

Menurutnya, kementerian sentiasa peka terhadap keperluan masyarakat negeri ini dengan menyediakan program dan kemudahan kesihatan yang sama seperti di Semenanjung.

“Apabila kita menyediakan perkhidmatan kesihatan, ia melibatkan tiga jenis kemudahan asas iaitu hospital, klinik kesihatan dan klinik pergigian. Ini ada di semua negeri.

“Begitu juga dengan Klinik 1Malaysia dan Klinik Bergerak 1Malaysia yang tiada negeri pun tercicir dalam menikmati kemudahan ini,” katanya.

Hasan berkata demikian dalam sesi soal jawab bersama media di Majlis Makan Malam Kementerian Kesihatan bersama Pengamal Media Sabah, di sini, malam Sabtu.

Tambahnya, Sabah ketika ini mempunyai tujuh Klinik 1Malaysia dengan tambahan 13 buah menjelang hujung tahun menjadikan jumlahnya 20 daripada 150 di seluruh negara.

Menurut Hasan, jumlah itu adalah yang paling banyak bagi negeri-negeri seluruh negara.

“Malah, kita juga akan memperkenalkan Klinik Bergerak Mata untuk katarak tidak lama lagi, sama seperti yang ada di Semenanjung.

“Dari segi program lagi seperti untuk malaria dan batuk kering (TB), program di Sabah adalah lebih banyak memandangkan banyak kes itu di Sabah,” katanya.

Tegasnya, kementerian tidak membezakan program di Semenanjung dengan Sabah dan Sarawak sebaliknya memberi pengecualian tertentu untuk negeri ini bagi menyesuaikannya dengan bentuk muka bumi Sabah.

Malah, katanya, Sabah mempunyai lebih banyak program outreach berbanding di Semenanjung.

Penjelasan itu diberikan beliau sebagai menjawab persoalan wartawan sama ada terdapat perbezaan antara program kementerian di Sabah dengan Semenanjung atau sebaliknya.

Sementara itu, beliau berkata Sabah mempunyai sebanyak 86 klinik kesihatan manakala 193 di Sarawak.

“Sabah dan Sarawak mempunyai klinik kesihatan yang lebih banyak kerana kawasannya lebih luas. Walau penduduk sedikit, kita bina juga klinik demi memberi perkhidmatan kesihatan kepada mereka,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata kementerian juga akan menaiktaraf kemudahan bot bagi Klinik Bergerak 1Malaysia di Sungai Kinabatangan kepada bot yang lebih baik.

Ketika ini, perkhidmatan yang membawa doktor, doktor gigi, dua jururawat dan seorang pembantu perubatan itu hanya menggunakan bot biasa. (UB)

32 comments:

  1. Wow,there is a lot of $$.

    ReplyDelete
  2. Susah juga kalau kawasan yang sukar dicapai menerusi perjalanan darat ataupun air. Terpaksalah menggunakan helikopter.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadi ini merupakan salah satu kaedah untuk membantu mereka.

      Delete
  3. Semoga Doktor Udara ini akan membawa manfaat kepada mereka yang berada di kawasan pedalaman untuk mendapatkan rawatan dan perkhidamatan kesihatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diharapkan kadar kematian dapat dikurangkan juga.

      Delete
    2. teruskan usaha untuk memberikan kemudahan kepada rakyat di pedalaman.

      Delete
  4. doktor udara byk membantu dalam memberi rawatan kepada mereka yag berada di pedalaman.

    ReplyDelete
  5. Ini dapat membantu pesakit khususnya dari luar bandar untuk mendapat rawatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pesakit di kawasan pedalaman pasti amat menghargai kemudahan seperti ini.

      Delete
  6. Hope these can help those in the rural area.

    ReplyDelete
    Replies
    1. perkhidmtan ini adalah penting bagi masyarakat pedalaman.

      Delete
  7. ini adalah untuk memastikan rakyat di pedalaman juga mendapat kemudahan kesihatan.

    ReplyDelete
  8. Ini demi memastikan para doktor boleh sampai dikawasan pendalaman untuk memeriksa kesihatan mereka.

    ReplyDelete
  9. dalam masa yang sama, kerajaan perlu juga menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan jalan darat.. sekurang2nya penduduk mempunyai alternatif lain selain bergantung sepenuhnya terhadap doktor udara..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya. saya setuju dengan komen Harryzan. Jalan raya juga perlu diberi perhatian, jalan raya perlu dinaiktarafkan dan perbaiki jalan2 yang rosak.

      Delete
  10. anyway, syabas kepada kerajaan kerana perihatin dengan keperluan rakyat di negeri ini..

    ReplyDelete
  11. Perkidmatan doktor udara memang diperlukan di Sabah. diharap kaedah tersebut dapat membantu rakyat yang memerlukan.

    ReplyDelete
  12. The first Flying Doctor Service 2012-2016 using the twin-engine helicopter took to the skies for the first time using a twin-engine helicopter.

    ReplyDelete
  13. Deputy Minister of Health, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin, said one helicopter would be placed each in Kota Kinabalu and Sandakan to make at least five flights weekly throughout the year.

    ReplyDelete
  14. A team of five, including a doctor, will visit 63 villages in Sabah with 34 in the Kota Kinabalu area and 29 in Sandakan.

    ReplyDelete
  15. The Flying Doctor Service operates based on a schedule and has served more than 25,000 people in the state.

    ReplyDelete
  16. This year it is aim to provide health services to about 70,000 people in Sabah.

    ReplyDelete
  17. Villages in the Kota Kinabalu vicinity that will be served in Penampang are Buayan, Kalangaan, Timpayasan, Longkogungan and Terian, in Tuaran the team will stop in Moingob, Bambangan Ulu, Tobobon, Talungan, Sungoi, Wasai, Pahu and Poring, and in Pitas it will drop in at Dowokon, Maliau, Saniton, Mangkabusu and Nibang.

    ReplyDelete
  18. In the districts of Inanam and Kota Marudu there will be one village served in each, Ruminding and Gontoi.

    ReplyDelete
  19. The team will visit the Pensiangan district and stop by at the villages of Bantul, Saliku, Saliliran, Sasandukon and Kabu as well as Rundum, Kapulu and Sumambu in Kemabong.

    ReplyDelete
  20. The Flying Doctor Service in Sandakan will visit other villages in Kota Marudu which are Kipopogon, Sonsogon Magandai I, Sonsogon Magandai II, Sonsogon Paliu, Sonsogon Makatol, Sonsogon Mogis, Paliu Sumbuh, Tagibang, Garung, Samparita Laut, Lingkabungan I, Lingkabungan II and Binantungan Suyud.

    ReplyDelete
  21. In Beluran, they will make visits at Abuan, Gusi, Minsusurud, Mangkasulap, Nakadung, Malalin and Penindakan while in Kinabatangan, the team will stop at Tidong, Litang, Dagat and Balat. Villages in Tongod that will be served are Langga and Inarad.

    ReplyDelete
  22. The Flying Doctor Service which started in 1980 was a collaboration between Sabah Air and the Ministry of Health using a single-engine helicopter.

    ReplyDelete
  23. Yayasan Sabah then preceded them with a similar service that began in 1975 also using a single-engine helicopter.

    ReplyDelete
  24. Rosnah said the contract between the Ministry of Health and Sabah Air starting this year until 2016 amounted to RM18.36 million. The Ministry also provides medical services to the rural areas via mobile clinics that move on boats.

    ReplyDelete