PERDANA Menteri Datuk Seri
Najib Razak diminta mengkaji semula pelantikan bekas Ketua Setiausaha Negara (KSN)
Tan Sri Mohd Sidek Hassan sebagai Pengerusi Petronas.
Ketua Umno Cheras Datuk
Syed Ali Syed Abas Alhabshee (kanan) berkata, jawatan itu Petronas sepatutnya
dipegang golongan profesional dan tidak semestinya bekas pegawai tinggi
kerajaan yang sudah bersara.
"Saya bimbang
pelantikan tersebut akan menimbulkan rasa kecewa sesetengah pihak termasuk
bekas pemimpin-pemimpin politik," ujarnya.
Langkah itu juga katanya,
bagi mengelak timbul anggapan umum bahawa mana-mana pegawai tinggi kerajaan
yang sudah bersara telah disediakan jawatan baru dengan pendapatan yang lebih
lumayan.
"Semasa berkhidmat
dengan kerajaan, mereka menerima gaji yang tinggi dan pencen yang sudah
mencukupi, sepatutnya jawatan tersebut diagihkan pula kepada golongan
profesional atau pun bekas-bekas pemimpin politik," tegasnya.
Bagaimanapun, katanya,
gesaan itu tidak bermasuk mempertikaikan kewibawaan Mohd Sidek tetapi hanya
mahu perdana menteri menimbang semula keputusan itu, menurut blog Umno Cheras.
Perdana menteri pada satu
majlis makan malam penghargaan sempena persaraan Mohd Sidek di Kuala Lumpur
malam tadi mengumumkan bekas KSN itu sebagai pengerusi baru Petronas, yang akan
berkuatkuasa sebaik selesai beberapa urusan dalaman.
Suara akar umbi
Bercakap kepada media
selepas merasmikan karnival NGO dan swasta parlimennya di Cheras pagi ini, umum
akan melemparkan tuduhan bahawa kerajaan hanya menjaga kepentingan bekas
pegawai tinggi kerjaan yang sudah bersara.
Sedangkan kata Syed Ali,
banyak golongan profesional dan bekas pemimpin politik apabila bersara tidak
mendapat kedudukan istimewa atau ditawarkan jawatan penting dalam mana-mana
syarikat milik kerajaan.
reza zamhari"Saya hanya
memberikan pandangan berdasarkan suara di bawah, kerana khuatir pelantikan
tersebut boleh menimbulkan rasa kecewa dan marah rakyat kepada kerajaan,"
ujarnya.
Katanya, rakyat tidak akan
melakukan protes secara terbuka tetapi apabila mereka 'marah dalam diam'
sedikit sebanyak akan memberi kesan kepada kredibiliti kerajaan menjelang
pilihan raya umum (PRU) ke-13.
Bagaimanapun kata beliau,
terserah kepada perdana menteri untuk membuat keputusan muktamad berhubung
perkara tersebut.
PERINGATAN: Sabahkini tidak
bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia
pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian
sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi
tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
No comments:
Post a Comment