Wednesday, 6 July 2011

LEBIHAN DAGANG SABAH MELONJAK 40.5 %




SABAH mencatat lebihan dagangan sebanyak 40.5 peratus tahun lepas berbanding tahun sebelumnya, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman pada Selasa.

Beliau berkata eksport barangan berkembang 17.39 peratus kepada RM43.62 bilion manakala import meningkat sebanyak 7.5 peratus kepada RM27.9 bilion.

"Jumlah dagangan Sabah pada 2010 menyumbang 6.1 peratus daripada jumlah dagangan keseluruhan Malaysia dan ia merupakan perubahan positif selepas kelembapan ekonomi pada 2008," katanya pada jamuan tengah hari Dewan Perniagaan dan Industri Antarabangsa Malaysia (MICCI) Sabah, di sini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Yee Moh Chai.

Musa berkata pada suku pertama tahun ini, jumlah dagangan adalah sebanyak RM18.9 bilion dan eksport bernilai RM11.8 bilion, dengan 82.6 peratus disumbangkan oleh minyak sawit, petroleum mentah, minyak isi rong sawit, papan lapis dan metana, manakala import bernilai RM7.1 bilion.

Beliau juga berkata prestasi sektor pelancongan Sabah juga terus positif dengan mencatatkan peningkatan jumlah ketibaan pelawat sebanyak 12.5 peratus atau 870,197 orang sepanjang empat bulan pertama tahun ini berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

"Kami yakin terhadap pertumbuhan dalam sektor pelancongan dan mengunjurkan ketibaan pelancong seramai lima juta orang setahun dan perbelanjaan mencecah RM8 bilion pada 2015," katanya.

Sementara itu, Musa berkata kerajaan negeri komited dalam menangani kebimbangan dunia mengenai perubahan iklim dengan mengambil langkah positif untuk menyumbang ke arah kelestarian alam sekitar.

Antara inisiatif kerajaan negeri katanya ialah meneroka sektor tenaga diperbaharui dengan membangunkan loji biomass berharga RM280 juta bersama sebuah firma dari Korea Selatan di Kelompok Industri Minyak Sawit Lahad Datu yang dijadual beroperasi lewat tahun depan.

"Loji itu akan menggunakan banyak sisa kelapa sawit untuk penjanaan tenaga, membantu mengurangkan pelepasan gas rumah hijau dan pada masa yang sama meningkatkan bekalan tenaga untuk negeri itu.

"Mengubah biomass menjadi tenaga merupakan langkah yang tepat dan akan membantu menjadikan Sabah antara negeri yang perhatin terhadap alam sekitar," katanya. (BERNAMA)

10 comments:

  1. Perkembangan ekonomi yang memberangsangkan dan positif. Harap2 tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya.

    ReplyDelete
  2. Hoping to see more improvements in Sabah Trade and economy.

    ReplyDelete
  3. ini menunjukkan hasil yang positif..semoga ekonomi Sabah akan terus berkembang.

    ReplyDelete
  4. selain itu keprihatinan Sabah terhadap alam sekitar juga merupakan sangat baik dan perlu sentiasa diteruskan.

    ReplyDelete
  5. satu perkembangan yang sangat baik. harap Sabah akan terus mencapai perkembangan ekonomi yang positif.

    ReplyDelete
  6. Sabah Maju Jaya!

    ReplyDelete
  7. Semoga ekonomi Sabah berkembang lebih maju pada masa akan datang dan sentiasa mengamalkan pertanian/perladangan secara lestari.

    ReplyDelete
  8. ekonomi Sabah dilihat makin berkembang. semoga ia akan terus berkembang sehingga Sabah mejadi negeri termaju.

    ReplyDelete
  9. Ini adalah lonjakan melalui pembacaan dan bukan saperti yang dapat dilihat dan dirasai...Ini adalah penggolongan yg berasaskan PRU ke13...

    ReplyDelete
  10. tahniah dan teruskan usaha memajukan Sabah..

    ReplyDelete