LORI….Kelihatan beberapa orang Penguatkuasa JPJ menyatakan sesuatu kepada pembantu lori terbabit sebelum mengeluarkan saman atas kesalahan menghalang lalulintas..
Oleh: SHAIMON S JUMADI
SIKAP kurang bertanggungjawab sesetengah pemandu lori yang sewenang-wenangnya meletakkan lori di lorong-lorong jalan dan menghalang lalu lintas semakin menjadi-jadi di Sandakan, apatah lagi lori tidak dibenarkan masuk ke pusat bandar atau pecan disebabkan Majlis Perbandaran telah menyediakan terminal lori.
Seorang pemandu lori yang tidak dikenali namanya telah meletakan lori di hadapan Pasar Besar Bandar Sibuga Jaya, Batu 8, Jalan Labuk kelmarin sehingga menyebabkan berlakunya kesesakan di lorong tersebut telah disaman oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Salah seorang Penguatkuasa JPJ yang ditemui oleh wartawan Sabahkini.net yang secara kebetulan berada di tempat itu menjelaskan, pihaknya tidak boleh berkompromi dengan pemandu lori atau kenderaan lain yang melanggar peraturan jalan raya dan mesti dikenakan saman untuk memberi pengajaran agar sentiasa mematuhi undang-undang lalu lintas yang berkuatkuasa.
Sementara itu, ramai penduduk Sandakan menggesa JPJ turut memantau lori yang mengeluarkan asap hitam sehingga mencemarkan alam sekitar di samping kenderaan yang sering melanggar amaran lampu isyarat sehingga membayakan jiwa orang lain.
No comments:
Post a Comment