Tuesday 14 May 2013

PENCEMARAN BUNYI JENTERA TELEKOMUNIKASI






Oleh : WONG KAH KIET

PARA peniaga dan penduduk di Bandar Kimfung, Batu 4, Sandakan telah mengadu bahawa mereka mengalami pencemaran bunyi yang dihasilkan oleh Jentera Telekomunikasi di atas bumbung rumah kedai ini sejak beberapa tahun lalu, namun aduan tidak pernah dipedulikan Pemimpin Kemajuan Rakyat Elopura atau pihak berkenaan.

Kata mereka pencemaran bunyi ini telah memberi gangguan kepada mereka yang tinggal di sekitar rumah kedai terutama pada waktu malam sehingga mereka tidak lena tidur malam dan para pelajar hilang tumpuan dan tidak dapat mengulangkaji pelajaran.

"Kami tidak tahu lagi kepada siapa mahu mengadu kerana mereka hanya menabur janji dan ambil undi kami sebelum pergi tanpa kembali sampai ke hari ini," ujar Wong yang mengeluh agar Kerajaan Tempatan mengharamkan pemasangan jentera komunikasi di atas bumbung rumah kedai.

Tambah Wong, walaupun kadar radiasi dikatakan rendah, namun gangguan pancaran gelombang komunikasi mengganggu keselesaan hidup mereka dan mendatangkan kesan sampingan yang lain.

No comments:

Post a Comment