Saturday 19 May 2012

SYARIKAT MINYAK AS LABUR RM4.6 BILION DI MALAYSIA





CONOCOPHILIPS, salah satu daripada syarikat pengeluar minyak terbesar di dunia dari Amerika Syarikat, melabur US$1.5 bilion (RM4.6 bilion) di Malaysia setakat ini untuk pengeluaran minyak di luar pesisir Sabah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata pelaburan oleh syarikat itu bermatlamat untuk mencapai tahap pengeluaran mencecah sehingga 300,000 tong sehari pada tahun 2016.

"(Pelaburan) Conoco (terletak) di tiga kawasan luar pesisir Sabah, yang akan membuat pengeluaran pertama pada akhir 2013, dan kemuncaknya pada 2016, dengan pengeluaran dijangkakan memcecah 300,000 tong sehari, kira-kira separuh daripada pengeluaran semasa," kata Najib kepada wartawan Malaysia selepas pertemuan dengan wakil syarikat-syarikat korporat terkemuka Amerika di Havard Club of New York di New York.

Pada pertemuan rundingan meja bulat perniagaan bersama pemimpin syarikat Fortune 500 itu, ConocoPhilips diwakili oleh Naib Presiden Eksekutif Perdagangan, Pembangunan Perniagaan & Perancangan Korporat, Don Wallette.

Perdana menteri berkata syarikat itu dijangka melabur sebanyak US$5 bilion (RM15 bilion) lagi di Malaysia.

"Ini merupakan satu perkembangan yang akan membantu kita meningkatkan daya pengeluaran minyak negara ke tahap yang lebih tinggi," katanya.

Najib berkata syarikat penternakan udang karang Amerika, Darden, juga akan memulakan pelaburan yang besar untuk membiak udang karang di perairan Sabah untuk dieskport ke Amerika Syarikat.

Darden ialah pengendali rantaian restoran makanan laut terkemuka Amerika, Red Lobster dan The Capital Grille.

"Mereka telah mengenal pasti Sabah sebagai satu kawasan yang amat sesuai untuk pembiakan dan penternakan udang karang secara besar-besaran berdasarkan kaedah penternakan kontrak.

"Jadi, rakyat tempatan boleh mengambil bahagian dan mereka akan membeli segala yang dapat dihasilkan petani di kawasan tersebut," kata beliau.

Ditanya mengenai lokasi projek itu, Najib berkata ia akan dijalankan di Semporna dan Lahad Datu di Sabah.

Dalam pertemuan itu, Darden diwakili oleh Presiden Darden Aqua Farm dan Naib Presiden Kanan Rantaian Bekalan Darden, Bill Herzig.

Najib berkata pertemuan itu turut dihadiri oleh syarikat Amerika yang telah lama melabur di Malaysia seperti Motorola yang telah memulakan pelaburan mereka kira-kira 40 tahun lepas.

Perdana Menteri berkata beliau dimaklumkan oleh syarikat itu bahawa mereka masih mempunyai keyakinan untuk meneruskan pelaburan di Malaysia berdasarkan kerjasama dan insentif yang diberikan oleh kerajaan Malaysia selama ini.

"Yang terbaharu, mereka telah mengesahkan tambahan sebanyak 250 peluang pekerjaan akan diwujudkan (di Malaysia) dan bukan 100 (seperti yang dijanjikan mereka tahun lepas). Tahun lepas mereka janji kepada saya 100 tapi hari ini bukan 100 tapi 250 (peluang pekerjaan)," katanya.

Selain mewujudkan peluang pekerjaan bagi rakyat Malaysia, syarikat itu juga akan mendirikan sebuah bangunan tujuh tingkat di Malaysia.

Najib berkata terdapat juga beberapa syarikat Amerika lain yang menunjukkan minat untuk menambah pelaburan mereka di Malaysia, namun belum mengesahkan keputusan mereka.

Ini termasuk Eastman Chemical yang mempunyai pelaburan di Kuantan, Pahang, bagi pengeluaran produk kimia, polimer.

"Mereka dijangka menambah lagi jumlah pelaburan sebanyak 350 juta dollar Amerika...ini belum lagi disahkan tetapi mereka telah membayangkan kemungkinan mereka akan buat keputusan tersebut," kata Najib.

Sebuah syarikat lain yang berminat untuk memulakan pelaburan di Malaysia ialah Global Consumer Insurance AIG-Chartis.

Ditanya mengenai maklum balas yang diberikan oleh tokoh-tokoh korporat dan perniagaan berkenaan, Najib berkata dalam pertemuan beramai-ramai itu, mereka pada umumnya menyuarakan rasa puas hati dan mempunyai keyakinan terhadap Malaysia terutama dari segi dasar-dasar kerajaan yang mesra pelabur dengan insentif yang telah diberikan.

