KUALA LUMPUR : Perdana
Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan perlantikan Tan Sri Mohd Sidek
Hassan, yang tempohnya sebagai Ketua Setiausaha Negara (KSN) tamat esok,
sebagai Pengerusi Petronas.
Beliau berkata, pelantikan
itu akan berkuatkuasa sebaik selesai beberapa urusan dalaman selesai.
Menurut Najib, perlantikan
itu sebagai menghargai kepimpinan dan integriti Mohd Sidek yang telah
menunjukkan perkhidmatan cemerlang dalam sektor perkhidmatan awam.
“Saya yakin dan percaya Tan
Sri Mohd Sidek akan memberi sumbangan yang besar dan meningkatkan hubungan
antara Petronas dan kerajaan,” katanya ketika mengumumkan perlantikan itu pada
majlis makan malam penghargaan Mohd Sidek di sini malam tadi.
Turut hadir isteri Perdana
Menteri Datin Seri Rosmah Mansor, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin
Yassin dan isteri Puan Seri Noorainee Abdul Rahman serta isteri Mohd Sidek,
Puan Sri Wan Noorlina Wan Hussin.
Pada masa ini, jawatan
pengerusi Petronas dipangku oleh Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk
Shamsul Azhar Abbas.
Mohd Sidek dilantik
menerajui perkhidmatan awam sebagai KSN pada 3 September 2006. Perkhidmatan
beliau disambung sebanyak tiga kali sejak 2009 sehingga kini atas kepentingan
negara.
Jawatan KSN yang baru akan
disandang oleh Ketua Pengarah Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) di Jabatan
Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ali Hamsa, 57, berkuat kuasa 24 Jun ini.
Najib berkata dalam tempoh
enam tahun menerajui perkhidmatan awam, Mohd Sidek telah meningkatkan tahap
perkhidmatan awam sehingga mampu menjadi penanda aras global sebagai sektor
perkhidmatan yang boleh dicontohi.
“Sepanjang kepimpinan Tan
Sri Mohd Sidek, kerjasama erat antara sektor awam dan swasta ditingkatkan,
beliau juga meningkatkan tatacara pengurusan perkhidmatan awam dengan memperkenalkan
pembayaran bil-bil kerajaan dalam tempoh 14 hari.
“Perubahan yang amat berjaya
ialah Strategi Lautan Biru yang telah membawa hasil yang sangat membanggakan,”
katanya.
Najib berkata beliau yakin
sebagai penjawat awam yang telah berkhidmat sebagai 38 tahun, Mohd Sidek bukan
seorang yang mencari populariti peribadi, tetapi lebih senang sejarah
sumbangannya dinilai oleh rakyat sendiri.
Dalam pada itu, Mohd Sidek
berkata pengumuman Perdana Menteri mengenai perlantikannya sebagai Pengerusi
Petronas adalah satu kejutan besar buat dirinya.
“Saya ingat sebagai Ketua
Setiausaha dan Setiausaha kepada Kabinet, tidak harus ada rahsia antara kami
tetapi pengumuman ini merupakan satu rahsia kepada saya. Saya hanya tahu
apabila Perdana Menteri mengumumkannya,” katanya.
Bagaimanapun, Mohd Sidek
berkata beliau amat menghargai pelantikan itu dan berjanji akan melakukan yang
terbaik agar tidak menghampakan harapan semua pihak. (Bernama)
No comments:
Post a Comment