Friday 11 May 2012

SPR AKAN LANTIK ENAM PEMERHATI PRU-13





KUALA LUMPUR : Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melantik enam pemerhati untuk pilihan raya umum ke 13 dari kalangan anggota pertubuhan bukan kerajaan (NGO), selain pemerhari luar.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata pihaknya dijangka bertemu NGO tempatan dalam tempoh seminggu dua ini bagi membincangkan rangka kerja pemantauan.

"NGO yang terpilih harus mematuhi syarat-syarat SPR di mana mereka tidak boleh membantu mana-mana parti berkempen pada pilihan raya itu," katanya ketika menyampaikan ceramah bertajuk 'Bersih 3.0 - Mau Apa Lagi' anjuran Jabatan Hal Ehwal Khas, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

Beliau berkata SPR sebelum ini pernah menjemput pemerhati luar untuk pilihan raya umum pada 1990, iaitu Sekretariat Komanwel serta menggunakan khidmat pemerhati dalam negara melalui satu badan yang dikenali sebagai 'Malaysia For Free Election'.

Wan Ahmad turut mempersoalkan tindakan parti pembangkang yang sering menimbulkan pelbagai isu mengenai SPR tanpa menunjukkan minat serius untuk mendapatkan penjelasan.

Beliau berkata SPR mengadakan majlis penerangan untuk ahli politik dan yang paling ramai hadir ialah ahli politik dari Barisan manakala pembangkang tidak sampai 10 orang.

Wan Ahmad berkata pembangkang lebih suka mengadakan sidang akhbar dan mengungkit segala ketidaktelusan SPR, sedangkan tidak pernah seorangpun daripada mereka datang ke SPR untuk meminta penjelasan.

Katanya, sesetengah tuntutan pada perhimpunan 28 April lepas menunjukkan kepentingan politik semata-mata, dan bukan bagi membantu SPR memperbaiki sistem sedia ada.

Beliau merujuk tuntutan yang mahukan rakyat Malaysia di luar negara mengundi sedangkan golongan ini telah lama meninggalkan tanah air bersama aset kekayaan mereka dan tidak pernah kembali.

Wan Ahmad berkata bagi membolehkan rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara layak mengundi pada pilihan raya umum, mereka perlu balik ke negara ini sekali dalam tempoh lima tahun.

Beliau berkata dalam senarai SPR, hanya lebih kurang 500 rakyat Malaysia di luar negara mendaftar sebagai pemilih dan mereka terdiri daripada kakitangan kerajaan yang berkhidmat di kedutaan atau pelajar Malaysia. (Bernama)

12 comments:

  1. permerhati PRU dah dilantik oleh SPR, mereka semua adalah NGO yang bebas dari mana2 pihak. harap pembangkang tak memainkan lagi isu SPR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pastikan tiada manipulasi ke atas pemerhati ni.

      Delete
  2. Good to hear that the Electoral Commission will be appointing 6 political observers from NGO and outsiders to observe our next General Election.

    sabah-go-green.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. Hope that the Electoral Commission's plan will help ensure the transparency and fairness of the electoral polls.

    sabah-go-green.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. Harap pihak pembangkang tiada bantahan dengan keputusan ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. jgn pembangkang nak manipulasikan lagi hal ini.

      Delete
  5. Pembangkang sengaja putar belit fakta untuk kepentingan politik mereka. Bersih 3.0 hanya mainan mereka untuk mencetuskan rasa marah rakyat terhadap kerajaan sekaligus menjejaskan imej M'sia di mata dunia.

    ReplyDelete
  6. SPR kena benar2 buktikan yang mereka bersikap telus dan adil.

    ReplyDelete
  7. Semoga pemerhati itu akan memainkan peranan mereka untuk PRU akan datang nanti.

    ReplyDelete
  8. Kita harap PRU akan datang ini akan dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar nanti.

    ReplyDelete
  9. yup.. inilah langkah yang sebaik2nya perlu diambil oleh SPR sebagai langkah terakhir untuk meyakinkan rakyat dan juga pemimpin2 pembangkang bahawa pilihanraya di negara ini sememangnya bersih dan adil..

    ReplyDelete
  10. saya harap intiatif spr ini dapat diterima baik oleh pihak pembangkang dan juga penganjur2 Bersih terutamanya Ambiga..

    ReplyDelete