Monday, 4 July 2011

NKRA BEAUFORT SEMAKIN RANCAK



LANCAR…..Lajim Ukin memandu jentolak sebagai simbolik memulakan projek menaik taraf jalan raya antara Siampak Lambidan sejauh 4.2 Kilometer.

Oleh : JAAFAR ABDUL WAHID

SASARAN bagi keseluruhan rakyat di kawasan Parlimen Beaufort dapat menikmati kemudahan perhubungan jalanraya yang lebih baik dan selesa sebelum tempoh Rancangan Malaysia Ke Sepuluh (RMK-10) berakhir dapat dicapai apabila beberapa buah projek naiktaraf jalanraya kampong di kawasan tersebut sedang dan akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini.

Ahli Parlimennya, Datuk Seri Panglima Haji Lajim Haji Ukin berkata kini sembilan puluh peratus penduduk di kawasan itu telah dan akan menikmati kemudahan tersebut dan yakin bakinya sebanyak sepuluh peratus juga akan turut menikmatinya.

Menurut beliau sebagai Ahli Parlimen di kawasan tersebut tumpuan bagi mempastikan rakyat di kawasan tersebut dapat menikmati sistem perhubungan jalanraya yang lebih baik merupakan antara fokas dalam Bidang Keberhasilan Utama Negera (NKRA) bagi membawa pembangunan khususnya kemudahan insfrastruktur dapat dinikmati oleh rakyat khususnya di kawasan tersebut.

“Tumpuan utama kita ialah mempastikan semua kampung di kawasan ini boleh dihubungi dengan kemudahan jalanraya yang lebih baik, bukan sahaja dapat merubah landskap pembangunan di kawasan ini; namun sekali gus dapat merancakkan lagi aliran ekonomi masyarakat sekitar,” katanya ketika ditemui selepas majlis Pemimpin Bersama Rakyat dan Majlis Pecah Tanah naiktaraf jalanraya Kampung Kota Klias, Laba Kekuru, Beaufort sejauh 7.5 kilometer dengan kos RM 12 juta dekat sini, kelmarin.

SIAP SEDIA…Lajim (tengah) bersama pemimpin masyarakat setempat bersiap sedia untuk memandu jentolak bagi majlis pecah tanah naiktaraf jalanraya antara Kasugira Batu Luang Gorowot sejauah 4 Kilometer.

Selain majlis pecah tanah tersebut, Lajim yang juga Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan turut melakukan majlis yang serupa di tempat berasingan iaitu majlis pecah tanah bagi projek naik taraf jalanraya Kasugira Batu Luang Gorowot sejauah 4 Kilometer dengan anggaran kos RM10 Juta dan juga projek naik taraf jalanraya Siampak Lambidan sejauh 4.2 Kilometer dengan kos 7.5 juta.

Menurut beliau kesemua projek yang dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional ini demi untuk kepentingan rakyat iaitu menaik taraf jalanraya di beberapa kampung di kawasan ini merupakan isu yang telah lama diperjuangkan dan kerajaan Barisan Nasional telah pun mengotakan janjinya sebelum ini.

“Tidak ada pihak terutamanya parti pembangkang boleh mendakawa mereka memperjuangkan isu tersebut kerana mereka hanya pandai memutar belitkan isu, namun gagal melaksanakan apa yang mereka suarakan,” katanya.

Tambah Lajim yang juga Ketua Umno Bahagian Beaufort, kerajaan Barisan Nasional bukan sahaja menumpukan perhatian perlaksanaan projek insfrastruktur bagi meningkatkan kemudahan asas, namun turut memberikan perhatian terhadap projek projek yang boleh memberikan impak kepada pembangunan ekonomi masyarakat ini termasuklah pelbagai bantuan yang disediakan; bagi golongan sasar dapat berusaha dan merubah taraf sosio ekonomi mereka untuk keluar daripada putaran ganas garis kemiskinan.

“Natijahnya kerajaan Barisan Nasional lebih mengutamakan kesejahteraan rakyat dan semua ini dapat dilakukan dan diteruskan jika rakyat terus bersatu padu menyokong kerajaan yang sentiasa peka dan prihatin dengan keperluan serta kehendak rakyat selaras dengan Gagasan 1 Malaysia,” tambah Lajim.

10 comments:

  1. projek ini akan membolehkan penduduk dapat menikmati kemudahan jalan raya yang lebih baik nanti.

    ReplyDelete
  2. Hope that the NKRA projects can be completed in time.

    ReplyDelete
  3. Pemimpin/wakil rakyat yang proaktif akan membawa banyak kemajuan kepada penduduk di kawasannya.

    ReplyDelete
  4. diharap lebih banyak peruntukan pembangunan akan disalurkan oleh kerajaan ke seluruh daerah di Sabah ini.

    ReplyDelete
  5. perbanyakkan lagi projek NKRA yang ,memberikan manfaat kepada rakyat..

    ReplyDelete
  6. pastikan projek2 NKRA berjalan lancar dan tiada sebarang masalah yang boleh menjejaskan projek2 tersebut.

    ReplyDelete
  7. Projek ini boleh juga jadi sogokan pancing undi...

    ReplyDelete
  8. Beginilah seorang pemimpin. Harap perkara sebegini akan dapat diteruskan lagi. Jangan hanya kerana ingin menarik hati rakyat. Kita buat kerja biar rakyat yang menilai sendiri.

    ReplyDelete
  9. semoga projek ini akan berjalan dgn lancar dan siap mengikut jadual.

    ReplyDelete
  10. lagi bagus kalau kerajaan BN tidak memberikan peluang langsung kepada pembangkang untuk bermain2 dengan masalah rakyat.. itupun kalau boleh la..

    ReplyDelete