Thursday, 31 May 2012

RPK DAKWA ADA FAIL RAHSIA MENGENAI AZMIN




PENULIS blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin mendakwa memiliki 'fail rahsia' mengenai Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali ketika beliau masih berada dalam kerajaan pada 1995.
   
Dalam entri terkini bertajuk "MACC 'Deep Throat' comes out of the closet" (Pemberi maklumat SPRM dedah identiti diri), Raja Petra atau lebih dikenali sebagai RPK, mendedahkan beliau diberi pelbagai fail dan dokumen oleh seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sudah bersara satu ketika dulu.   
   
RPK mendakwa kertas siasatan dan fail terbabit adalah mengenai Azmin yang merupakan setiausaha sulit kepada Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau mendakwa fail terbabit menunjukkan dakwaan pelbagai transaksi saham, hartanah dan kenderaan bernilai jutaan ringgit.
   
RPK mendakwa fail berkenaan bertarikh sejak 17 tahun lepas ketika SPRM masih dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah. 

10 comments:

  1. baik RPK dedahkan saja fail rahsia tersebut. pasti ramai ingin tau.

    ReplyDelete
  2. RPK claims that Malaysia billionaire Vincent Tan is paying Azmin Ali RM15,000 a month, how true is this allegation?

    ReplyDelete
  3. The authorities claim that there is enough evidence to arrest and prosecute Azmin in this corruption case. Hope that the truth will be revealed soon.

    ReplyDelete
  4. Hebat juga RPK ni. banyak maklumat sulit yang dia tau.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak rahsia yang dia simpan, pasti kalau didedahkan orang tu pasti kena kaw2 la..

      Delete
  5. So what? Reveal the so called 'secret files'.

    ReplyDelete
  6. RPK sememangnya mempunyai banyak rahsia mengenai pemimpin-pemimpin tertinggi PR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lebih baik kasi keluar saja tu rahsia

      Delete
  7. saya harap RPK dapat mendedahkan semua dokumen2 itu.. bukan sekadar membuat ugutan di media..

    ReplyDelete
  8. saya rasa inilah masa yang sesuai untuk RPK membuat pendedahan ketika pilihanraya semakin hampir.. sekurang2nya pendedahan yang dibuat ini dapat memberikan gambaran jelas kepada rakyat untuk membuat pilihan..

    ReplyDelete