Friday 15 June 2012

JEFFREY GANTI PAIRIN DI KENINGAU?




KOTA KINABALU : Pengerusi The State Reform Party (STAR) Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan telah menyatakan hasratnya bertanding di kerusi Parlimen Keningau dalam pilihan raya umum akan datang.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan untuk bertanding sekali lagi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bingkor.

"Saya akan bertanding di Keningau. Saya berharap beliau (abangnya Tan Sri Joseph Pairin Kitingan) tidak akan merebut kerusi itu lagi. Beliau sudah berkhidmat bagi kawasan itu selama 30 tahun. Saya fikir sudah sampai masanya bagi saya membawa isu Sabah ke Parlimen," katanya kepada Bernama dalam satu temu bual di sini baru-baru ini.

Pairin adalah Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Timbalan Ketua Menteri Sabah, Anggota Parlimen bagi Keningau dan Anggota Dewan Undangan negeri Tambunan.

Pada pilihan raya umum 2008, Jeffrey bertanding menentang Pairin di kerusi Parlimen Keningau dan DUN Tambunan tetapi dikalahkan oleh abangnya. (BERNAMA)

29 comments:

  1. sebelum ini Jeffrey pernah bertanding di Keningau mementang pairin tapi kalah, kali ini kita tgk, adakah ia akan berulang lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Let us wait and see if Jeffrey can beat his brother Pairin his time. Keningau has always been Pairin's territory.

      Delete
    2. Jeffrey tidak ada peluang untuk menang di keningau, Pairin tetap menjadi pilihan rakyat.

      Delete
    3. history may repeat it self.

      Delete
    4. Kalau nak tanding, harus juga adil dan terbuka.

      Delete
  2. Jeffrey dan Pairin adalah adik beradik, lebih baik mereka bekerjasama dari menentang satu sama lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fahaman politik mereka berbeza. bagaimana untuk bekerjasama?

      Delete
    2. It's okay to have different political standing but hopefully it will not affect their brotherly relationship.

      Delete
    3. Betul tu, fahaman politik2 lain, macamana mau bekerjasama.Jeffrey ada agenda sendiri.

      Delete
    4. Kalau sanggup kerjasama, mungkin satu keadaan yang menggalakkan terutama saingan semakin genting.

      Delete
    5. Daripada bersaing, lebih baik kerjasama.

      Delete
  3. All the best to both of you in the next GE!

    ReplyDelete
    Replies
    1. mungkin persaingan sengit akan berlaku antara mereka nanti.

      Delete
  4. Pairin was given the title Huguan Siou by the people and hopefully he will continue to uphold the title in Keningau.

    ReplyDelete
  5. Masing-masing ada tujuan politik untuk dicapai, bolehkah bekerjasama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Its all depends their own political interest.

      Delete
  6. Pairin masih kuat di Keningau. Bukan mudah jika Jeffrey nak bersaing.

    ReplyDelete
  7. Pairin masih mendapat sokongan kuat.

    ReplyDelete
  8. Lucu pula apabila Jeffery ingin mengantikan Pairin di kerusi Keningau. Tapi kita lihat nanti siapa yang akan mendapat sokongan lebih pada akan datang.

    ReplyDelete
  9. Pertandingan saudara antara adik dan abang di kerusi Keningau. Mari kita nantikan apa yang bakal berlaku mengenai perkara ini.

    ReplyDelete
  10. IF ONLY Jeffrey wins the seat.

    ReplyDelete
  11. nampaknya JK bersedia untuk menentang pairin di sana.

    ReplyDelete
  12. apa pun, rasanya sokongan terhadap pairin masih lagi kuat.

    ReplyDelete
  13. mungkin persaingan sengit akan berlaku jika Jeffrey menentang Pairin.

    ReplyDelete
  14. tapi, memang diakui rakyat di sana memang menyokong kuat Pairin.

    ReplyDelete
  15. memandangkan Pairin telah 30 tahun berkhidmat di kawasan itu, eloklah Jeffrey membatalkan saja niatnya untuk bertanding menentang abangnya sendiri.. dalam tempoh 30 tahun itu, Pairin telah banyak menyumbang kepada penduduk dikawasan yang diwakilinya.. bagaimana pula dengan JK??

    ReplyDelete
  16. kalau Jeffrey mahu jadi hero pun, jangan la sampai menderhaka kepada abang sendiri atau cuba mengundang peperangan dalam keluarga sendiri..

    ReplyDelete
  17. dua dua adik beradik ini x boleh pakai lg, pairin biar jd huguan siau saja sebagai kapitan kadazandusun dan jefry yg tidak pasti dan masih keliru dgn identiti sendiri. biar orang baru yg mempunyai hala tuju n wawasan yg di sokong. pairin da 30th duduk di parlimen kgau, hanya duduk saja.... apa yg dia da sumbangkan utk keningau?

    ReplyDelete
  18. Pembangkang dengki rekod cemerlang Musa Aman

    Laporan Ketua Audit Negara juga mengakui bahawa Sabah sebagai salah satu negeri yang memiliki rekod terbaik dalam pengurusan kewangan serta berjaya mengekalkan Sijil Tanpa Teguran selama 12 tahun berturut-turut. Selain itu, Sabah juga berjaya mengekalkan penarafan tertinggi ‘AAA’ oleh RAM Rating Services Berhad selama 4 tahun berturut-turut kerana kedudukan fiskal negeri yang mantap dengan lebihan yang berterusan, serta mendapat persijilan ISO 9001:2008 oleh Moody International untuk pengurusan bajet negeri yang efisien dan teratur bagi tempoh 4 tahun berturut-turut.

    ReplyDelete