Friday, 8 July 2011

DEWAN NEGARA LULUS RUU PT 2011



PERSIDANGAN Dewan Negara meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan (2011) 2011 setelah dibahaskan selama dua hari.

Rang Undang-undang itu, yang dibahas 21 anggota Dewan, memperuntukkan wang tambahan sebanyak RM13,186,713,000 kepada beberapa kementerian dan jabatan bagi membiayai perbelanjaan tambahan untuk perkhidmatan.

Kementerian dan jabatan itu ialah Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi; Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani; Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah; Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri; Kementerian Pengangkutan; Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi; Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Kementerian Kerja Raya.

Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar; Kementerian Pelajaran; Kementerian Kesihatan; Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan; Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan; Kementerian Pertahanan; Kementerian Luar; Kementerian Dalam Negeri serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat turut menerima peruntukan tambahan tersebut.

Selain itu, Jabatan Perdana Menteri, Parlimen, Jabatan Peguam Negara dan Perkhidmatan Am Perbendaharaan. Persidangan dewan disambung Khamis. (BERNAMA)

No comments:

Post a Comment