Wednesday, 6 July 2011

PM WAJAR PASTIKAN SABAH SELAMAT



Oleh : MEDIA SAPP

PEKAN Inanam julung-julung kalinya dilawati oleh Perdana Menteri Malaysia sempena dengan lawatan beliau ke Sabah baru-baru ini, telah memberi peluang kepada lapisan rakyat di kawasan ini untuk bersemuka dan mendengar apa sebenarnya amanat yang hendak disampaikan oleh Juara 1Malaysia itu.

Seorang penduduk tempatan Tong Chung Hing, Ahli Jawatankuasa Parti Maju Sabah (SAPP) CLC Inanam dalam satu temu bual menyatakan memang betul tekaan beliau bahawa kedatangan Perdana Menteri ke Inanam, adalah hanya untuk mengumumkan projek sebelum pilihan raya umum ke-13 berlangsung, semata-mata untuk menarik perhatian dan meraih undi rakyat di kawasan Sepanggar.

Namun di sebalik berita ini, ada persoalan yang menyayat hati dan sangat penting untuk dikemukakan kepada pihak yang berwajib kerana hal ini telah mengancam keselamatan dan kebajikan orang ramai khususnya di Inanam.

Penduduk di kawasan ini sentiasa dalam keadaan ketakutan dan tidak tenteram disebabkan kejadian-kejadian jenayah yang kian buruk dan semakin menjadi-jadi, seolah-olah penguatkuasaan tidak wujud untuk mengatasi masalah yang sedang berlaku.

Sebagai contoh, pada dua bulan lepas, sebuah Kedai Emas di Pekan Inanam telah dirompak yang mengakibatkan seorang pemandu bas pelancongan telah ditembak dan terkorban susulan daripada insiden ini.

Tidak lama dari itu, sebuah kedai runcit kampung di Kg. Sinulihan juga dirompak oleh orang yang dipercayai pendatang asing tanpa izin menyebabkan pemilik kedai itu luka parah kerana ditetak dengan parang.

Kejadian terbaru, sebuah kenderaan yang baru sahaja ditinggalkan oleh pemiliknya untuk minum petang di sebuah kedai kopi berdekatan, telah dipecahkan tingkapnya untuk menyamun sebuah beg dalam kereta tersebut.

Apa yang dipersoalkan oleh masyarakat ialah, di manakah keprihatinan pihak berwajib kerana semua kejadian ini belum dapat diselesaikan sehingga kini.

Selain daripada itu, Pekan Inanam juga turut mempunyai masalah rutin yang berleluasa seperti kegiatan menjual rokok haram, budak jalanan yang berkeliaran menjual keputusan 4 ekor nombor dan paling teruk sekali ialah penjaja-penjaja pasar malam yang kebanyakannya terdiri daripada orang asing.

Pendek kata, Pekan Inanam adalah ‘Syurga PATI’ kerana mereka sangat berani untuk menguggut dan berbuat apa saja walaupun di luar batas undang-undang sehingga mewujudkan ‘Neraka’ kepada penduduk tempatan kerana takut akan kehilangan nyawa jika terlalu bersaing dengan mereka.

Maka, dengan lawatan pemimpin pusat dan negeri ini, kata Tong, sepatutnya dapat membuahkan hasil untuk mencari jalan penyelesaian membenteras masalah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di Inanam khasnya, terutama orang asing yang mendapat kad pengenalan secara tidak sah, tetapi dipercayai boleh mengundi.

8 comments:

  1. Hope that the PM will work harder to improve Sabah.

    ReplyDelete
  2. ya, apa gunanya projek pembangunan diberi jika penduduk sentiasa diselubungi dengan perasaan takut dan tidak selamat. dilihat aspek keselamatan lebih diperlukan oleh penduduk di kawasan Inanam ini.

    ReplyDelete
  3. Sebut saja 'Inanam', mesti terbayangkan PATI, jenayah. Sejak berlakunya kejadian jenayah baru2 ini, sedikit-sebanyak menjejaskan imej Inanam.

    ReplyDelete
  4. Tindakan tegas harus diambil untuk atasi masalah ini.

    ReplyDelete
  5. masalah PATI memang menyusahkan dan harap masalah ini akan dapat diselesaikan.

    ReplyDelete
  6. walaupun pembangunan perlu dilaksanakan, namu maslaah sosial terumanya isu PATI jg harus diberi perhatian dan diselesaikan.

    ReplyDelete
  7. Harap pihak keselamatan akan diperketatkan lagi dikawasan Inanam untuk memastikan penduduk aman dan selesa tinggal.

    ReplyDelete
  8. kalau ahli politik yang buat kesimpulan, memang begitulah bunyinya.

    ReplyDelete