Monday, 11 June 2012

PAMERAN MINI JOB FAIR DI TAMBUNAN 17 JUN




KOTA KINABALU : Selepas sambutan menggalakkan bagi pameran mini Job Fair di Ranau tahun lepas, Kementerian Sumber Pembangunan dan IT kini akan menganjurkan dua pameran yang sama di tempat lain tahun ini.

Pameran pertama akan diadakan di Tambunan pada 17 Jun di Pisompuruan Square manakala Beaufort akan menganjurkan pameran yang sama pada Oktober. Pameran utama Job Fair itu sendiri akan diadakan di Kota Kinabalu pada 30 Nov-1 Dis.

"Sasaran kami adalah menyediakan kepada mereka peluang untuk menimbang pilihan majikan mereka dan mendapatkan pekerjaan yang diidamkan," kata Datuk Dr Yee Moh Chai, yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah dalam satu kenyataan di sini.

Tahun lepas, apabila Kementerian mengadakan pameran pekerjaan pertamanya di Ranau, luar dari Kota Kinabalu, ia mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Bagi mereka yang berminat menyertai pameran itu atau memerlukan maklumat lanjut mengenainya boleh menghubungi Moira David atau Susan Oh di talian 088-288325. (Bernama).

10 comments:

  1. Hopefully this Mini Job Fair organized by the ministry of IT and Development will help more local unemployed to find jobs.

    ReplyDelete
  2. Last year the job fair was held in Ranau, this year it will be held in Tambunan, hopefully those who are interested to find jobs can attend this fair.

    ReplyDelete
  3. Golongan belia Tambunan terutama yang belum mendapat pekerjaan, manfaatkan peluang ni.

    ReplyDelete
  4. Lepas ni mungkin semua daerah di Sabah akan pameran kerjaya macam ni. lebih sesuai lagi bagi yang jauh dari bandar dan susah dapat info.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus juga kalau semua daerah mengadakan job fair untuk membantu belia2.

      Delete
  5. pameran ini perlu kerap dianjurkan. ia membantu belia mendapatkan pekerjaan.

    ReplyDelete
  6. Semoga dengan ada job fair ini mampu memberikan peluang kepada mereka untuk mencaburi diri dalam bidang pekerjaan yang ditawarkan.

    ReplyDelete
  7. Kerajaan sentiasa mahu membantu para belia untuk mencari pekerjaan. Job fair ini sangat bermanfaat. Harap2 anak2 muda mengambil inisiatif.

    ReplyDelete
  8. bagus la kerajaan negeri sentiasa menganjurkan Job Fair di negeri ini..

    ReplyDelete
  9. jika benar tidak ada pekerjaan di Sabah seperti yang diwar2kan oleh sebilangan pihak, bagaimana pula boleh wujud Job Fair ini?

    ReplyDelete