"Dan juga perlindungan bagi harta intelek dan keputusan-keputusan yang kita telah buat untuk mewujudkan satu persekitaran yang positif kepada pihak pelabur," kata beliau.

Antara syarikat ternama Amerika lain yang hadir ialah Guardian Industries, Symmetry Medical, Boeing, Citi Group, Ace Group dan Crest Group.

Selain pertemuan secara beramai-ramai, Najib turut dikunjungi tokoh-tokoh perniagaan dan ahli politik Amerika secara berasingan. Antaranya Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Ocean Thermal Energy Corporation, Jeremy P Feakins.

Seorang lagi ialah Naib Presiden Eksekutif Motorola Solutions, Gene Delaney.

Mengulas pertemuan dengan Feakins, Najib berkata beliau meluluskan permohonan syarikat Ocean Thermal Energy Corporation untuk menjalankan kajian untuk menjana tenaga elektrik dari kawasan laut dalam di Sabah.

Menurutnya ada kajian yang menunjukkan kawasan di lautan Sabah berpotensi menjana kuasa elektrik secara besar-besaran.

Najib turut dikunjungi bekas Senator dari Missouri, Christopher Samuel "Kit" Bond, yang juga bekas Gabenor Missouri selama dua penggal dari 1973 hingga 1977 dan 1981 hingga 1985.

Mengenai pertemuan itu, Najib berkata Senator Kit Bond ialah kawan lama Malaysia, dan beliau bersedia membawa lebih ramai pelabur Amerika ke Malaysia.

Najib tiba di New York pada Rabu untuk mempengerusikan mesyuarat kedua Majlis Penasihat Sains dan Inovasi Global (GSIAC) di Akademi Sains New York (NYAS) di sini.

Beliau dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor akan berlepas ke Washington DC pada Jumaat. (Bernama)

20 comments:

  1. pelaburan ini amat menguntungkan Malaysia. moga lebih ramai pelabur akan datang ke Malaysia.

    ReplyDelete
  2. Harap Sabah dapat lebih sikit daripada keuntungan yang diterima.

    ReplyDelete
    Replies
    1. dengan usaha kerajaan negeri yang berterusan pasti Sabah akan dapat menarik lebih ramai pelabur dan keuntungan pun bertambah

      Delete
  3. Nampaknya pelaburan yang sangat memberi manfaat kepada Sabah.

    ReplyDelete
  4. Mudah2an akan lebih ramai pelabur2 yang melabur di Sabah.

    ReplyDelete
  5. pemimpin2 kerajaan pergi keluar negara untuk menarik pelabur, pemimpin2 pembangkang pula pergi keluar negara untuk menganjurkan demo atau memburuk2kan Malaysia..

    ReplyDelete
  6. syabas kepada kerajaan pimpinan Najib.. walaupun berhadapan dengan pelbagai kekacauan yang ditimbulkan oleh pembangkang, namun Malaysia masih mampu untuk menarik pelabur asing untuk melabur di negara ini..

    ReplyDelete
  7. SABAH'S political stability, sound policies and focused economic directions are three key factors that have caught the attention of the country's business community.

    ReplyDelete
  8. Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malaysia president Tan Sri William Cheng Heng Jem said this after leading a delegation for a meeting with Chief Minister Datuk Seri Musa Aman.

    ReplyDelete
  9. Rapid economic development has taken place in Sabah. It looks different and the economic landscape is different adding that the three factors were prerequisites investors looked for in a country or state.

    ReplyDelete
  10. Sabah is rich in natural resources, such as timber, minerals, oil and gas. However, what is important is it takes the right leadership to take the state to greater heights.

    ReplyDelete
  11. Cheng said tourism and agriculture, including aquaculture, were doing well in the state and had the potential to grow.

    ReplyDelete
  12. "I am also told that Sabah has strong environmental conservation laws.

    ReplyDelete
  13. "This is also good in terms of ecotourism."

    ReplyDelete
  14. Meanwhile, Musa said investors were interested in Malaysia because of the conducive atmosphere, good government policies and stable politics under the able leadership of Prime Minister Dauk Seri Najib Razak.

    ReplyDelete
  15. He said the environmental laws on conservation had a long-term positive impact on the overall development of the state.

    ReplyDelete
  16. Protecting the forests, phasing out logging and focusing on reforestation means that future generations can once again have tropical rainforests, which had been logged, in 30 to 40 years' time.

    ReplyDelete
  17. Similarly, he said a clean and unpolluted environment helped to draw investors to Sabah.

    ReplyDelete
  18. Citing a United States-based multinational company, Darden Incorporated, he said the food giant had committed about US$2 billion (RM6.3 billion) to develop lobster farming off the coast of Semporna because the water was not polluted.

    ReplyDelete
  19. "They also told me that another important reason why they chose to invest here was because of the prevailing economic and political stability in Malaysia."

    ReplyDelete