Wednesday, 6 July 2011

BELIA SAPP GHAIRAH MENANTI PRU-13



Oleh : JAMAIN SARUDIN

PERGERAKAN Pemuda dan Mudanita Parti Maju Sabah (SAPP) telah menjalani Kursus Intensif Pilihanraya selama dua hari iaitu pada 2 hingga 3 julai di Nuluhon Garden, Inanam sebagai persediaan menghadapi pilihanraya umum pada bila-bila masa.

Setiausaha Penganjur Pusat, Jamain Sarudin, yang juga Pengelola Kem Bina Harapan berkata, kesemua 52 orang peserta dari seluruh Sabah menyertai kursus intensif selama 2 hari; termasuk latihan pengukuhan, perang saraf dan maklumat sulit parti lawan melalui beberapa sesi kuliah.

Menurutnya lagi, beberapa Kursus yang sama dirancang di peringkat kawasan dalam masa terdekat. Prestasi dan semangat peserta juga memberikan keyakinan kepada beliau bahawa Pemuda dan Mudanita akan memberikan perkhidmatan terbaik mereka selepas kecemerlangan dan disiplin tinggi yang ditunjukkan oleh pasukan ini di Batu Sapi, November tahun lalu.

Beliau berkata semangat kental Pemuda dan Mudanita SAPP pada PRK tersebut meletakkannya di kedudukan lebih baik dari parti lain.

Ketika menutup kursus tersebut, Presiden SAPP, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee menasihati para peserta agar segera kembali ke kawasan masing-masing untuk memperkuatkan pergerakan mereka.

Mantan Menteri Kewangan Sabah, Datuk Hj Mohd Noor Mansoor yang dianggap sebagai ‘Bapa’ oleh Pemuda dan Mudanita turut turun padang memberikan kata-kata perangsang kepada peserta.

Antara pemimpin yang menyampaikan ceramah ialah Timbalan Datuk Eric Majimbun dan Hj. Amde Sidek; Naib Presiden Datuk Frankie Chong dan Dullie Hj Marie; Setiausaha Agung, Datuk Richard Yong; Ketua Pemuda, Edward Dagul; Ketua Wanita SAPP Melanie Chia; Ketua Penerangan, Chong Pit Fah; dan Timbalan Pengerusi Tetap Foo Fook Ming.

10 comments:

  1. Rasanya semua pun tengah menanti ketibaan PRU13.

    ReplyDelete
  2. Everyone is awaiting for the next GE.

    ReplyDelete
  3. Apapun, harap mereka sudah bersedia untuk menghadapi PRU-13.

    ReplyDelete
  4. Jangan teruja untuk PRU 13 saja lepas itu sunyi sepi.

    ReplyDelete
  5. semua parti sentiasa melakukan persediaan untuk menghadapi PRU 13.tunggu dan lihat hasilnya nanti...

    ReplyDelete
  6. kena pastikan benar2 bersedia untuk PRU.

    ReplyDelete
  7. Bukan SAPP saja semua parti tidak sabar sudah menunggu PRU yang akan tiba pada bila-bila saja.

    ReplyDelete
  8. parti lain juga ada membuat persediaan, cuma tidak perlu dihebahkan kepada media.

    ReplyDelete
  9. Saya drpd calon BEBAS pun telah bersedia dengan taktik terkini, spectrum 5...lima platform teknik canvassing...he.he.he

    ReplyDelete
  10. lebih baik banyakkan bertindak dari bercakap.

    ReplyDelete